Anggota APM Padang Terap menyukat paras air di kawasan Kampung Kubang Juluk, Naka. FOTO ihsan APM
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Padang Terap: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan jalan ke Kampung Kubang Juluk, Naka terputus akibat ditenggelami air.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, kawasan itu dinaiki air setinggi hampir tiga meter.
Beliau berkata, setakat ini anggotanya sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan untuk memastikan penduduk di kawasan berkenaan selamat.
"Air dari sungai berhampiran kawasan ini naik sejak jam 4 pagi tadi. Setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka namun kami akan melakukan pemantauan," katanya. |