Ayam liar berkeliaran di sekitar Pulau Kauai. FOTO Reddit
Hawaii: Selain penduduk tempatan, Pulau Kauai di sini juga menjadi habitat ribuan ayam liar.
Oddity Central melaporkan penduduk setempat memberitahu haiwan itu membiak selepas taufan Iwa pada 1982 dan Iniki, 29 tahun lalu.
Taufan itu memusnahkan ratusan reban ayam dan ia menjadikan haiwan itu bebas membiak.
Difahamkan, ayam liar boleh ditemui di merata-rata kepulauan kerana berkeliaran bebas termasuk di kawasan parkir, stesen minyak dan lapangan terbang.
Haiwan itu boleh menyesuaikan tinggal di pulau berkenaan bermula dengan memakan sisa makanan kucing atau serangga.
Populasi lipan berkurangan sejak ada ayam liar di pulau berkenaan yang berkokok hampir sepanjang hari, merosakkan daun dan memusnahkan kebun penduduk.
Mungkin ada beranggapan penduduk bertuah kerana boleh menangkap dan menikmati ayam pada bila-bila masa.
Hakikatnya, ayam liar itu terus bebas berkeliaran. Dikatakan dagingnya tidak lembut untuk dimakan seperti ayam biasa. |