CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4104|Reply: 6

WikiFX - Boleh percaya ke website/app ni ??

[Copy link]
Post time 29-10-2020 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JollyGood at 12-1-2021 06:53 PM

WikiFX: Perniagaan Yang Meragukan Dengan Kaedah Yang Lebih Meragukan
Ironinya pasaran kewangan adalah satu bentuk perniagaan di mana secara rasminya ia mempunyai banyak peraturan. Sama seperti perdagangan senjata ia juga mempunyai masalah yang sama — banyak entiti haram yang berkembang di jenis-jenis perniagaan ini.

Broker scam, perkhidmatan pemulihan dana yang merompak trader yang telah dirompak, HYIP, kursus perdagangan “belajar cara membuat berjuta-juta duit semalaman” dan sejumlah skim penipuan yang lain semuanya cenderung mengeksploitasi titik lemah sifat manusia — kepercayaan bahawa ada seseorang di luar sana yang boleh menjual kepada anda satu alat ajaib dengan butang “CEPAT KAYA”!


Pencuri yang menjerit “Pencuri!”
Dengan mengambil kira perkara di atas, sebenarnya terdapat permintaan yang tinggi dalam masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar dan tidak berat sebelah mengenai sesebuah syarikat. WikiFX mengaku sebagai penyedia maklumat yang jujur mengenai setiap broker tetapi sebenarnya mereka menjana wang dengan memeras ugut broker dan mempromosi kan mana-mana syarikat yang menawarkan untuk membayar wang yang banyak untuk mendapat rating yang tinggi.

WikiFX adalah contoh klasik tentang pencuri yang menjerit “Kejar pencuri tu!” lebih kuat daripada orang lain di khalayak ramai. Malangnya strategi itu sangat berkesan dan kebanyakan trader cenderung mempercayai penilaian tentang broker dari WikiFx ini tanpa mempersoalkan penilaian itu berdasarkan apa dan siapa yang menaja pangkalan data untuk kesemua broker global ini.


Menurap Jalan Dengan Niat Yang Baik
Kejahatan yang paling dahsyat terhadap manusia pun dilakukan kononnya dengan niat yang baik. Bermula dengan perang salib yang pertama dan diakhiri dengan holocaust. Selalunya akan ada beberapa hujah yang bernas, mereka yang dilindungi serta kaedah yang boleh dipercayai.
Tanyakan kepada mana-mana trader adakah setiap broker forex harus diselia oleh pihak ketiga? Dengan kebarangkalian hampir 100%, mereka pasti menjawab “ya” dan jawapan ini benar sama sekali. Prosedur mengetahui-pelanggan-anda dan beberapa kawalan pihak ketiga yang tidak berat sebelah sangat penting untuk menjaga ketelusan keseluruhan perniagaan dalam bidang kewangan. Inilah hujah yang digunakan oleh WikiFX ketika mempromosi kan perkhidmatannya dan tidak ada gunanya untuk kita bantah. Bermula dengan kebenaran yang tidak dapat dipertikaikan adalah strategi yang baik untuk memenangi sesuatu perdebatan.

“Keberadaan untuk jangka masa panjang di pasaran akan menambah kredibiliti”, — kata WikiFX, dan sekali lagi itu benar sama sekali.
“Tidakkah anda setuju bahawa lebih lama syarikat itu wujud, lebih baik?”. “Tentu!”, — trader akan bersetuju sekali lagi.
Misi mereka selesai! Ini adalah masanya untuk mereka menambah kriteria lain pada kaedah penilaian mereka di carta kedudukan broker. Trader akan cenderung mempercayai perkhidmatan tersebut kerana mereka telah bersetuju dengan kriteria yang paling penting. Selebihnya cuma butiran kecil.
Tetapi bagaimana jika kaedah penilaian selebihnya bukan hanya masalah kecil? Bagaimana jika butiran ini boleh menjadi kaedah untuk memanipulasi fakta sebanyak mana yang mereka mahu?


Bolehkah kriteria penilaian WikiFX dipercayai?
Sekiranya kita melihat penilaian untuk mana-mana broker dari WikiFX, kita dapat melihat bahawa kriteria penilaian mereka adalah seperti berikut:
  • Tahun pendaftaran
  • Regulasi
  • Lesen “Market Making”
  • Lesen perisian
Sebagai contohnya, ini adalah ringkasan mengenai broker yang diberi nilai tertinggi di WikiFX:

Contoh WikiFX Forex com





Benar-benar nampak menarik. Tanpa memperdulikan perasaan kami terhadap broker yang satu ini, laporan ini nampaknya di laksanakan dengan baik. Kesemua penyelia di senaraikan di bawah, maklumat mengenai perisian yang digunakan, pelesenan, dan tahun operasi kesemuanya disertakan.
Tetapi bagaimana pula jika kita mengambil broker lain yang mempunyai ranking yang rendah di di WikiFX secara rawak?

WikiFX Ranking untuk NinjaTraderBrokerage






Di sinilah kebenaran akan tersingkap. Sekali lagi, tanpa menghiraukan perasaan terhadap broker yang satu ini, sangat mudah untuk mengetahui apa yang mereka lakukan, lesen apa yang mereka ada dan jenis perisian yang mereka gunakan.
Klon yang mencurigakan? Anda serius? Sekiranya kakitangan WikiFX cukup peduli untuk melakukan siasatan sebelum memberi tanda “Mencurigakan” pada broker, mereka akan melihat bahawa kedua-dua domain, nijatrader com dan ninjatraderbrokerage com tergolong dalam entiti yang sama.

NinjaTrader whois data




Sekiranya mereka cukup peduli untuk mengumpulkan maklumat mengenai broker dari sekurang-kurangnya satu sumber yang boleh dipercayai, seperti Investopedia atau pangkalan data lain yang lebih kurang sama, mereka akan mengetahui bahawa syarikat itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pembrokeran, tetapi juga terkenal dengan platform perdagangannya dengan alat analisis teknikal yang canggih. Tetapi satu-satunya perisian perdagangan yang dianggap boleh dipercayai oleh WikiFX adalah MT4 / MT5. Mereka mengabaikan fakta bahawa perdagangan tidak hanya sekadar produk MetaTrader, tidak kira seberapa baik atau popularnya ia. WikiFX akan menurunkan skor mana-mana broker dengan perisian yang telah dibina khas. Kita dapat melihatnya dengan jelas dari contoh di atas tadi.

Kriteria lain yang selalu WikiFX banggakan untuk digunakan sebagai penilaian sesuatu broker adalah Regulasi. Dengan menggunakan contoh yang sama, mari kita lihat seberapa baik mereka membuat penilaian untuk bahagian ini. Seperti yang anda lihat di atas, WikiFX menggunakan cap “Lesen Regulasi Yang Mencurigakan” untuk NinjaTrader Brokerage.

Dan inilah adalah rekod dari The National Futures Association, yang didaftarkan oleh NinjaTrader sebagai broker Futures:

Bukti NTB dan Regulasi NFA yang menunjukkan WikiFX tidak diiktiraf sebagai syarikat yang dipercayai






Kita tidak boleh mengharapkan untuk setiap trader tahu yang mana-mana broker Futures yang ingin beroperasi di pasaran AS mesti menjadi anggota NFA. Ini adalah permintaan dari Commodity Futures Trading Commission mengenai operasi broker Futures. Tetapi ini sama sekali tidak dapat diterima untuk laman web yang membuat ranking untuk broker, seperti WikiFX, yang menandakan broker Futures yang didaftarkan di NFA sebagai tidak boleh dipercayai.

Selain daripada itu, dapatkah anda perhatikan pada tangkapan skrin di atas menunjukkan bahawa NTB telah memperoleh lesen NFA pada tahun 2004? Namun, ini tidak menghalang WikiFX untuk mendakwa bahawa pembrokeran ini hanya telah beroperasi selama 1–2 tahun sahaja, dan bukannya 16 tahun seperti operasi sebenarnya.

Kita boleh membincangkan lebih lanjut lagi sebab-sebab di sebalik selektiviti WikiFX seperti itu tetapi contoh secara rawak ini jelas menunjukkan bahawa mana-mana broker yang memberikan akses kepada perdagangan derivatif bukan forex atau berani memperkenalkan perisian yang dibangunkan khusus kepada pedagangnya berisiko menerima ulasan negatif di WikiFX tanpa mengira kebolehpercayaan sebenar serta regulasinya.

Apa sebenarnya di sebalik selektiviti WikiFX?
WikiFX mendakwa mempunyai pasukan profesional yang kesemuanya terlibat dalam penilaian objektif untuk perkhidmatan sesuatu broker, lesen dan perisian terpakai. Kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli profesional ini masih belum didedahkan. Walaubagaimanapun seperti yang kita lihat dari perbandingan di atas, dua broker yang dipercayai boleh memperoleh skor dari 1.0 dan hingga 10.0 di WikiFX. Mereka tidak mengambil kira regulasi apa yang broker itu guna, untuk berapa lama mereka telah beroperasi dan jenis perisian apa yang mereka gunakan.

Jadi sebenarnya sukar untuk meneka dengan keyakinan 100% apa yang digunakan di sebalik selektiviti tersebut. Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah WikiFX mungkin berafiliasi dengan beberapa broker. Hipotesis tersebut menjadi lebih realistik jika kita cuba memahami siapa yang menaja WikiFX.

Tidak ada iklan built-in yang telus sama ada di versi laman web atau di aplikasinya. Tidak ada langganan berbayar untuk akses ke pangkalan data. Ini bermaksud bahawa pengguna menaja perkhidmatan mereka dengan tidak perlu menonton iklan atau tanpa perlu membuat apa-apa bayaran kepada mereka. Menjadi organisasi bukan amal dan bukan kerajaan, WikiFX sudah tentu tidak ditaja oleh mana-mana kerajaan atau mendapat apa-apa sumbangan dari mana-mana.

Satu-satunya pilihan yang tinggalkan ialah ada broker yang menaja sistem ranking ini secara langsung, yang secara automatik menjadikan keseluruhan sistem ini tidak boleh dipercayai dan sangat berat sebelah.

Satu-satunya kaedah telus yang kita tahu yang WikiFX gunakan untuk mengumpulkan wang adalah yuran penajaan yang mereka kumpulkan dari peserta untuk acara luar talian mereka.

Sekarang mari kita lihat peserta pameran WikiFX Expo di Thailand baru-baru ini.
Peserta Pameran Expo Thai WikiFX





  • TLC adalah platform pelaburan yang tidak dikawal selia yang ditubuhkan pada tahun 2019
  • Samtrade FX tidak diselia oleh mana-mana agensi tetapi WikiFX sendiri menyenaraikannya sebagai boleh dipercayai
  • Forex4you tidak dikawal selia oleh mana-mana agensi tetapi WikiFX sendiri menyenaraikannya sebagai boleh dipercayai
  • B2 Broker adalah broker yang tidak dikawal selia
  • XDL FX adalah broker yang tidak dikawal selia
  • VAT FX adalah broker yang tidak dikawal selia

Enam daripada enam belas peserta pameran ekspo WikiFX baru-baru ini tidak mempunyai status undang-undang yang sesuai dengan “standard” WikiFX itu sendiri. Fakta ini walaubagaimanapun tidak menghalang mereka untuk mempromosikan perkhidmatan syarikat-syarikat ini di acara luar talian mereka. Fakta yang aneh ini banyak memberitahu tentang sikap WikiFX kepada trader yang mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Reputasi tidak lain hanyalah item untuk dijual beli melalui sistem ranking broker ini.


Keruh Yang Semakin Keruh
Setakat ini kita hanya membincangkan fakta bahawa sesiapa sahaja boleh memeriksa sendiri tentang WikiFX dengan menggunakan alat dan sumber yang percuma.

Sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk mengetahui bahawa WikiFX menggunakan standard yang tidak telus untuk menilai sesuatu broker. Ia mengabaikan spesifikasi sebilangan broker yang menurunkan skor mereka kerana derivatif bukan standard yang mereka tawarkan untuk berdagang atau berdagang menggunakan perisian perdagangan khusus. Ia juga mempromosikan broker yang tidak dikawal selia dan tidak berlesen, yang 100% bertentangan dengan nilai dan misi WikiFX yang telah dinyatakan.

Menurut khabar angin, syarikat ini juga didapati memeras ugut broker agar membuat bayaran kepada WikiFX dengan tujuan untuk mendapat ulasan yang lebih baik di WikiFX. Terdapat juga beberapa bukti yang menunjukkan promosi platform WikiFX yang mencurigakan melalui media sosial dan Quora. Beberapa ulasan positif WikiFX juga kelihatan sangat mencurigakan. Semua perkara di atas hanyalah menunggu masa untuk penyiasatan lebih lanjut.

Walaupun demikian, ribuan pengguna tetap bergantung pada maklumat yang diberikan oleh sistem ranking yang menipu ini. Dan kelihatannya kesemua pengguna ini seakan-akan berpuas hati. WikiFX telah mendapat 4.5 bintang di Google Play, iaitu sesuatu yang cukup baik. Walau bagaimanapun, ulasan WikiFX yang positif kelihatannya menggunakan semantik yang serupa dan ia juga sangat mencurigakan. Walaupun mendapat nilai purata yang tinggi, Google Play menganggap mesej berikut paling relevan dan membawanya ke puncak ulasan WikiFX:

Ulasan Google Play WikiFX yang paling relevan





Anda mempunyai faktanya sekarang dan sudah tiba masanya untuk membuat kesimpulan anda sendiri.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2020 12:15 PM | Show all posts
Can you tell me what WikiFX is?
Yes I can tell you several things about WikiFX. The company states that WikiFX is an inquiry platform with brokers and IBs. It provides all-round information of every broker, including regulation info, reputation, risk test, WikiFX… At least that what they say!
In reality, the information provided on WikiFX application and website is problematic. From many sources on the internet, I could say that people do not consider its information to be accurate.

The problems like, double data, inaccuracy of the data, and shallow research method are said to be the main problem on WikiFX.
If you browse for the name of a forex broker, you may find more than one data for the targeted broker. That is the first problem. If the data is good, how could a broker have several profiles/evaluation?

Secondly, I have read many reports from people that the data WikiFX provides is dominated with wrong data. Take for example the press release published by Fullerton Markets. WikiFX. WIkiFX wrote that New Zealand license had been revoked from Fullerton market. The truth is that Fullerton, on the other way, decided to move the headquarter to Saint Vincent and the Grenadines, which is not New Zealand’s territory anymore.

Thirdly, WikiFX stated on rate page of Fullerton is suspected to be a clone of other business. The fact is that Fullerton market is just a different company from the mentioned UK company. It shows that WikiFX does not do any proper research on the brokers they include on their app/website.

So, what is the problem with WikiFX? is it just uneducated people who try to create a business? Well, I guess a quote from Fullerton Market’s press release can answer that:


$10K is the price brokers need to pay if the misinformation want to be addressed/changed/edited.
$10,000 per misinformation per broker
$10 per subscriber/user to get wrong information
$xxxxxx from owning user data they obtain from every download by user

So, No! They are not writing misinformation by mistakes!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 01:07 AM | Show all posts
Edited by JollyGood at 12-1-2021 06:54 PM

WikiFX: Kegilaan Dalam Menabur Fitnah
Jika sekali pandang, kita dapat melihat dunia kewangan moden seperti sudah diatur dengan ketat. Walaupun demikian, penipuan masih kerap berlaku.

Penggodam melancarkan serangan siber di bursa kripto dan institusi kewangan lain dengan secara langsung. Ini menjadikan tindakan mereka sesuatu yang boleh diramalkan. Jadi, ia memungkinkan pelaku pasaran menyediakan perlindungan yang berkesan untuk melumpuhkan serangan cyber tersebut.

Jenis penipuan yang akan kita bincangkan sekarang adalah berbeza dan jauh lebih berbahaya kepada broker dan trader itu sendiri.


Fitnah Yang Berleluasa
WikiFX nampaknya seakan-akan berusaha untuk menjadikan industri broker lebih telus dan selamat. Mereka telah membuat beberapa sistem pengukuran yang kononnya akan dapat menilai serta me-ranking sesuatu broker itu dengan beberapa parameter khas seperti peraturan, platform perdagangan yang mereka sokong, atau jumlah tahun mereka telah berada dalam industri.

Malangnya, hasil penilaian serta ranking ini sama seperti kaedah mengesan penyihir di Abad Pertengahan: iaitu mengikut jantina, berat badan, dan warna rambut.

Setiap trader inginkan mendapatkan maklumat yang tidak berat sebelah dan boleh dipercayai mengenai broker yang mereka pilih untuk melakukan trading, dan WikiFX dengan mahirnya memanipulasi keperluan umum ini. Syarikat ini meletakkan diri mereka sebagai penyedia maklumat yang dipercayai tentang perkhidmatan pembrokeran serta mempunyai banyak pendapat yang disukai oleh orang ramai.
  • Broker perlu dikawal selia oleh pihak ketiga
  • Pasaran memerlukan lebih banyak ketelusan
  • Firma-firma yang telah beroperasi di pasaran untuk masa yang lama berhak mendapat kepercayaan


WikiFx menjalankan perniagaan di bawah pernyataan yang biasanya di persetujui seperti ianya diukir di perisainya. Sebilangan besar trader menyokong penyataan ini dan oleh itu mempercayai perkhidmatan tersebut.

Masalahnya berlaku di mana terdapat perbezaan antara nilai yang mereka nyatakan dengan ranking yang ternyata menipu, tidak tepat, dan sangat berat sebelah. WikiFX melindungi aktiviti mereka kononnya dengan niat yang baik, namun ia juga mula mengangkat pedang setiap kali beberapa parameter broker menyimpang dari ‘standard emas’ mereka. Contohnya seperti di bawah






AMP Futures score at wikifx

“Broker ini memberi akses kepada Future Trades, tidak hanya kepada forex?” — Broker ini penipu!
“Broker ini mempunyai lesen peraturan yang paling dipercayai tetapi melakukan perniagaan sebagai beberapa jenama berbeza, tidak hanya satu?” — Broker ini adalah klon yang mencurigakan! Broker penipu!
“Broker ini telah beroperasi selama lebih dari sepuluh tahun tetapi kami rasa mereka hanya baru menjalankan perniagaan selama 1–2 tahun.” — Kami tidak peduli kesahihannya dan kami tidak akan berkongsi sumber maklumat kami. Pada kami broker ini penipu!
“Broker ini menawarkan akses ke pasaran melalui pelbagai platform perdagangan, termasuk MT5?” — Hmm, kami fikir anda tidak mempunyai lesen MetaTrader. Ok, broker ni pun penipu jugak!

WikiFx menyenaraikan maklumat yang salah mengenai beratus-ratus, jika tidak beribu-ribu broker, di laman web mereka. Algoritma yang mereka gunakan untuk mengumpulkan maklumat jelas tidak boleh dipercayai. Persoalannya, apa yang ada di sebalik pendekatan selektif seperti itu?


WikiFX: kos operasi
Wang adalah sebab utama kebanyakan perniagaan dijalankan. Sudah jelas bahawa pangkalan data, saluran YouTube, dan tinjauan lapangan WikiFX memerlukan banyak perbelanjaan operasi. Laman web ini dilaporkan menyediakan perkhidmatan berbayar melalui aplikasi mudah alihnya. Walaupun begitu, jumlah tersebut seakan-akan tidak dapat menampung perbelanjaan operasi mereka kerana kebanyakan fitur di aplikasi mereka adalah percuma untuk digunakan.

Tidak ada yang tahu secara pasti bagaimana WikiFX menjana wang, tetapi ia mestilah datang dari mana-mana punca, betul tidak?


Siapa sebenarnya membiayai WikiFX?
Perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah bahawa terdapat mana-mana broker yang menaja kewujudan sistem ranking ini. Satu-satunya cara yang sah dan terbuka untuk mengumpulkan wang daripada broker ini adalah dengan menawarkan mereka untuk mengambil bahagian dalam acara live WikiFX EXPO.

Forex4you, VAT FX, B2 Broker, Samtrade FX, XDL FX, TLC — tidak ada satu broker pun yang disebut ini mempunyai lesen peraturan pada tahun 2019 iaitu semasa Bangkok Expo dijalankan. Tetapi itu tidak menghalang WikiFX untuk mempromosikan perkhidmatan mereka di Expo tersebut.




WikiFX Expo

Jadi sekarang lesen tidak lagi penting jika anda membayar sejumlah wang untuk bekerjasama dengan WikiFX?
“Tepat sekali! “, — wakil WikiFX akan berkata, “Inilah yang kami mahu!”.

Bagi kebanyakan orang, adalah sesuatu yang menyakitkan apabila menyedari bahawa reputasi hanyalah barang yang boleh dijual beli. Dalam situasi ini, kedua-dua broker dan agensi seperti WikiFX memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut.

Dari semasa ke semasa, ada juga broker yang melaporkan yang mereka mendapat pemerasan dari WikiFx. Sebagai contoh, CM Trading menuduh WikiFx menyebarkan maklumat palsu mengenai mereka. CM terkejut mendapati dirinya berada dalam senarai perkhidmatan pembrokeran yang tidak terkawal. Walaupun terdapat banyak permintaan untuk mengubah maklumat dalam ulasan CM Trading, WikiFx tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Namun, kemudian, Ketua Pembangunan Perniagaan WikiFX memberikan jawapan sinis, memberitahu bahawa syarikat mereka sentiasa bersedia untuk menjalikan hubungan win-win dengan mana-mana broker.





CM Trading
Banyak perkhidmatan pembrokeran yang memilih untuk tidak berkolaborasi dengan WikiFX sangat terdedah kepada fitnah dari WikiFX.
Apa Yang Harus Dilakukan?
Dalam beberapa kes, ada broker yang mengabaikan tindakan WikiFX. Sebagai contoh, Dorman Trading, dengan skor 1/10 di WikiFX tetapi tetap tenang dan menjalankan perniagaannya tanpa penyesalan atau kebimbangan. Ia adalah broker Future di Amerika yang terkenal yang telah teregulasi sejak tahun 1965. Ia bekerjasama dengan broker lain, diregulasi di Amerika Syarikat oleh NFA; semua trader tahu tentang itu. Pihak Dorman tahu bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh WikiFX, orang ramai masih akan tetap mempercayai mereka. Jadi Dorman telah memilih untuk mengabaikan saja fitnah yang ditabur oleh WikiFx.

Malangnya, tidak seperti veteran dalam industri ini, perkhidmatan pembrokeran muda tidak kebal terhadap serangan reputasi. Oleh itu, mereka perlu bertindak segera. Sebagai contoh, mereka mungkin mendesak WikiFx untuk memperbaiki ketidaktepatan dalam maklumat yang diterbitkan di laman webnya, seperti yang dilakukan Fullerton Markets.




Fullerton

Sebagai alternatif, broker juga boleh menggunakan forum web untuk menarik perhatian terhadap masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam contoh di atas, CM Trading menggunakan forum forexpeacearmy.com untuk tujuan tersebut.

WikiFX belum lagi dihalang dari beroperasi. Walau bagaimanapun, komuniti perdagangan profesional mesti berhati-hati ketika menjalankan perniagaan dengan entiti yang mencurigakan. Banyak fakta mengatakan bahawa setiap broker patut menjauhi agensi tersebut. Selain itu, mereka juga harus menggunakan media sosial dan sumber Internet lain secara aktif untuk memerangi ugutan dari pihak WikiFX.

Bagi para trader, mereka perlu mencari sumber maklumat yang boleh dipercayai ketika memilih broker. Dan sudah tentu WikiFX bukanlah sumber yang boleh dipercayai tersebut.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 03:46 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2021 04:47 PM | Show all posts
Edited by JollyGood at 12-1-2021 06:54 PM

Adakah Wikifx sebuah broker yang boleh dipercayai?

Pertama sekali , WikiFX bukanlah sebuah broker.

Mereka adalah marketer dalam talian yang semata-mata berusaha untuk menjual Web dan aplikasi mereka kepada broker yang akan membayar mereka untuk tujuan pengiklanan.

Oleh itu, mereka berpura-pura menjadi syarikat yang berkecuali dengan mengeluarkan “maklumat” melalui persembahan video yang kelihatan murah tanpa statistik yang terbukti dengan jelas. Barangkali juga mereka mungkin cuba meniru usaha Seputar Forex (sebuah laman web dari Indonesia) kerana Seputar Forex menyediakan berita pasaran di Web, subscriber e-mel dan aplikasi untuk menarik perhatian pengunjung ke laman web mereka. Bezanya kandungan berita dari Seputar Forex adalah sahih dan dapat menarik perhatian broker untuk beriklan dengan mereka.

Manakala di website WikiFX, anda boleh melihat satu atau dua sepanduk yang mengandungi pautan kod IB mereka dengan broker tertentu di antara sepanduk-sepanduk yang mereka tampilkan.

Jelas sekali, mereka ini tidak berkecuali dan mereka mahu kita berfikir bahawa mereka berkecuali.

Yang hebatnya, WikiFX meletakkan diri mereka sebagai “aplikasi penyelidikan peraturan broker forex sedunia”!

Ego sungguh pernyataan tersebut dari sebuah syarikat yang sebenarnya penipu!


Sumber : TheExpertTrader
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 12:47 PM | Show all posts
Edited by JollyGood at 1-2-2021 12:51 PM

WikiFX Menafikan Mereka Mengambil Wang dari Broker untuk Mendapatkan Ranking Positif







WikiFX berjaya mewujudkan kesan dan suasana seperti pengulas broker yang boleh dipercayai dan mendapat kepercayaan dalam masyarakat trader runcit dalam beberapa tahun sejak ia dilancarkan. Jujur, ranking broker yang tidak berat sebelah, pengalaman perdagangan yang selamat untuk semua — itulah yang dinyatakan untuk mewujudkan rasa selamat pengguna kepada syarikat mereka. Hakikatnya, perkara sebenar jauh lebih berprosa dan — mengejutkan! — sekali lagi, ini semua berkaitan dengan wang.

WikiFX adalah perkhidmatan berbayar untuk broker. Buktinya…
Apa yang berlaku dalam kegelapan mesti keluar dari cahaya. Kebenarannya akan mengalir dari setiap celah. Broker, trader, dan wartawan bebas mendedahkan kaedah kotor yang digunakan oleh WikiFX untuk menghasilkan wang dengan menjual aset yang tidak ketara seperti reputasi. Sedangkan reputasi mereka sendiri terbenam sepantas kapal Titanic yang sedang tenggelam.

Memeras ugut, ranking yang palsu, ulasan berbayar — ini adalah kaedah yang digunakan syarikat tersebut untuk menjana wang. Sebenarnya ada banyak lagi broker yang bersedia untuk menyatakan kebenaran. Seperti tetikus yang terpojok, pakar SMM WikiFX cuba untuk mengelak dengan sebaik mungkin dari menjawab soalan seperti ini : “Adakah ranking broker WikiFX sudah tercalar?” Dengan segala bukti yang ada , memang ianya telah pun tercalar.





WikiFX dibayar untuk membuang data yang memprovokasi broker

Reputasi yang dijual beli
Sejak kebelakangan ini kita tidak perlu untuk bekerja atas nama masa depan yang lebih baik. Netflix dan Youtube melatih kita untuk membayar kandungan berkualiti melalui wang atau masa yang kita habiskan dengan menonton iklan. Tetapi mengapa tidak bukan, jika kandungannya bernilai?
WikiFX mendakwa data mereka boleh dipercayai, dan pangkalan data broker mereka adalah salah satu yang terbaik di industri ini. Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu membayar satu sen pun untuk mengakses maklumat ini. Pengguna tidak perlu membayar untuk menggunakan aplikasi ini, tidak perlu mendaftar untuk akaun berbayar di WikiFX, bahkan tidak perlu menonton iklan setelah mereka mengunjungi laman web rasmi WikiFX. Jelas, apabila pengguna tidak perlu membayar untuk menggunakan kandungan sedemikian, ini bermakna ada pihak yang membayar untuk kandungan ‘percuma’ tersebut. Tapi siapa agaknya?



Bukti rasuah WikiFX dari blog FXBrokerSCAM


Skim penipuan mereka sangat jelas. WikiFX telah membuat sistem ranking untuk broker berdasarkan web crawler automatik yang mengumpulkan maklumat asas mengenai sesuatu broker. Maklumat ini diterbitkan tanpa kajian individu. Sistem ranking automatik ini sangat berat sebelah kerana hanya sebilangan kecil platform perdagangan dan entiti peraturan saja yang yang diiktiraf sesuai oleh WikiFX. Broker yang tidak menggunakan platform MT4 dan tidak mematuhi pengawal selia seperti CySEC dan FCA secara automatik mendapat label SCAM dalam pangkalan data mereka.
Kalau hendak diikutkan, sebenarnya terdapat sebilangan besar broker dan bank yang tidak mencapai standard yang diberikan oleh WikiFX. Satu-satunya cara bagi broker ini untuk membuang label SCAM di WikiFX adalah dengan mereka perlu membayar platform tersebut untuk status VIP. Semakin banyak broker yang diberi label SCAM, semakin banyak pula yang akan membayar perlindungan untuk status VIP tersebut. Tidak ada gunanya WikiFX menukar kepada kaedah penilaian yang lain. Kepada nak tukar pula kan? Pendekatan yang mereka lakukan ini membolehkan mereka melabelkan lebih banyak syarikat sebagai penipu atau scam, Dan dengan cara itu, lebih banyak syarikat akan membayar untuk membuang label scam tersebut dalam pangkalan data WikiFx.

Beberapa buah broker dan bank telah pun mengabaikan penglabelan dari WikiFX ini kerana mereka sudah dikenali sebagai peneraju pasaran. Dan laman web yang baru muncul tidak boleh merosakkan reputasi mereka yang telah mapan. Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan dari mereka memilih untuk membayar platform tersebut. Tindakan itu seolah-olah menyokong mafia forex dari Cina ini untuk terus menggasak pemain baru dalam industri broker yang kononnya tidak sesuai dengan standard yang diberikan mereka. Sebilangan pelaku pasaran memilih untuk memerangi ugutan ini secara terbuka. Internet kini penuh dengan tangkapan skrin ‘business offers’ dari WikiFX di mana mereka berjanji untuk berhenti menyiarkan aduan pelanggan di laman web mereka jika broker bayaran pada mereka. Ulasan positif juga akan dijamin untuk ahli-ahli VIP ini.

Menidakkan yang telah jelas
Reaksi dari pengurusan WikiFX sangat menarik. Mereka telah membuat buku kecil berkilau dengan tawaran VIP, mereka menetapkan harga, mereka telah melabel banyak broker dan bank terkenal sebagai penipu atau mencurigakan, kemudia mereka membuat tawaran berbayar kepada syarikat-syarikat tersebut. Sekiranya mereka merasa OK dengan kaedah ini dan menganggap ianya sah untuk menjalankan perniagaan seperti ini, mengapa mereka tidak memaparkan saja harga keahlian kelab VIP di laman web mereka? Mengapa mereka masih enggan menyatakan sumber pendapatan mereka? Dihenyak dengan pelbagai pertanyaan dan persoalan, mereka masih menafikan yang sistem ranking mereka tidak berguna. Dengan mempertimbangkan segala bukti yang telah jelas, hujah-hujah mereka sebenarnya tidak masuk akal.

Di bawah ini adalah salah satu usaha dari WikiFX untuk menafikan perkara yang telah jelas. Ia diterbitkan dalam komuniti rasmi forex Thailand, dan anda boleh membaca terjemahan ringkasnya di bawah.



WikiFX Menafikan Mereka Mengambil Wang dari Broker untuk Mendapatkan Ranking Positif.

Terjemahan
WikiFX: Khabar angin yang mengatakan bahawa WikiFX meminta wang daripada broker sebagai pertukaran untuk tinjauan positif adalah tidak benar.
Realiti: Ini bukan lagi khabar angin. Kita semua telah melihat tangkapan skrin brosur anda, skrip perbualan dengan bakal pelanggan anda, dan tinjauan serta wawancara yang ditujukan kepada pelanggan VIP anda. Dengan segala bukti tersebut, perkara ini disebut fakta, bukan lagi khabar angin.
WikiFX: Kami sekali lagi mengesahkan bahawa semua maklumat yang keluar pada hari ini semuanya adalah palsu, dan anda boleh memastikan bahawa wikiFX adalah sah di laman web kami.
Realiti: OK, yang ini kelakar. Sekiranya sesiapa ingin mengetahui sama ada sesuatu perkhidmatan itu SCAM atau tidak, adakah mereka akan memeriksanya di laman web rasmi perkhidmatan tersebut — biar betul! Ia seolah-olah kita bertanya kepada ibu Al Capone adakah anaknya itu seorang anak lelaki yang baik.
WikiFX: Anda boleh mempelajari kaedah penilaian kami di laman web kami. Segala maklumat memang boleh dipercayai.
Realiti: Ya, kami tahu tentang kaedah penilaian anda. Anda telah melabel banyak bank di Thailand dan broker terkenal di dunia (yang mempunyai lesen dan peraturan AS dan antarabangsa) sebagai SCAM. Robinhood, Ameritrade, Dorman, NinjaTrader, dan banyak institusi terkenal lain masih dianggap sebagai penipu mengikut kaedah penilaian anda. Anda tidak akan pernah mengakui bahawa anda salah. Syarikat-syarikat ini akan terus mempunyai label ini selamanya di WikiFX kerana broker yang dikawal selia dan boleh dipercayai tersebut tidak akan membayar WikiFX untuk status VIP dan menyokong perkhidmatan penipuan seperti ini.
WikiFX: WikiFX adalah agensi pemeriksaan broker yang sah. Kami telah memeriksa lebih dari 20k broker di seluruh dunia, jadi anda dapat melihat di sini bahawa kami memang benar-benar sah.
Realiti: Anda hanya bergurau bukan! Sejak bila kuantiti sama dengan kualiti?
WikiFX: Sekiranya broker mendapati maklumat di laman web kami tidak tepat, mereka boleh menghubungi kami dengan menunjukkan bukti untuk membetulkan maklumat.
Realiti: Sekarang ini broker-broker tersebut telah pun mempunyai bukti! WikiFx membalas bahawa broker-broker tersebut mesti membayar kepada mereka untuk membetulkan maklumat yang tidak benar itu.
WikiFX: Penyataan terakhir. Berdasarkan semua fakta yang disebutkan, anda dapat melihat bahawa kami benar-benar sah, dan semua tuduhan itu palsu. TAMAT.
Realiti: kami hanya melihat ini adalah percubaan yang tidak masuk akal untuk membenarkan satu perniagaan yang kotor dengan membuat kesimpulan yang tidak rasional dari fakta yang tidak dapat disahkan.
Sudah tentu, orang ramai memerlukan sumber maklumat yang boleh dipercayai mengenai kesahihan dan kepercayaan tentang sesuatu broker. Dan WikiFX mempunyai sumber yang kuat dalam bidang seperti ini. Sayangnya, mereka telah memilih kaedah yang berkeladak untuk mengewangkan sumber ini dan sekarang mereka harus menafikan cara mereka menjana kewangan dengan cara menjual reputasi. Alangkah baiknya jika mereka bertobat, melakukan reformasi, dan mulai menghasilkan wang secara sah. Iaitu melalui iklan dan sepanduk. Ianya pasti lebih telus dan jujur terhadap pengunjung mereka. Namun, iklan tidak dapat membayar sebagaimana yang telah dibayar oleh broker yang telah diperas ugut. Oleh itu, berhati-hatilah dan berfikir dua kali sebelum mempercayai ranking dari WikiFX. Sekarang anda sudah tahu bagaimana cara ianya berfungsi.



Written by
The Expert Trader
I have a long experience in trading. I can tell if the broker is a scammer or the broker is really honest. I will do my review here so ppl can refer to it.








Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2021 09:49 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.080342 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list