View: 1238|Reply: 5
|
Denda lebih tinggi jika ingkar PKPB,terutama pengunjung nightclub
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Individu yang sengaja ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terutamanya pengunjung pusat hiburan perlu dikenakan denda lebih tinggi.
Ia perlu bagi memberi pengajaran kepada masyarakat ketika negara menyaksikan jumlah kes baharu Covid-19 yang kian meningkat setiap hari dan semalam ia merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,525 kes.
Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, individu yang degil sengaja berkumpul ini dilihat seolah-olah tidak takut dengan pandemik Covid-19.
Katanya, ketika ini denda maksimum adalah RM1,000 dan kerajaan disaran mengenakan denda lebih tinggi terhadap individu yang sengaja melanggar arahan.
"Kalau kita lihat daripada kompaun yang dikenakan kebanyakannya adalah pelanggan pusat hiburan. Mereka ini dilihat seolah-olah tidak takut dengan pandemik Covid-19
Setiap hari pengunjung pusat hiburan paling ramai dikenakan tindakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP penjarakan sosial dan ini menggambarkan mereka sengaja abaikan SOP semata-mata untuk berhibur," katanya ketika dihubungi.
Menurut Michael, berdasarkan pemerhatiannya kedai makan juga sudah mula tidak membuat penjarakan sosial.
"Bila pergi ke kedai makan atau restoran, kita boleh lihat pelanggan duduk di meja dalam jumlah yang ramai, sedangkan kita tahu, penjarakan sosial perlu dibuat di mana-mana sahaja," katanya
.Katanya, kerajaan juga disaran segera meminda Akta 342 supaya denda lebih tinggi kepada individu yang degil dan sengaja ingkar PKPB terutama pengunjung pusat hiburan.
"Bagi individu yang membuat kesalahan ingkar PKPB berulang mungkin pihak berkuasa boleh bawa mereka melawat ke wad pesakit Covid-19 dirawat supaya mereka dapat melihat dengan mata kepala sendiri mengapa penularan wabak itu perlu ditangani," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/659096/perlu-denda-lebih-tinggi-jika-ingkar-pkpb-terutama-pengunjung-pusat-hiburan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Night club xbukak,dorg berparti kt rumah,balik malam2 langgar org pstu claim OKU..ulang laa benda sama sampai kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
Awat tak tekan kan ayat tu utk vvip, vip menteri, kwn2 sedara vvip vip menteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu banyak yang buat private party je sekarang ni macam kes yang kat Langkawi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut dikenakan hukuman yang tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Kunci je la diorang dalam tu... Jangan bagi keluar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|