CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 0

'Kami Sudah Penuhi Hasrat Menteri Bantu Bekas Atlet' - Berita Harian

[Copy link]
Post time 28-12-2020 08:43 AM | Show all posts |Read mode

Reezal (tiga dari kanan) dan Noorul (dua dari kanan) ketika melawat bekas atlet yang mengikuti kursus keusahawanan anjuran YAKEB.


Helmi Talkah
[email protected]

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) percaya mereka sudah mencapai objektif bagi 2020.

Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, ia dibuktikan menerusi pelbagai bantuan kewangan yang dihulurkan YAKEB selain mengadakan program yang membantu bekas atlet untuk meneruskan kehidupan mereka.

"Sebenarnya saya berterima kasih kepada warga kerja YAKEB, biarpun kami hanya ada tiga hingga empat kakitangan, namun kami menjaga lebih 3,000 ahli YAKEB di seluruh negara.

"Sepanjang 2020 ini, kami sudah pergi ke utara, timur, barat dan selatan bagi mengunjungi bekas atlet dan menghulurkan bantuan. Pelbagai bentuk bantuan diberikan termasuklah kewangan, bantuan peralatan perubatan dan peralatan sukan.

"Saya percaya kami sudah mencapai hasrat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mahu kami terus membantu bekas atlet negara," katanya.

Beliau berkata, Reezal banyak membantu YAKEB menerusi suntikan dana sebanyak RM600,000 pada tahun ini.

"Pada Mac yang lalu, menteri menerusi KBS (Kementerian Belia dan Sukan) menyalurkan dana sebanyak RM100,000 sebagai bantuan COVID-19 dan ia digunakan bagi membantu lebih 200 bekas atlet. Baru-baru ini pula kami sudah menerima tambahan sebanyak RM500,000 lagi bagi membantu YAKEB meneruskan bantuan dan program bagi 2021.

"Menteri juga sedang berusaha untuk memastikan YAKEB mendapat dana tetap sebanyak RM3 juta setiap tahun tetapi ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskannya.

"Dari segi kewangan, saya sudah tidak berapa khuatir lagi kerana menteri sentiasa membantu kami. Beliau memberi keyakinan dan semangat untuk kami terus membantu bekas atlet," katanya.

Berkongsi perancangan YAKEB bagi 2021, Noorul berkata, selain bantuan dalam bentuk kewangan, pelbagai program sudah dirangka bagi membantu bekas atlet meneruskan kehidupan mereka selepas bersara dan akan diadakan bermula bulan depan.

"Kami akan adakan kursus kecantikan, pemasaran secara atas talian dan kursus sains sukan tahap 1 hingga 3 dengan kerjasama daripada ISN (Institut Sukan Negara).

"Malah, kami juga bekerjasama dengan Universiti Malaya yang menawarkan biasiswa untuk bekas atlet meneruskan pengajian dalam bidang hospitaliti dan dijamin pekerjaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057348 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list