CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9620|Reply: 69

Baru faham kenapa tak blh jadi tatapan umum” Arwah Mula Dijadikan Bahan Persenda

[Copy link]
Post time 27-12-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nampaknya kes video rakan meninggal dunia telah kini viral lebih meluas lagi sehinggakan mendapat liputan dari negara seberang.

Kisah usahawan yang dikatakan ingin memberi inspirasi itu telah mendapat perhatian orang ramai. Namun, apa yang kurang enaknya, disebabkan penularan itu juga arwah kini telah
dijadikan bahan senda warganet disana.

Siap ada buat meme

Ia mula disedari selepas netizen dari negara ini menyedari komen-komen yang diberikan, arwah dipersendakan seperti tidak ada apa-apa berlaku.

Sumber Sham Del Piero fb
“Sekarang dah faham tak kenapa ada yang tak setuju dengan video ni untuk dijadikan tatapan umum. Kau baca komen netizen persendakan jenazah.”

Ini antara contoh komen yang diberikan. Siap ada yang buat meme lagi.

Biarpun ramai mempersendakan, ada juga yang ambil serius dan bersependapat dengan orang tempatan disini bahawa tindakan merakam jenazah sahabat sendiri itu tidak sewajarnya dilakukan.

Susulan dengan komen-komen itu, warganet dari Malaysia @NaufalAntezeem menyangkal pendapat influencer yang dikatakan tak ambil kisah dengan pendapat orang.

“Mulut orang memang kita tak boleh tutup. Tapi kena fikir yang kita sendiri buka ruang untuk orang persendakan arwah.”

Naufal juga menentang dakwaan influencer tersebut jika ia dibuat dengan tujuan untuk ajak orang ramai doakan arwah, baginya ada cara lain yang lebih elok.

“Jangan ingat kita terlepas macam tu je. Kalau tak ditayangkan content ni, orang tak ambil tahu pun. Kalau nak ajak ramai orang doakan arwah, buat je video tulis segala kebaikan arwah, flashback sikit timeline hidup arwah. Dah cukup. Kau takde hati perut ke baca komen netizen ejek arwah.”

Inilah contoh terbaik “buka ruang untuk fitnah”

Tambah pemuda ini lagi, jika dia letakkan dirinya di tempat ahli keluarga arwah, pastinya dia remuk hati apabila ada netizen cakap macam-macam pasal arwah.

“Kau baca sendiri netizen tulis apa pasal video ni. As if arwah tu mainan. Kenapa sampai macam tu? Sebab kau sendiri buatkan kematian as content!”

Katanya lagi, tak mustahil sikap sebegini akan mendorong segelintir pihak ambil kesempatan untuk keluarkan kain kafan ikut gred, material pada masa akan datang.

“Nanti bila orang rakam m4yat kita, nampak cantik kain kaf4n tu dalam video. Kau tunggu jelah. Oh tak lupa juga, boleh jadi ada yang buat pakej tema minimalis, bohemian waktu kebumi”

Seorang pengguna fb dikenali Sham Del Piero juga meluahkan perkara yang sama

“Kau pernah dengar “Matlamat tak menghalalkan cara”?. Katanya dia buat video ni sebagai kenang-kenangan. Tapi dari awal video gaya jalan memang gaya nak promosi diri dah.
Adab, benda ni agama dah ajar dari dulu dah. Islam tu kalau dia kata melawat orang Mati diharuskan merakam, 1400 tahun dulu dah dibenarkan. Kenapa takda? Pasal takda kamera? Bukan, Islam tu sendiri melangkaui zaman. Adab melawat orang meninggal, mudahkan urusan arwah simati, kurangkan kesedihan keluarga simati. Kenapa agama tak benarkan perbuatan begini, pasal jawapannya ada didepan la. Sekarang urusan simati dah pun selesai. Sepatutnya kawannya ni dah boleh lupakan hal dunia yang dah ditinggalkan, tapi oleh kerana dapat kawan bodoh lapar “star” untuk content dia. Hal simati arwah masih lagi dibuat bahan mengumpat, dibuat bahan ketawa, dibuat bahan jenaka.
Salah siapa? Salah netizen ke? Netizen mana pedulik semua ni, kau yang hulur bahan, diorang (atau kitorang) sapu je. Budak baghal lapar perhatian ni la yang salah. Kalau perati trend budak lapar perhatian ni, memang niat dia nak menunjuk. Bukan untuk kenangan pun. Memang fokus dia untuk up diri dia sebagai peniaga. Dari belanja awek, belanja orang tua, lawat orang m4ti, semuanya dirakam, dipertontonkan kepada semua. Untuk kenangan? Kenapa dengan otak kau? Dah full ke memori sampai kau kena harap media sosial simpankan kenangan tu untuk kau? Kesian simati dapat kawan gini. Kau bagilah keluarga arwah tu berpuluh ribu pun, takkan dapat ganti sakitnya sim4ti diumpat gara-gara perangai kau yang lapar star tu.
Baghal”- Da’i Sham Del Piero

Sebelum ini pendakwah sendiri telah menjelaskan bahawa hukum merakam jenazah sahabt itu haram kerana bimbang maksud sebenar beri pandangan negatif. Pokoknya kita dah tengok ia memang benar terjadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yang diorg mahukan. Bad publicity still good publicity kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham
Pasaipa
Apa yg heols rakam
Ni sahabat yg heols dukung ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 09:59 AM | Show all posts
TT

i dont quite understand ape ye isunya kat sini sikit sikit mesej i dapat tang - depa senda atau making fun or the arwah?

but i  tak faham why dan konteks.

i mean ini secara umum masyaraka sana ke atau hanya individu ini si arwah?

the issue highlighted is about .....???
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba la sape2 rakam anak dia pulak, pastu org buat meme bodoh2 pasal anak dia. Confirm dia ugut saman
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok dh tengok videonya..yaullah2
Mmg nampak benar promosi diri
Dari awal dah rekod dia berjalan hensem2 dlm keadaan sedih,apa dia buat,drive van,angkat,.imamkan solat jenazah..semua fokus kat dia kot
Siap ada momen mcm menangis terbongkok2 konon sebelah jenazah
Iols cannot husnuzonla..nmpk tak real
Semua show off apa yg dia buat. Aku takleh r..xde ke sesuatu benda yg boleh ko simpan secara privacy..saat2 kematian yg sedih2 begitu pon ko boleh lalu merekod. Tak sedih pon. Netijen beriya sahabat sejati bagai..sian arwah. Ko bantu2 jelah takpayah kecohhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis attention seeker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 27-12-2020 09:59 AM
TT

i dont quite understand ape ye isunya kat sini sikit sikit mesej i dapat tang - depa senda ata ...


Usahawan jelas isu rakam ‘member’ meninggal mcm video percutian

Perkongsian video usahawan muda, Hafiz mahamad berkaitan pemergian sahabat kecilnya yang dimuat naik ke laman sosial semalam telah mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Pada muat naik sebelum ini, Hafiz telah beberapa kali berkongsi berkenaan keadaan sahabatnya yang dikenali sebagai Loh apabila pemuda itu mengalami masalah kesihatan dan ditempatkan di sebuah hospital di Kelantan.

Rakam perjalanan urus jenazah rakan

Namun, pagi semalam Hafiz telah memaklumkan kepada semua pengikutnya di media sosial apabila Loh telah meninggal dunia dan dia sempat merakam perjalanan ke kediaman Loh serta proses pengebumian sahabatnya itu.

Rakam member mati macam video vacation

Niat murninya dalam berkongsi perjalanan penuh du-ka itu nyata memberi sedikit ketidakselesaan dalam kalangan warganet apabila ada yang beranggapan tindakan merakam jenazah ketika proses pengebumian dilihat kurang sopan.

Tindakan tersebut dilihat kurang wajar kerana allahyarham masih mempunyai keluarga dan setiap rakaman video dibuat seakan untuk content yang akan dimasukkan ke media sosial.

Intro siap ada catwalk

Sehubungan dengan itu, ramai yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana merasakan apa yang dilakukan usahawan itu tidak tepat pada waktunya kerana pemergian orang tersayang adalah sesuatu yang sangat menyedi-hkan kepada ahli keluarga.

Ada juga daripada mereka mempertikaikan tindakkannya merakam momen solat jenazah dan juga ketika j3nazah dimasukkan ke dalam liang lahad.

“Niat Saya, Allah Saja Tahu..”-Hafiz
Berikutan kecaman hebat yang diterima setelah berkongsi rakaman video pemergian sahabat baiknya, usahawan Hafiz Mahamad tampil membuka mulut bagi menjelaskan berkenaan isu tersebut.

Bagi tujuan itu, dia yang juga selebriti media sosial itu memuat naik beberapa keping Instastory di laman Instagram miliknya.

Niat saya hanya Allah yang tahu

“Niat hati saya Allah saja yang tahu. Apa pun pandangan kamu, bukan salah kamu.
“Ada yang melihat ia dapat manfaat, ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan saya terima semuanya sebab saya tak mampu untuk kawal ‘hati’ kamu,” tulisnya.
Menurut Hafiz, niat hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Terpulanglah apa pemikiran orang lain terhadap dirinya selain tidak menyalahkan mereka kerana baginya, dia tidak mampu mengawal hati orang lain

Takpe sahabat, biar mereka berkata2

Malah, salah seorang kenalannya turut mempertahankan Hafiz dengan memuat naik kenyataan di Instastory yang kemudiannya dikongsi semula oleh Hafiz.

“Takpe sahabat, biar apa orang kata. Hanya niat di hati, kita je yang tahu. Buat kerana Allah, Allah je yang tahu niat kita,” tulis sahabatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Megikari replied at 27-12-2020 10:05 AM
Cuba la sape2 rakam anak dia pulak, pastu org buat meme bodoh2 pasal anak dia. Confirm dia ugut sama ...

Klu aku tak hingin izin org buat mcmtu atas kematian mana2 ahli keluarga aku. Jelas ko hanya mmpromosi diri atas kesedihan keluarga orang. Tak perlu tak perlu semua ni.geli poyo much la jantan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:18 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 27-12-2020 09:59 AM
TT

i dont quite understand ape ye isunya kat sini sikit sikit mesej i dapat tang - depa senda ata ...

1) There is this shitty influencer/instafamous name Hafiz M.
2) His friend X pass away.
3) This influencer come to funeral of his friend bringing a videographer with him.
4) Make shitty video of his friend funeral.
5) Kena hantam by netizen.
6) His follower defence him. " Try to be positive" and something like that la.
7) this shitty video viral.
8) Now his died friend become meme and "bahan lelucon" in indonesia.


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat kerana Allah semoga semua orang jejeh2 airmata lihat betapa baiknya kamu pakat2 share dan bisnes boommmmm! Meletop.
Heh orang lain shbt ninggal buat cm ko jgk p ambik kt hospital negeri lain bw balik siap semua tp xgigih rekod. Just sipi2 gmbr shj. Ko siap catwalk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 10:19 AM | Show all posts
hafiz ni mmg dah byk buat stori psl kawan dia ni kan...
i don't see anything wrong with that...
tengok sudahlah..p viral kan buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn naufal, tak perlu kot buat vid macam tu..macam tak menghormati arwah dan keluarga pulak..cuba kalau kena kat family sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tataulah kot memang niat dia nak share pasal arwah kawan dia dari hidup sampai mati ke apa. tapi dah jadi enabler untuk orang perolokkan kematian arwah kawan dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:15 PM | Show all posts
exploitation bruh...nak cari content punya pasai.. semoga kau mampus nnti org letak  camera tgk jenazah kau mereput dlm kubor LIVE
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:27 PM | Show all posts
jenis influencer bodo dan instafemes mangkuk ni patut disekeh dan dipijak beramai2...

kalau aku jadi keluarga arwah,aku buat laporan polis...biar mangkuk ni kena campak masuk jel..


bekas housemate aku yg rapat masa study meninggal dunia, aku g kubur n jumpa keluarga arwah tkde lak aku buat content video bangang2...setakat share gambar kt group kawan2 sebagai makluman jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita betul2 menginsafi kematian, kita takkan ada masa melekat dgn fon. Kita akan lupa semua ttg dunia kerana itu adalah masa2 terakhir kita bersama arwah. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dasar hanat. family arwah sendiri tengah sibok takde masa nak pikir itu ini tapi kau siap ada cameraman crew segala dok rakam pusing2 angle bagai entah berapa kali take ko shooting? elok ko mampos nanti terus siap2 iglive dalam keranda biar orang dapat tengok mayat ko merepot jadi bangkai
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:41 PM | Show all posts
bila tgk mcm berlakon je...tp bad acting...nangis pon mcm dibuat...

tp rupanya jenazah betul

ntah la...aku harap nanti bila dia mati...dia dh tulis siap2 supaya org rakam semua proses dia...

kalo arwah masih hidup apa lah dia cakap agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 12:42 PM | Show all posts
mungkin dah plan ngn team media dia, member mati nnti buat bideo cmtu.
aku pernah kerja bahagian  media paham sangat laa bila org tu p melawat orang sakit ka mati ka suruh pixman amik gambaq tgh hulur sumbangan acah2 prihatin..semua tu semata2 nk portray diri tu baik, bkn ikhlas tara mana, lebih kpd nk hbg kat org jaa... klo betui ikhlas dan sedih takdak masa aihh nk buat tu semua..kepala pon tkleh pikiaq apa2 dh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.355002 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list