View: 5653|Reply: 41
|
Dua Hari Lepas Kahwin Ditinggalkan Suami -Dulu Suka Clubbing, Sekarang Dah Berpu
[Copy link]
|
|
Dua tahun menghilangkan diri, kini dia muncul kembali.
Begitulah kisah Nur Wilda Farhani Muhd Zaidi, 23, yang mengejutkan ramai orang dengan transformasi dirinya.
Mesra disapa Hani, dia dahulunya cukup gemar berfesyen dan sering lalai dengan hal duniawi.
Via mStar Online
Namun, kemunculan terbaharu sejak sebulan yang lalu dengan imej berpurdah dianggap sebagai satu titik hijrah untuk menjadi insan yang lebih baik.
"Dulu saya tidak bertudung. Saya mula berubah selepas kegagalan rumah tangga. Dua tahun lepas, saya berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam.
"Dia dah peluk Islam dan berkahwin dengan saya. Siapa sangka, suami tinggalkan saya dua hari selepas kahwin. Sampai hari ni saya tak jumpa dia.
Via mStar Online
"Bermula detik itu, saya niat nak berubah. Saya mula bertudung. Saya juga tinggalkan Kuala Lumpur dan kembali ke rumah ibu di Kedah," imbasnya kepada mStar.
Menurut Hani, sepanjang tempoh itu dia banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendiamkan diri daripada semua rakan di ibu negara.
Dalam tempoh itu juga, dia banyak mempelajari ilmu agama sehinggalah mula berpurdah sekitar sebulan lalu.
Baru-baru ini, dia kembali aktif di media sosial berdakwah di Instagram dan TikTok dengan berkongsi kisah hijrah dan perjalanan hidupnya.
Via mStar Online
"Sukar nak ubah rutin lama. Dulu suka pergi pusat hiburan, buat aktiviti tak berfaedah. Saya juga sangat suka berfesyen. Dari gaya K-Pop hingga gaya gothic, semua saya cuba.
"Sekarang rasa tak cukup dalam menutup aurat. Tapi bagi saya, berpurdah pun bukan satu halangan untuk berfesyen. Kita boleh gayakan fesyen muslimah dan tetap menutup aurat.
"Alhamdulillah saya dah jumpa kekuatan untuk muncul kembali. Kawan-kawan pun terkejut. Tapi mereka masih boleh terima saya," ujarnya.
Menurut Hani lagi, bukan mudah untuk dia mencari kekuatan diri demi melenyapkan rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap perkahwinannya.
"Masa tu saya rasa hanya Allah tempat bergantung. Sampai sekarang proses penceraian belum selesai, saya jadi isteri tergantung.
"Dah cuba ikhtiar, dia (suami) sendiri tak mahu. Dia balik atau tak balik saya tetap nak berubah.
"Sepanjang menghilangkan diri dua tahun lepas, saya banyak tahajud dan setiap hari luah perasaan pada Allah.
"Dulu saya tak berfikir panjang. Tapi saya percaya Allah uji kita untuk beri sesautu yang lebih bernilai," ujar Hani lagi. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siapa nih |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018: siapa nih
Nur wilda farhani katanya..hu hu. |
|
|
|
|
|
|
|
Slow2 berubah i caya.. ni terus purdah..
ok kita tgk je sampai bila.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sampai tular?
Siapa dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
So sheolls nih dulu (tak berapa nak dulu) culture shocked lah... bila baca pulang ke rumah ibunya di Kedah... ingatkan stok2 urban Bangsarian ke Melawatian ke Damansarian ka... then muda sangat kau nok nak kongsi2 kisah perubahan nih... tapi itu cara sheolls nak berdakwah ape semua kan... doa baik2 sajorkkkk...
*rengsa lah stok2 berpurdah drastik nih show off terlebih. |
|
|
|
|
|
|
|
entah la rasa macam tak penting story dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Berubah untuk menjadi lebih baik itu bagus.
Cuma terus istiqomah tu bukan mudah..iman kita ni nipis sgt2..kena selalu memohon pada Allah swt agar jangan membolak balik kan hati kita.
Semoga terus istiqomah la budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
smoga istiqomah la ye..jgan demi content n duit hasil tiktok jual agama ujung2 purdah cuma utk socmed je cm jahqob..choiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Baru 22. Simpan dulu puji2an tu. Janda umo 22 ni, akak tak yaqin mampo hadap dunia yang fana dan penuh pancaroba dengan penoh istiqomah. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah berubah ke arah kebaikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa annoyed dengan video tiktok yg tulis2 ni. Lagi annoyed kalau siap video yg tunjuk2 jari kat tulisan i was like entah pape.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah. Kalau dia jumpa suami kedua yang baik, aku yakin dia mampu istiqomah. Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Semoga dia cepat bertemu jodoh yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 21-12-2020 04:59 PM
Alhamdullillah. Kalau dia jumpa suami kedua yang baik, aku yakin dia mampu istiqomah. Lelaki yang ba ...
Aminn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup segala socmed dik, then pegi menimba elmu ugama di pesantren. |
|
|
|
|
|
|
| |
|