CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3380|Reply: 16

Selalu Gatal Tapak Tangan, Apa Puncanya? Bukan Bermaksud Dapat Duit Ya!

[Copy link]
Post time 20-10-2020 12:53 AM | Show all posts |Read mode



“Ha, gatal kulit tangan ke tu? Kalau gatal tapak tangan kiri maksudnya duit keluar, kalau tapak tangan kanan pula maksudnya duit masuk!”
Pernahkah anda mendengar ungkapan sebegini? Ayat ini memang popular dalam kalangan orang-orang tua. Garu sahaja tapak tangan, mulalah dikatanya kita akan dapat duit.
Gatal tapak tangan merupakan sesuatu yang normal jika ia berlaku sekali-sekala.
Tetapi, jika ia berlaku dalam satu jangka masa yang panjang dan berlarutan, sudah pasti ia akan menyebabkan ketidakselesaan.
Ada banyak punca yang menyebabkan seseorang itu gatal tapak tangan. Untuk pengetahuan anda, gatal tangan yang terlalu kerap mungkin tanda penyakit yang lebih serius.
Jika anda mengalami kegatalan yang berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi.
Selepas diagnosis, doktor akan memberi preskripsi ubat mengikut kondisi yang anda alami.
Ada beberapa kondisi yang mungkin boleh menyebabkan anda alami gatal pada kawasan tapak tangan. Antaranya ialah:


1. Kulit tangan yang kering







Kadangkala, kulit tangan yang kering boleh menyebabkan kegatalan. Selalunya, perkara ini lebih lazim berlaku dalam kalangan orang yang lebih berusia kerana tangan mereka lebih kering.
Antara tanda kulit kering ialah kulit merekah dan kemerah-merahan. Mungkin ada bahagian yang mengelupas pada tapak tangan anda di sekitar kawasan yang kerap anda garu.
Anda boleh cuba sapukan pelembap pada kawasan tangan anda. Kalau boleh, gunakan pelembap yang bebas pewangi. Kadangkala, pewangi boleh sebabkan kegatalan yang anda alami jadi semakin teruk.


2. Anda alami dermatitis sentuh (contact dermatitis)

Kulit pada tapak tangan anda boleh memberikan reaksi alergi terhadap bahan yang diletakkan pada tapak tangan anda. Keadaan ini turut dikenali sebagai dermatitis sentuh.
Individu yang mengalami dermatitis sentuh akan alami kegatalan yang akan menyebabkan kulit mereka jadi berkuping dan terluka.
Selain itu, mereka yang menghidap penyakit ini juga akan mengalami inflamasi yang teruk akibat kegatalan yang dialami.
Ada juga yang akan alami ekzema yang dikenali sebagai ‘pompholyx’ atau ‘dyshidriotic’. Ekzema jenis ini akan membentuk ketulan kecil yang berair pada kawasan tapak tangan anda.
Kadangkala, gatal-gatal jenis ini ada kaitan dengan jangkitan kulat. Jika anda rasa gatal yang amat sangat, jangan bertangguh lagi untuk jumpa doktor ya!


2. Gatal kulit kerana alergi

Jika anda mengalami reaksi alergi, selalunya gatal-gatal yang anda alami akan berlaku di tempat lain dan tidak hanya terhad pada kawasan tapak tangan.
Apabila anda diserang alergi, alergi tersebut hanya boleh dihentikan jika alergen yang bertanggungjawab ditemui. Oleh itu, penting untuk anda mencari punca alergi yang anda alami terlebih dahulu.
Sebagai contoh, mungkin makanan yang anda makan, ataupun besi pada pin atau perhiasan anda merupakan punca anda alami gatal-gatal pada kawasan tapak tangan.
Cara yang terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan berjumpa doktor. Doktor boleh membuat ujian untuk mengenal pasti punca sebenar anda diserang alergi.
Selain itu, doktor juga boleh memberikan ubat-ubatan berdasarkan gejala yang anda hadapi.


3. Gatal tapak tangan akibat gigitan serangga






Mungkin gigitan serangga merupakan punca sebenar kegatalan pada kawasan tapak tangan anda!
Cuba periksa tapak tangan anda, gigitan serangga selalunya akan tinggalkan kesan berbintat (bengkak kecil pada kawasan kulit yang selalunya berwarna merah).
Gigitan serangga selalunya akan hilang dalam masa beberapa jam ataupun hari dan boleh dirawat sendiri di rumah.
Walau bagaimanapun, sukar untuk anda kenal pasti binatang apa yang telah menggigit anda hanya berdasarkan tanda pada kawasan gigitan.
Selalunya, serangga yang boleh akibatkan gatal-gatal ialah pepijat, kutu dan hama.
Hama boleh menyebabkan anda rasa gatal-gatal di kawasan antara jari. Penyakit yang disebabkan oleh hama turut dikenali dengan nama scabies.
Haiwan kecil ini akan membenamkan diri ke dalam kulit dan menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal. Jangkitan ini dapat dikenal pasti dengan tanda bintik-bintik merah pada sekitar kawasan yang gatal.
4. Diabetes

Tahukah anda, pesakit diabetes juga boleh mengalami gatal-gatal pada kawasan tapak tangan mereka?
Pesakit diabetes boleh merasai sensasi seakan-akan rasa gatal pada kawasan badan mereka. Untuk mengurangkan simptom ini, pesakit perlulah mengawal pemakanan mereka.
Pesakit mungkin menghidap diabetic neuropathy, satu kondisi yang menyebabkan pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf pada bahagian tangan dan kaki.
Sebelum saraf tersebut rosak, badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai cytokines yang boleh menyebabkan kegatalan.
Ruam ataupun bintat mungkin tidak akan muncul pada kulit pesakit yang menghidap diabetes. Untuk pengetahuan anda, hampir 11.3 peratus pesakit diabetes mengalami masalah kegatalan.
Kesimpulan

Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan kegatalan pada kawasan tapak tangan.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kegatalan tersebut adalah dengan cara memakai pelembap dan elakkan menyentuh bahan yang boleh menyebabkan kegatalan.
Jika anda mengalami gatal yang berpanjangan dan jangkitan pada kawasan kulit, anda perlu berjumpa doktor dalam kadar yang segera.
Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca kegatalan dan cara rawatan yang bersesuaian untuk kondisi anda.




Sumber : hellodoktor.com





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 01:04 AM | Show all posts
ha ha memandai nak dapat duit pulak. paling kurang: kurap.. paling teruk: scabies
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha percaya Sgt nk dpt duit...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 02:27 AM | Show all posts

kalau gatal jubo pulak petanda nak dapat apa?




Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
aku bila gatai tapak tangan kanan je... Esk check akaun bank duit masuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 07:35 AM | Show all posts
tapak tangan kurap tapi nak cover line dikatanya nak dapat duit choyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Slalu gak tapak tangan kanan gatal..so far mmg nak dpt rezeki duit
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kebetulan kot. Setiap ujung bln tapak tgn aku msti gatal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2020 09:04 AM | Show all posts
Kiri, keluar duit kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:52 AM | Show all posts
kebetulan kot gatai tapak tangan kanan nak dapat duit.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2020 09:55 AM | Show all posts
Bila gatal tapak tangan kanan ni selalu fikir siapa lah nak bagi duit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
It's a norm kot ramai yg fikir gitu, hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
yg pasti ikut kesihatan bukan good sign yeeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gatal tapak kanan takpe, tapak kiri jangan!panik dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapak kanan tak pe. Tapak kiri jangan. boleh panic attack risau
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 09:58 AM | Show all posts
oh gitu. ingatkanbebtul dpt duit. kehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2020 12:16 PM | Show all posts
btw somehow i think orang tua cakap ni betul jugak. sebab everytime i gatal tapak tangan kanan, esok tu hari gaji wakakakaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076395 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list