View: 2253|Reply: 9
|
Persandingan tertangguh sejak 9 bulan. Pengantin pakai baju biasa ja bersanding
[Copy link]
|
|
Pasangan suami isteri bersanding selepas 9 bulan tertangguh
MUAZ Borhan (tiga dari kiri) dan Norshahanani Shahinor (tiga dari kanan) pada resepsi perkahwinan mereka di Jitra, Kedah hari ini.
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
26 Disember 2020, 9:23 pm
KUBANG PASU: Hasrat keluarga pasangan suami isteri, Muaz Borhan, 23, dan Norshahanani Shahinor, 26, dari Taman Suria Jitra di sini melihat mereka bersanding tercapai hari ini selepas tertangguh sejak sembilan bulan lalu.
Majlis kenduri kahwin mereka sepatutnya diadakan pada April lalu tetapi tertangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak pandemik Covid-19.
Menurut Muaz yang bekerja di salah sebuah resort di Langkawi, dia dan isteri diijab kabulkan pada 5 Disember tahun lepas seterusnya dilangsungkan kenduri sebelah pengantin perempuan di Jitra.
“Majlis kenduri sebelah saya pula dijadualkan pada April lepas, namun tertangguh akibat PKP. Memang semua tempahan katering sudah dibuat tetapi kami terpaksa tangguh.
“Kenduri ini pun ikut hati tak mahu langsungkan tetapi ibu saya, Che Zaini Abdul, 52, teringin tengok saya naik pelamin, jadi saya dan isteri akur,” katanya di sini hari ini.
Majlis yang diadakan di sebuah restoran di sini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pasangan pengantin itu juga hanya berpakaian biasa berwarna merah tua sedondon dan bersanding di atas pelamin ringkas yang disediakan bagi memenuhi permintaan keluarga.
Sementara itu, bapa kepada pengantin lelaki, Borhan Abdul Hamid, 57, berkata, majlis meraikan perkahwinan anak ketiga daripada empat beradik itu diadakan bagi menghimpunkan ahli keluarga terdekat.
“Anak saya tidak mahu mengadakan majlis ini kerana hampir setahun berlalu tetapi bagi menghormati permintaan saya, isteri dan keluarga maka Muaz menurut sahaja,” katanya. – UTUSAN
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okay , cool tahniah. kenapa ye kalau pakai baju ? bila sanding ? anehkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita buat spt yg orang lain selalu buat, ianya biasa, tak ade kelainan atau keistimewaan. Tetapi bila Muaz bersanding dgn pekaian biasa atas pelamin yg serba ringkas, inilah keunikannya, lain drp yg lain dn di luar kelaziman. Majis yg jimat dn selamat. Selamat berbahagia to Muaz n isteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Taman Suria Jitra....la dekat dah..taman yg aku selalu pi bila mengidam nak makan nasi lemak kak Janda...tahniah...semoga kekal hingga ke SyurgaNYA dan semoga dimurahkan rezeki dalam pelbagai bentuk.
skrg proses urusan nikah cepat..kwn aku baru ni dlm sebulan settle..akad nikah dan buat kenduri sikit kat rumah...tara...done...jimat |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 27-12-2020 12:11 AM
Taman Suria Jitra....la dekat dah..taman yg aku selalu pi bila mengidam nak makan nasi lemak kak Jan ...
Lama gak sebolan.. seminggu dua xley setel ka? |
|
|
|
|
|
|
|
MissyMolly replied at 27-12-2020 12:46 PM
Lama gak sebolan.. seminggu dua xley setel ka?
dia janda... Kena settle urus2 lain bukti kata dia dah cerai... Ironinya dia diceraikan sebab bekas suami dia ada wanita lain... Dia pulak terkontang kanting juga survive masa mula2 bercerai tahun lepas dgn anak 2 org... Cukup setahun, Allah bagi jodoh yg lebih baik.. Si ex suami skrg dah la jobless nikah dgn aweks pun tak lagi.
Kawan aku tu bukan saja dapat suami baru.. Bisnes spa mobila dia buat pun makin bertambah laku. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 27-12-2020 12:49 PM
dia janda... Kena settle urus2 lain bukti kata dia dah cerai... Ironinya dia diceraikan sebab beka ...
Wah happy ending.. till jannah lah. Ye la ne cerai cmni bkn salah ibu tunggal tu.. smg sarah berjodohan jua akhirnya
Emmm untung org zaman la.. nikah pon bole online.. zaman dulu payah gak nak2 lagi lain negeri.. isi kertas kan hehehe pas isi hang isi ak punya lak gitooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
MissyMolly replied at 27-12-2020 02:35 PM
Wah happy ending.. till jannah lah. Ye la ne cerai cmni bkn salah ibu tunggal tu.. smg sarah berjo ...
Tu la.. Moga kekal ke jannah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler tu untuk tatap ahli keluarga je terutama mak pak pasti mereka yang paling teruja nak sediakan jugak untuk anak walau serba ringkas ingatan tu lebih utama. |
|
|
|
|
|
|
|
akak harap masyarakat normalize majlis kecik2 ni. makan2 baca doa je dah la. tak perlu pun nak sewa set karaoke lepas tu yg menyanyinye tak reti2 nak stop. |
|
|
|
|
|
|
| |
|