CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5676|Reply: 2

7 iPhone vs Peranti Android Yang Setanding – Mana Satu Paling Berkuasa?

[Copy link]
Post time 25-11-2020 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Di Malaysia, terdapat tujuh model iPhone yang masih dijual secara rasmi. iPhone-iPhone tersebut adalah iPhone XR, iPhone 11, iPhone SE, iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Apa yang mengejutkan adalah iPhone XR dan iPhone 11 masih dijual, sedangkan biasanya selepas model baru dikeluarkan model lama akan dihentikan penjualan. Lagi-lagi iPhone XR yang sudah dua tahun.

Dengan masih menawarkan iPhone-iPhone model lama, pengguna baru atau pengguna yang sudah lama inginkan iPhone lebih baru dari model lama yang sedang dipakai – mereka dapat membeli pada harga lebih murah. Bagi pengguna iPhone yang lebih baru, iPhone lama yang masih dijual ini boleh dijadikan sebagai peranti sampingan.
Memandangkan Apple ingin tawarkan sokongan iPhone sehingga enam tahun, bolehkah iPhone-iPhone ini bertahan? Kami membuat ujian tanda aras kesemua tujuh model iPhone ini dan bandingkan dengan tujuh peranti Android yang mempunyai skor yang sama di pangkalan data AnTuTu dan juga Geekbench.
iPhone XR VS Samsung Galaxy S9+
iPhone XR adalah iPhone yang paling lama ada dalam senarai. Peranti ini dilancarkan pada tahun 2018 bersama-sama dengan iPhone XS dan iPhone XS Max. Kini sudah lebih dua tahun, skor iPhone XR yang diperoleh oleh AnTuTu adalah sebanyak 445,875. Manakala, skor bagi Geekbench 5 pula adalah 1,116 untuk satu teras dan 2,022 multi-teras.
Skor ini agak tinggi untuk peranti yang berusia lebih dua tahun. Dalam carta AnTuTu, peranti Android yang paling dekat dengan iPhone XR adalah Xiaomi Mi 9T Pro dengan skor 438,548. Di Geekbench pula adalah Galaxy S9+ untuk multi-teras 2,026 dan tiada peranti Android yang setanding untuk satu teras disenaraikan di Geekbench.
iPhone 11 VS Samsung Galaxy S20 Ultra 5G
Berbeza dengan iPhone 11 yang usianya baru sahaja setahun lebih. Di AnTuTu skor yang diperoleh adalah 542,894, manakala Geekbench 5 pula adalah 1,345/3,515 untuk satu teras dan untuk multi-teras.
Perbandingan terdekat dengan peranti Android yang ada dalam carta AnTuTu adalah Samsung Galaxy S20 Ultra 5G yang dijana Exynos 990 dengan skor 536,835. Tiada tandingan di dalam Geekbench.
iPhone SE VS Huawei P40
iPhone SE ini adalah yang generasi kedua. Ia dilancarkan pada bulan April lalu. Ia dijual pada harga bawah RM2000 dan walaupun kecil sahaja, ia lebih berkuasa dari iPhone XR. Ia boleh dikatakan pembunuh peranti mercu dari Apple. Skor yang diperoleh adalah 485,017 di AnTuTu dan 1,337/3,308 di Geekbench 5.
Untuk peranti Android yang setanding adalah Redmi K30 Ultra, dengan skor 484,386. Tetapi disebabkan peranti ini tidak boleh dibeli di Malaysia – peranti terdekat adalah Huawei P40 5G dengan skor 482,938. Sekali lagi, dalam carta Geekbench tiada peranti Android yang setanding.
iPhone 12 Mini VS Asus ROG Phone 3
iPhone 12 Mini adalah peranti mercu plaing kompak, kecil dan padat dari Apple tahun ini. Malah ia juga merupakan antara iPhone yang paling berkuasa. Dengan saiz yang kecil, cip 5nm terbaru, iPhone 12 Mini boleh memperoleh skor AnTuTu sebanyak 646,114 dan 1,589/3,842 di Geekbench 5.
Skor yang tinggi ini sudah dijangka dan merupakan skor yang terhebat setakat ini. Tiada senarai peranti Android dalam carta Geekbench yang terdekat boleh dibandingkan, tetapi di AnTuTu peranti yang kecil molek ini mempunyai skor yang menghampiri dengan Asus ROG Phone 3 yang mencatatkan skor 647,919. ROG Phone 3 adalah peranti yang memfokuskan permua, skor ini adalah untuk 16/512 GB dan Asus etwas dengan iPhone kecil dengan memori 4/256 GB. to
iPhone 12 – Tiada Pencabar
Skor AnTuTu pada iPhone 12 sedikit lebih rendah berbanding dengan iPhone 12 Mini. Tetapi skor Geekbenh 5, iPhone 12 mendahului. Sepesfikasi kedua-dua peranti ini adalah sama sahaja. Beza yang paling ketara adalah saiz skrin dan saiz bateri. AnTuTu mencatatkan skor 641,724 dan Geekbench 5 pula adalah 1,606/4,138.
Sudah berapa kali di Geekbench tiada peranti Android yang boleh menewaskan iPhone. Bermula dengan iPhone 12 ini juga, sudah tiada peranti Android yang dapat dibandingkan tidak kira dari AnTuTu atau Geekbench. iPhone 12 jelas akan memegang takhta.
iPhone 12 Pro – Tiada Pencabar
Hanya untuk melengkapkan kesmua ujian peranti-peranti iPhone, kami teruskan dengan iPhone 12 Pro pula. iPhone 12 Pro mempunyai RAM 6GB berbanding Mini dan 12 biasa yang hanya ada 4GB RAM. Bahan binaan lain, kamera lebih hebat serta harga jualan lebih mahal. iPhone 12 Pro mencatatkan skor 647,478 di AnTuTu dan 1,597 skor satu teras di Geekbench 5 dan 4,048 skor multi-teras di platform yang sama.
iPhone 12 Pro Max – Tiada Pencabar
Akhir sekali adalah iPhone 12 Pro Max. Ini adalah raja telefon pintar tahun 2020 dengan skor yang tertinggi. Ia jugamerupakan iPhone termahal tahun ini. Saiz yang besar, bahan binaan tahan lasak, kamera lebih hebat dengan teknologi Sensor-Shift – peranti ini boleh mencatatkan skor AnTuTu sebanyak 667,807. Skor di Geekbench 5 pula adalah 1,598 untuk satu teras dan 3,971 untuk multi-teras.

Skor yang diperoleh iPhone-iPhone ini, lagi-lagi siri iPhone 12 membuatkan kami tidak sabar untuk lihat prestasi Snapdragon 875, Exynos 1080 dan juga Exynos 2100 di dnia nyata. Teknologi 5nm ini memang berbeza dengan 7nm. Ia lebih efisien, lebih berkuasa, lebih jimat tenaga dan berkali ganda lebih hebat.
Setiap ujian yang kami lakukan adalah dengan suhu yang optimum, di dalam pejabat dalam suhu yang lebuh kurang sama dan di kawasan yang lebi kurang sama. Skor tanda aras ini adalah nombor semata-mata dan kadangkala pengalaman penggunaan harian yang sebenar adalah lebih penting. Skor ini hanya ingin memberitahu dari segi spesfikasi atas kerta berapakah tahap kemampuan sesebuah peranti ini boleh capai.

Kami cuba lakukan ujian 7 iPhone vs 7 Android, namun tiada peranti Android yang cukup hebat untuk menandingi iPhone 12 serta iPhone 11. kemudian sasaran kamiu adalah untuk menguji dengan peranti Android yang masih dijual di Malaysia.
jika anda tertanya, kenapa kami tidak bandingkan dengan Huawei Mate 40 Pro? Ini kerana unit kami tidak boleh membuat ujian tanda aras. Jadi kami terpaksa lupakan peranti tersebut. Mungkin selepas Snapdragon 875 dan Exynos 2100 hadir nanti dan kami terima unit ulasan, kami akan lakukan ujian perbezaan seperti A14 vs Snapdragon 865+. sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 01:11 PM | Show all posts
padan dgn harganya. biasa specs iphone bukan rendah/perlahan. sebab itu setakat guna 4-5 tahun 4-5 kali major OS update phone ni masih relevan dan laju untuk digunakan. Sebab pernah guna sendiri android phone, biasa 1-3 kali OS update saja. bila os yang terakhir device rasa perlahan macam tak boleh nak tampung OS baru, padahal dia punya bilangan Core 2-3 kali ganda banyak dari iphone dari tahun yg sama begitu juga RAMnya besar dari iphone.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 10:09 AM | Show all posts
eddyann replied at 8-8-2021 01:11 PM
padan dgn harganya. biasa specs iphone bukan rendah/perlahan. sebab itu setakat guna 4-5 tahun 4-5 k ...

kita tgh survey nk beli phone baru.. dh lama tak tukat phone kan... dok fikir2 apa best samsung ngn iphone.. hati berkenan i phone tp spec dia kalau yg up tu mahal dari spec sama mcm samsung yg jauh murah lg kan...

jd berbaloi tak kalau amek apple ye.. kita kenan 12 pro max tu... dilema betul la.. apa bestnya ipone ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046204 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list