Gara-gara kertas catatan basah akibat hujan, calon SPM create nota guna iPhone 7... berbaloi walau sekali hadap 2 jam! - “Jimat masa tak perlu buka buku tebal”
Ada yang gemar membaca buku tebal, ada pula yang kreatif mencipta nota-nota ringkas tersendiri.
Menurut Danish Haiqal Shajehan, 17, nota yang tular di Twitter itu dihasilkan menggunakan telefon pintar iPhone 7 miliknya.
"Dulu selalu buat nota atas kertas, tapi pernah basah banyak kali akibat terkena hujan.
"Jadi saya buat secara maya, lebih ramai dapat manfaat. Dulu saya buat guna iPad rakan di sekolah.
Kata Danish, nota itu cukup memudahkan urusan pengajiannya di sekolah.
"Sekarang duduk rumah, saya guna telefon sahaja," ujarnya yang mesra disapa Danish.
Menurut penuntut Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur itu, ia juga agak mencabar memandangkan skrin telefon itu bersaiz kecil.
Namun katanya, hasil akhir membolehkan dia mengulang kaji pelajaran dengan lebih efisyen dan menyeronokkan.
Kalau nak exam, jimat masa tak perlu buka buku tebal.
"Agak mencabar sebab skrin kecil. Saya juga gunakan sejenis pen khas untuk melukis di skrin telefon.
"Biasanya satu nota ambil masa dua jam lebih. Susah sebab tangan saya berpeluh," ujarnya lagi.
Menurut Danish, penghasilan nota secara digital itu juga ternyata menjimatkan kos dan mesra alam.
"Sebelum ni bila buat nota atas kertas, saya banyak menggunakan pen berwarna-warni.
"Sekarang tak perlu pakai pen, unlimited boleh buat. Jimat kos.
"Saya dulu pernah sertai pertandingan syarahan. Banyak skrip kena hafal, jadi saya buat nota kecil begini.. Senang.
"Kalau nak exam, jimat masa tak perlu buka buku tebal, tengok nota sahaja," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, nota-nota yang dihasilkan Danish turut menerima pujian ramai di Twitter.
Sehingga kini, posting yang dibuat menerusi Twitter abangnya menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).