View: 2702|Reply: 11
|
Apa Beza Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simpto
[Copy link]
|
|
Wabak virus korona baharu (COVID-19) masih lagi menjadi topik hangat global.
Kini, sudah hampir setengah tahun dunia dilanda dengan wabak pandemik ini dan kita masih tidak mempunyai sebarang alternatif untuk merawatnya.
Kebanyakan individu sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.
Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus COVID-19.
Topik yang akan diperbincangkan dalam artikel ini berkaitan dengan sakit kerongkong dan COVID-19.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Mekanisme jangkitan COVID-19 dibantu oleh protein khas virus
Mekanisme jangkitan virus COVID-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain.
Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.
Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.
Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.
- Protein pepaku (spike)
- Membran
- Nukleokapsid
- Protein selubung (envelope)
Protein pepaku yang terdapat pada permukaan virus ini membentuk struktur seakan-akan mahkota.
Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.
Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).
Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.
Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.
Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.
Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.
Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.
Hidung atau tekak (oral), yang mana satukah saluran utama jangkitan COVID-19?
Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitan COVID-19 boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.
Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.
Apabila ujian COVID-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.
Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.
Ini bermakna, virus COVID-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.
Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.
Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.
Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus COVID-19.
Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.
Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.
Simptom sakit kerongkong, adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19?
Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan COVID-19.
Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:
- Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU
- Sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU
- Menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak COVID-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).
Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.
Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.
Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif COVID-19.
Konklusi
Kita sudah mula memahami mekanisme dan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan virus korona baharu.
Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.
Sumber : hellodoktor.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for the info...senang faham |
|
|
|
|
|
|
|
tq info. skrg semua kne jaga2 kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for the good info, tt.
Akk ada dapat video ttg ubat utk corona yg digunapaki oleh penduduk Wuhan. Inhale steam on daily basis four-five times a day. X tahu la betul2 berkesan atau tak utk covid ni. Tp wap panas tu akan masuk ke hodung kita dan dikatakan wap2 panas tu yg membunuh cik covid dlm hidung sebelum dia bergerak ke tekak dan paru2.
Akak selalu gunapakai cara ni kalau nose block, demam & batuk2. Physician yg ajar dan dia bekalkan the menthol crystal tu utk kita guna. Kalau akak dorang, akak ambil air yg baru 5 minit mendidih dan masukkan sikit menthol crystal tu dalam air. Lepas tu gunakan towel mandi utk serkupkan kepala dan stim tu xde la lari. Tp make sure mata ditutup. Akak x tahu apa jadi kalau buka mata tp akak x tahan. So mata memang tututp utk 10 minit tu. Tp jgn terlalu rapat dgn mangkuk berisi air panas tu ya. Boleh burnt nanti.
Akak harap @ipes2 boleh komen bab ni. Pada akak ni hanya salah satu usaha saja. X berani nak mengiyakan cara ni sebagai ubat yg berkesan bagi covid.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 23-10-2020 03:50 PM
Thanks for the good info, tt.
Akk ada dapat video ttg ubat utk corona yg digunapaki oleh penduduk W ...
Ade jugak baca kaedah ini.. saya buat jee.. kalo idung gatal ke selesema mmg berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-10-2020 08:18 PM
Ade jugak baca kaedah ini.. saya buat jee.. kalo idung gatal ke selesema mmg berkesan
Ha ah. Memang berkesan kalau selsema tersumbat sampai kena bernafas dgn mulut.. Bila steam, lega.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 23-10-2020 08:31 PM
Ha ah. Memang berkesan kalau selsema tersumbat sampai kena bernafas dgn mulut.. Bila steam, lega.. ...
Dr duk tonyoh minyak kapak.. baik buat cara ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau batuk sebab rasa macam ada kahak melekat belakang lelangit tu bukan simptom kan? |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kak
yang selalu diguna di hospitals ialah saline Nebulisers; 5mls every 4 to 6 hours; tetapi ini diguna bikan sahaja umutnuk covid (jika sesuai) malah untuk pneumonia, COPD dan beberapa lagi masalah paru2 yang lain. ia boleh membuatkan lendir didalam paru2 tu mencair lalu boleh dibatukkan kedalam mulut utk ditelan atau diludahkan.
tentang menthol cyrstal ini, saya tidak pernah pula mengetahui penggunaannya kak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|