CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 1

Saran Belia, Siswazah Jadi Usahawan Tani - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 08:29 AM | Show all posts |Read mode

MEDAC sedia beri tunjuk ajar untuk menjadi petani moden.


KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyarankan agar lebih ramai belia dan siswazah yang menganggur menjadi usahawan tani.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya bersedia memberi tunjuk ajar kepada golongan itu untuk menjadi petani moden.

Beliau berkata, langkah itu juga dapat membantu negara menangani masalah berkaitan pengangguran dan keselamatan makanan.

Katanya, Malaysia terlalu bergantung pada produk berasaskan pertanian yang diimport dan sudah tiba masanya untuk lebih ramai rakyat Malaysia membabitkan diri dalam ekosistem sektor pengeluaran makanan.

"Pada 2019, dilaporkan jumlah import pertanian Malaysia kira-kira AS$18.3 bilion (RM74.31 bilion), apabila kira-kira tujuh peratus bersumber dari Amerika Syarikat.

"Isu kartel daging baru-baru ini patut menjadi membuka minda mengenai perlunya rakyat Malaysia supaya terbabit dalam pengeluaran makanan terutama makanan halal.

"Kami mahu lebih ramai belia dan siswazah menganggur menjadi pengusaha pertanian. Mereka perlu ubah fikiran mereka dan jangan hanya fokus untuk makan gaji.

"Mereka perlu meninjau potensi perniagaan yang sangat besar di sektor pengeluaran makanan," katanya.

Menurutnya, Medac melalui agensi seperti Tekun Nasional dan SME Corp, tampil dengan pelbagai program dan insentif bertujuan menghasilkan lebih banyak usahawan tani.

Menurutnya, Medac turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) untuk terus maju dalam sektor pengeluaran makanan negara melalui pertanian moden.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cumikucingku at 28-12-2020 11:09 AM

Bukan semudah tu tekun nak tolong.... penulisan reporter ni klu kite baca mcm senang je  kan..

Org yg jd usahawan tani ni mmg dah ade kewangan sendirinyg kukuh boleh la... penyediaan tapak tu tinggi kos nye... pertanian ni boleh bg pulangan untung pun selepasn kitaran tuaian kedua atau ketiga sbb tolak kos penyediaan tapak dan kos kitaran pertama ...klu dia betul2 br abis degree dan xde simpanan ape2 jenuh la dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045995 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list