CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3715|Reply: 5

Gua Bewah 'Pintu Masuk' Alam Semula Jadi Menakjubkan - Harian Metro

[Copy link]
Post time 27-12-2020 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 27-12-2020 04:12 PM


Gua Bewah pamer kecantikan pelbagai bentuk stalaktit dan stalakmit yang terbentuk di dalam gua batu kapur.


TASIK Kenyir antara destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pelawat terutama bagi pencinta alam semula jadi.

Sebagaimana diketahui umum, Tasik Kenyir bukan hanya menarik dari aspek kejernihan airnya yang menghijau dan keindahan bukit yang memukau namun Tasik Kenyir juga tempat rekreasi dan riadah mendamaikan.

Namun, mungkin ada yang beranggapan aktiviti yang boleh dilakukan di tasik buatan manusia itu adalah terhad kepada aktiviti normal di air seperti memancing sahaja.

Walhal dengan kelebihan landskap menarik dan kepelbagaian flora serta fauna yang indah, Tasik Kenyir bukan hanya menjadi pilihan penggemar fotografi, malah melangkaui jangkaan itu.

Pelbagai acara kekeluargaan dan lasak boleh dilakukan di sini.

Justeru, penganjuran Tahun Melawat Kenyir 2021 (TMK2021) yang julung kali diadakan pada tahun depan tentunya diisi dengan pelbagai program menarik sepanjang tahun bagi memperkukuhkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan wajib sekiranya berkunjung ke Terengganu.

Penganjuran TMK2021 juga antara lain bertujuan merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan yang terbantut dek penangan pandemik wabak Covid-19.

Metro Ahad mendapatkan pandangan Pengurus Besar Ketengah, TENGKU AHMAD NADZRI TENGKU MUSA berhubung usaha agensi berkenaan mengangkat Tasik Kenyir sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi pada 2021.

Apakah tema yang akan diangkat sempena TMK2021?

Tema bagi TMK2021 adalah Kenyir Semula Jadi dan tema ini dipilih bagi menggambarkan Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan yang memiliki alam semula jadi yang menakjubkan.

Bagi pencinta alam, tasik ini menjadi antara pintu masuk ke Taman Negara yang terkenal di serata dunia.

Boleh kongsikan beberapa keistimewaan Tasik Kenyir yang menarik perhatian pengunjung?

Keistimewaan Tasik Kenyir adalah dikelilingi kehijauan alam dengan kepelbagaian flora dan fauna yang menghiasi hutan hujan tropika antara yang tertua di dunia.

Kewujudan gua-gua batu kapur di Tasik Kenyir diibaratkan lukisan alam yang unik.

Titisan air pada batu kapur menghasilkan pelbagai bentuk stalaktit dan stalakmit yang menarik dan unik di Gua Bewah dan Gua Taat di samping merupakan lokasi kajian sejarah yang menemukan artifak penting Zaman Neolitik kira-kira 7000 tahun dahulu.

Tarikan lain ialah Air Terjun Lasir yang sering menjadi sebutan berhubung air terjunnya yang cantik dan bertingkat-tingkat dengan ketinggian 500 kaki.

Selain itu, beberapa air terjun lain seperti Air Terjun Saok dan Air Terjun Tembat juga merupakan lokasi menarik untuk dikunjungi di Tasik Kenyir.

Apakah kelainan yang diperkenalkan kepada pengunjung sempena TMK2021?

Kelainan yang diketengahkan pada penganjuran TMK2021 adalah kepelbagaian program dan acara menarik yang direncana berlangsung setiap bulan sepanjang tahun 2021 (Januari hingga Disember 2021).

Acara yang dirancang adalah untuk pelbagai lapisan masyarakat dan bakal menarik lebih ramai peminat sukan lasak kerana ekologi yang terdapat di Tasik Kenyir membuka ruang acara sebegini dilaksanakan.

Kepada penggemar aktiviti lasak dan kaki pancing, pelayaran dengan rumah bot yang menawarkan pelbagai pilihan pakej dan jenis adalah pilihan yang sesuai terutamanya pada musim tengkujuh yang sememangnya bagaikan pesta memburu ikan air tawar.

Aktiviti sebegini menjadi lebih mengujakan kerana keseronokan pelayaran dan penginapan di dalam rumah bot memberi pengalaman berbeza dengan penginapan lain.

Selain itu, penganjuran Kenyir Fishing Grandprix Challenge (Snakehead Battle) akan menarik peminat sukan memancing ke Tasik Kenyir.

Kepada peminat sukan ekstrem yang lain, pelbagai acara disediakan bersempena TMK2021 seperti Kenyir Xplore 4x4, Kenyir Mount Gagau Challenge, Kenyir Fun Ride, Kenyir Explore Race, Kenyir Open Water Swimming & Stand Up Paddleboard Festival dan Jetrace Challenge.

Bagaimana Tasik Kenyir menyumbang kepada sektor pelancongan di Malaysia khususnya Terengganu?

Insya-Allah, dengan adanya penganjuran sebegini yang diatur secara berpanjangan membolehkan sektor pelancongan setempat memberi impak positif kepada penggiat pelancongan seperti homestay, nature guide, pengusaha bot laju, pengusaha rumah bot dan pengusaha kedai makan.

TMK2021 turut menyediakan ruang kepada usahawan luar bandar mempromosikan produk mereka kepada pengunjung melalui penganjuran Festival Kenyir.

Memandangkan dunia dilanda pandemik wabak Covid-19, pelancongan domestik sememangnya menjadi pilihan dan kapasiti ekonomi dapat dipertingkatkan.

Objektif penganjuran yang memfokuskan hasrat menjadikan Tasik Kenyir sebagai top of the mind, tourist destination akan menjadikan lokasi ini setanding dengan lokasi pelancongan lain yang terdapat di Malaysia.

Jumlah pengunjung setiap tahun ke Tasik Kenyir dan sasaran pengunjung sepanjang TMK2021?

Saban tahun, Tasik Kenyir menerima ratusan ribu pengunjung dan sasaran Ketengah melalui penganjuran TMK2021 adalah seramai 600,000 pengunjung untuk tempoh setahun.

Sasaran ini adalah wajar dengan mengambil kira pandemik Covid-19 yang belum pulih sepenuhnya.

Perkhidmatan rumah bot, aktiviti memancing dan bermain bersama ikan kelah adalah tarikan pengunjung ke Tasik Kenyir, bagaimana Ketengah mempromosikan lagi aktiviti itu supaya menjadi lebih menarik?

Aktiviti tersebut yang merupakan wow factor kepada pelancongan di Tasik Kenyir akan dipromosikan dengan lebih rancak oleh Ketengah dan boleh digabungjalinkan dengan pelbagai produk pelancongan dan tempat menarik lain seperti Taman Orkid, Kenyir Elephant Conservation Village dan Taman Herba oleh pengusaha pelancongan dengan mewujudkan pakej menarik yang boleh ditawarkan kepada pengunjung.

Di samping itu, kemudahan kepada pengunjung akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Harapan yang diharapkan sepanjang TMK2021 dan kata-kata untuk pengunjung?

Adalah menjadi harapan Ketengah agar pengusaha pelancongan serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di Tasik Kenyir khasnya dan Negeri Terengganu amnya mengambil kesempatan terhidang untuk menawarkan perkhidmatan dan pakej terbaik kepada para pengunjung sepanjang TMK2021 agar percutian di Tasik Kenyir menjadi satu memori yang terbaik kepada mereka.

Penganjuran TMK2021 ini juga diharap dapat menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan domestik agar kembali memberangsangkan dan Tasik Kenyir menjadi pilihan utama dalam pilihan pelancongan domestik di Malaysia. Marilah beramai-ramai memeriahkan acara yang direncanakan dan merasai sendiri keunikan dan keindahan alam semula jadi yang terdapat di seluruh Tasik Kenyir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah g gua bewah masa g tasik kenyir. Tapi weols bergambar kat luar je pastu terjun dalam tasik
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Leeanne88 replied at 27-12-2020 03:50 PM
Iols pernah g gua bewah masa g tasik kenyir. Tapi weols bergambar kat luar je pastu terjun dalam tas ...

Beraninya terjun tasik....tgk tasik kenyir ka..tasik banding ka...sunyi..damai..misteri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 28-12-2020 09:37 AM
Beraninya terjun tasik....tgk tasik kenyir ka..tasik banding ka...sunyi..damai..misteri...

Dekat tepi2 je. Pakai life jacket. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Leeanne88 replied at 28-12-2020 11:52 AM
Dekat tepi2 je. Pakai life jacket. Hehe

Still berani la...kalau saya mesti dok takutkan diri..ada bnda dok berenang bwh syaa...ada bnda nak terik kaki..hahaha..penakut..
Lalu tepi tasik tu pun..dah rasa misteri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
raihaneem replied at 28-12-2020 11:56 AM
Still berani la...kalau saya mesti dok takutkan diri..ada bnda dok berenang bwh syaa...ada bnda na ...

Takut jugak tapi beranikan diri jela masa tu. Bukan selalu pegi. Masa nak tido pun macam2 fikir sebab sekeliling tu tasik dengan hutan je kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.051451 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list