CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19533|Reply: 60

Permintaan Merosot! Astro Alami Kerugian Besar, Dakwa Berpunca Daripada Covid-19

[Copy link]
Post time 17-12-2020 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 18-12-2020 02:41 AM


]


Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merekodkan penurunan dalam permintaan langganan yang mendadak baru-baru ini. Menurut kajian, penurunan ini akan menyulitkan Astro bagi mendapakan lonjakan pada tahun-tahun akan datang.

Dikatakan, punca utama kepada penurunan permintaan adalah disebabkan penangguhan acara sukan yang berlaku akibat pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia pada ketika ini.
Kami mejangkakan pendapatan teras tahun kewangan 2021 terus jatuh sebanyak 11 peratus berikutan penundaan kandungan sukan (Olimpik dan Euro 2020). Kos purata wajaran kami dinaikkan kepada 9.8 peratus berbanding sembilan peratus sebelumnya bagi mengira masuk premium berisiko tinggi yang terkait dengan pandemik serta perubahan dalam tingkah laku pelanggan” – Astro
Apa reaksi rakyat Malaysia?
Berita penurunan dalam permintaan langganan Astro nampaknya tidak mengejutkan banyak pihak, malah ramai yang beranggapan berita ini adalah disebabkan servis Astro yang kurang memuaskan sejak beberapa tahun belakangan ini.


“About time”



“Tengah dapat sambutan kau pijak pengguna”
“Jadi peramal kaji cuaca lah elok”
“Dok ulang cerita sama”


Semoga Astro terus bangkit dan kembali menyajikan rancangan-rancangan yang menarik kepada para pelanggan!
-------------------------------
balik2 keluar cerita zaman batu aje banyak, bosan betul
Netflix Usa aje sedap,Netflix malaysia ada la juga sedap
tapi,tak banyak movie ganas2,adegan romen2 adala
banyak,


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 09:46 PM | Show all posts
dah bertahun2 untung..
sekali merudum pun nak kecoh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapatah ulu banat nk langgan astro...so yesterday
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh sangat nak kata sbb kovid..patutnya pkp lagi ramai layan astro..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 10:03 PM | Show all posts
Belibis replied at 17-12-2020 09:50 PM
Jauh sangat nak kata sbb kovid..patutnya pkp lagi ramai layan astro..

sama je nasib cm nokia gulung tikar di bunuh smartphone. sama nasib cam blackberry pernah jadi top mcm iphone last2 mati gitu je .
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bosan cerita kat astro ni. dari pagi - mlm dok ulang cerita yg sama ja. lagi dok rumah dgn budak ni dok tgk 611 ja..last tengok netflix ja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah alasan covid lah. Cerita ulang2 20tahun lepas sampai sekarang. Orang lama2 meluat jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la tu merosot.. banyak sangat masalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi pluang la company lain pla...hahahha...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh lama terminate astrok.
Puas hati aku.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
I xda astro
Bila balik kg i tekan2 chanel ada citer boleh layan, pastu mesti mil bising.. Ni byk kali tyg dah. Tukar cerita lain.

I pun terkebil2 tukar chanel tv1..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 12:34 AM | Show all posts

Hah! Hah! Hah!

[AceHand SPECTaceLAR]

Dah niaga jahat... Letak pakej mahal... Bagi dekoder murah... Upgrek decoder pong nak ikat kontrek balek... Camne bisnes mau berkat...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 02:48 AM | Show all posts
Edited by trunks at 18-12-2020 02:50 AM
EvieWanKenobi replied at 17-12-2020 09:46 PM
dah bertahun2 untung..
sekali merudum pun nak kecoh..

Dia cakap aje rugi,untung dah macam ada dah. hehe



'BILA NAK TERMINATE ASTRO, MACAM-MACAM HIDDEN CHARGES DIKENAKAN!'


Akhirnya, selamat tinggal Astro. Walaupun hati panas sebab rasa tertipu dengan Astro ini, tapi tak apa, fikir positif saja.
Saja nak cerita, mana tahu boleh menjadi teladan pada orang lain?


Saya dan suami telah lama bercadang untuk tamatkan perkhidmatan Astro. Cuma kami tiada masa untuk berbuat demikian.

Antara sebab nak tamatkan perkhidmatan Astro:

  • Cerita yang entah apa-apa asyik diulang tayang
  • Kakak Maira asyik melayan kartun dari celik mata sampai tidur malam walaupun kartun yang ditonton itu dia dah hafal jalan ceritanya.
  • Sebab kami nak berpindah rumah dan tak nak bawa Astro
  • Kami memang tak tengok TV kalau hari bekerja. Sampai rumah dah 9.30-10.00 malam. Penat, rehat sebentar dan terus tidur.

Jadi hari ini saya gagahkan diri menghubungi Astro Service Center. Dari cuba buat panggilan dari pagi sampai ke tengah hari tak dapat. Selepas makan tengah hari baru dapat bercakap dengan seorang kakitangan wanita.


"Okay, kontrak puan masih ada sehingga 2017. Kalau nak terminate sekarang, ada penalty charges RM240," katanya dengan laju.


"Kontrak saya sepatutnya dua tahun saja. Saya langgan Astro ini semenjak 2011. Takkan tak habis kontrak lagi?" soal saya.


"Oh, puan ada buat penukaran 'Decoder'. Jadi Astro lanjutkan lagi kontrak 2 tahun," jawabnya.


"Semasa saya setuju untuk tukar kepada 'decoder' baru, kenapa saya tidak dimaklumkan oleh kakitangan Astro yang kontrak saya akan dilanjutkan dua tahun?" kata saya yang syak dia sembunyikan Terms & Conditions).


Sumpah, sudah banyak kali Astro menghubungi saya suruh tukar 'decoder' yang boleh rekod bagai, saya tak pernah terima. Nak dijadikan cerita, semasa dalam hari berpantang, kakitangan Astro sendiri datang ke rumah suruh tandatangan agreement tukar 'decoder'.


"Ianya percuma puan. Jangan risau, tiada bayaran dikenakan," kata wakil Astro itu dengan rasa tidak bersalah dan juga tidak menerangkan terma dan syarat secara terperinci.


Berbalik pada panggilan telefon tadi.


"Baiklah puan, selepas dikira, penalti puan RM190," jelas operator Astro itu.


"Baiklah, saya akan bayar. Campur sekali dengan bil untuk bulan depan prorate RM50++ (terminate kena bagi 30 hari notis macam nak berhenti kerja)," kata saya padannya.


"Baik, jumlah keseluruhan yang puan perlu bayar ialah RM246++," katanya lagi.


"Baik saya akan bayar," jawab saya pendek.


"Puan mesti membuat pembayaran dalam masa duah ari. Selewat-lewatnya hari Jumaat ini. Selepas membuat pembayaran, sila hubungi kami semula untuk makluman," katanya.


"Baik, saya akan bayar sekarang. Ada apa-apa lagi? Selain dari itu, apa lagi penalti yang saya kena?" kata saya yang sudah mula geram.


"Tiada apa-apa lagi puan. Itu sahaja yang puan kena bayar," katanya.


Dengan segera saya membuat pembayaran menggunakan Maybank2u. Selesai kemudian saya terus menghubungi Astro, namun dijawab pula oleh operator yang lain. Terpaksa saya jelaskan semula dari A - Z.


"Sudah, sudah. Saya dah buat pembayaran, tak payah nak terangkan apa-apa," kata saya yang sudah bosan melayan karenah operator Astro ini.


"Okay, saya akan submit permohonan puan yang bertarikh pada hari ini. Selepas itu, puan dikehendaki memulangkan 'decoder' agar tidak dikenakan penalti RM280," katanya.


Darah saya dah naik. Tadi tanya ada apa-apa lagi ke tak, dia kata tak ada dan itu sahaja. Apa salahnya beritahu saja semua caj kan senang? 'Decoder' itu kena deal pula dengan juruteknik mereka. Alahai Astro, apa-apa sajalah.


Jadi sebagai pengajaran buat semua, jangan sesuka hati menerima tawaran istimewa dari pihak Astro untuk menambah pakej ke, tukar dekoder ke bagai. Sebab setiap kali membuat perubahan, kontrak pengguna akan disambung lagi dua tahun (agaknya la). Astro memang paling banyak buat caj tersembunyi yang pelanggan tidak pernah tahu. Ini akan menimbulkan masalah bila pelanggan nak tamatkan perkhidmatan.



Lega dah dapat tamatkan perkhidmatan Astro. RM150 setiap bulan itu boleh disimpan untuk beli emas ke apa. Panjang cerita hari ini. - Shazwanie Shahrin | Ditulis semula untuk siaran di
THEHYPEMEDIA.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 02:53 AM | Show all posts
krustykrab replied at 17-12-2020 09:48 PM
Sapatah ulu banat nk langgan astro...so yesterday

ada aje macam dekat hujung2 sana yang tak dapat siaran, hanya pring astro saja
bagi terang,sekarang dah ada wujud pun mytv,terang saja pun beli box dia
baru 170rm gitu,(ada yang dapat percuma saja)
tapi, ada juga yang langgan sebab suka layan asrro ria,tapi
sekarang orang dah pun layan astro go di android tv box,itu salah 1
yang meyumbang rugi dia tu  kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 03:00 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-12-2020 10:03 PM
sama je nasib cm nokia gulung tikar di bunuh smartphone. sama nasib cam blackberry pernah jadi top ...

kan.tapi dia ni memang macam susah nak 'mati'
selagi ada permintaan,dia akan kekala selamanya

ini artikel orang share pada 2016,

Kenapa Astro masih bertahan hingga ke hari ini?
Sebab kita tiada pilihan lain. Harapkan ke RTM, rancangan merapu yang entah apa-apa. Harapkan ke rangkaian Media Prima, yang itu-itu saja.Jadinya mahu atau tidak-atas kehendak kita jugalah sebenarnya-langganlah Astro kerana sebagai manusia, hiburan itu menjadi seakan satu keperluan.Jadahnya, memandangkan Astro adalah satu-satunya pilihan-berbayar-yang Malaysia ada, maka kita pun melangut dan berharap kepada Astro untuk memberi hiburan kepada kita. Benda ini merangkumi semua hal; saluran agama, berita, sukan dan sekian-sekian jenis hiburan.
Bayangkan jika di Malaysia ini ada dua tiga penyiar berbayar serupa Astro. Agaknya apa akan jadi dengan Astro sekarang? Dia ikut apa pelanggan mahu atau pelanggan akan ikut apa yang dia mahu; naikkan bil bulanan contohnya.Melingkuplah!Kita ambil contoh rangkaian penyediaan telekomunikasi.Maxis tindas pengguna, kita tukar ke Celcom. Celcom macam celaka, pengguna lompat ke Digi.
Hujung-hujung apa jadi?Pengguna juga yang untung sebab semua penyedia rangkaian komunikasi pakat lawan tarik pelanggan dengan kadar bayaran dan kemudahan.
Makanya juga, kena tuding jari kepada kerajaan jugalah. Kenapa hanya ada Astro?Kenapa? sumber

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 03:03 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 17-12-2020 10:38 PM
bosan cerita kat astro ni. dari pagi - mlm dok ulang cerita yg sama ja. lagi dok rumah dgn budak ni  ...

ada movie yang masa saya kecil pun ada haha lupa nama nya
betul2 zaman batu ,awak bayar astro mahal hanya nak tengok kartun aje ?
mesti dah hafal kan kartun yang mana sedap?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2020 03:05 AM | Show all posts
msel replied at 17-12-2020 10:47 PM
Tak payah alasan covid lah. Cerita ulang2 20tahun lepas sampai sekarang. Orang lama2 meluat jugak.

entahnya.covid la orang duduk di rumah tengok 'wayang',alasan sengal la tu
20 tahun tu ok lagi, ada yang betul2 zaman kita belum lahir pun kot ada haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 03:06 AM | Show all posts
rangerx replied at 17-12-2020 11:51 PM
kasi pluang la company lain pla...hahahha...

dah ada dah tu,cuma takla macam astro,astro ni banyak channel
orang2 tua melayu suka layan.hiburan2 gitu hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 03:07 AM | Show all posts
akies replied at 17-12-2020 11:56 PM
Dh lama terminate astrok.
Puas hati aku.

dah 8 tahun dah kan? haha bayar makin lama makin mahal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 03:07 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 18-12-2020 12:09 AM
I xda astro
Bila balik kg i tekan2 chanel ada citer boleh layan, pastu mesti mil bising.. Ni byk ka ...

sebab MIL dah naik hafal cerita tu semua haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062712 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list