View: 2430|Reply: 4
|
Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Punca
[Copy link]
|
|
Asal muncul ketumbit pada mata sahaja, orang mesti akan mengaitkannya dengan tabiat mengintai bukan? Ya, ini adalah satu kepercayaan orang lama yang tidak seharusnya diteruskan kerana ternyata ia tidak benar!
Persoalannya, apakah punca sebenar ketumbit? Adakah ia disebabkan oleh stres? Ataupun ia berlaku kerana tidak cukup tidur? Tenang, mari kita sama-sama cari jawapannya menerusi pembacaan artikel ini dengan lebih lanjut.
Apa itu ketumbit?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan kondisi yang berlaku pada mata ini terlebih dahulu.
Meskipun ia tidaklah berbahaya tetapi tetap akan mengganggu aktiviti seharian ekoran rasa tidak selesa selain menjejaskan penampilan anda.
Jenis-jenisnya
Sebelum itu, kalian harus tahu bahawa terdapat 3 kelenjar kelopak mata yang sering dijangkiti iaitu kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.
Berdasarkan kelenjar-kelenjar ini, ketumbit boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- Hordeolum interna (meibom)
- Hordeolum eksterna (zeis dan moll)
Untuk pengetahuan anda, hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas sementara hordeolum eksterna akanmuncul pada pangkal bulu mata sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.
Sebenarnya adalah agak sukar untuk kita semua membezakannya kerana kesemuanya kelihatan sama sahaja. Maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor sekiranya anda perasan mata telah terjangkiti kondisi ini.
Apa punca ketumbit?
Seperti mana yang kita semua telah baca di atas tadi, kondisi ini berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus. Ia akan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.
Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.
Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal.
Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis – sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.
Chalazion
Dalam pada itu, kalian juga harus tahu bahawa ada penyebab kondisi ini yang bukan disebabkan oleh bakteria iaitu chalazion. Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteria.
Benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?
Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kondisi ini boleh terjadi akibat jangkitan bakteria serta penyumbatan kelenjar kelopak mata. Kini kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?
Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang bukti saintifik yang dapat menghubungkan perkaitan di antara stres dan ketumbit. Pun begitu, anda mungkin tidak perlu berasa hairan jika selalu terkena kondisi ini ekoran stres yang dihidapi kerana mungkin ada benarnya.
Menurut sebuah kajian pada tahun 2017, hormon stres seperti norepinephrine boleh bertukar kepada 3,4-dihydroxymandelic acid (DHMA) lantas mengakibatkan bakteria lebih mudah menjangkiti tubuh badan. Dalam pada itu, stres juga akan mengakibatkan anda kurang tidur sekali gus melemahkan imuniti tubuh badan serta menjejaskan sel darah merah yang berfungsi untuk melawan jangkitan pada tubuh badan.
Bagaimana merawat kondisi ini?
Usah khuatir kerana dalam kebanyakan kes, ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjutan. Pun begitu, sila pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak pulih dalam masa beberapa hari, tumbuh dengan cepat, mula keluar darah atau menjejaskan penglihatan anda.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.
Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal.
Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis – sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.
Good info
|
|
|
|
|
|
|
|
haha...bolehlah mengintai pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Selain mengintai, masa kecik2 dulu salu dgr org ckp, ketumbit ni sbb kena kencing dek lipas And i was told ada natural remedy utk rawatan dia tp like euwww la sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|