CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 1

Penonton Luar Hargai Silat - Harian Metro

[Copy link]
Post time 6-1-2021 09:48 AM | Show all posts |Read mode

Foto kenangan yang dirakam ketika penggambaran dokumentari Pusaka Kita Maruah Kita.


Norhayati Nordin
[email protected]

KALAU bukan kita, siapa lagi yang akan mempertahankan warisan budaya bangsa. Sesungguhnya, ia jati diri bangsa yang harus terus dipegang supaya tidak hilang ditelan zaman.

Pengarah filem dan dokumentari, Areel Abu Bakar berkata, warisan budaya bangsa itu perlu dihargai generasi muda masa kini. Untuk itu, sebagai penggiat seni perlu tahu menghasilkan kandungan terbaik.

"Saya memang selesa memilih menghasilkan kandungan produk seni yang berkait rapat dengan warisan budaya bangsa seperti seni bela diri, silat oleh masyarakat Melayu.

"Pada saya, sekarang memang masanya untuk mengangkat seni budaya bangsa seperti silat itu supaya ia tidak dilupakan generasi muda zaman kini yang tertumpu kepada pengaruh gajet. Saya bersyukur percubaan pertama dengan menghasilkan filem Geran nampaknya berjaya apabila seni silat bangsa kita mendapat perhatian penonton dari luar negara.

"Walaupun sasaran saya pada awalnya mahu menyuntik kesedaran kepada masyarakat kita supaya bangga serta sedia untuk terus pertahankan seni silat yang menjadi warisan bangsa. Namun, tak sangka penonton luar lebih menyukainya dan ia satu penghargaan buat saya," katanya.

Walaupun ada perancangan untuk menghasilkan filem Geran 2, kini Areel perlu fokus pada menyiapkan penggambaran dokumentari istimewa, Pusaka Kita Maruah Kita sebanyak 13 episod.

Katanya, dokumentari yang berkisar mengenai sejarah silat itu merangkumi jenis silat dan senjata digunakan masyarakat Melayu akan ditayangkan di TV Alhijrah. Buat masa ini, proses penggambaran masih lagi dijalankan.

"Selepas dokumentari ini siap, saya akan berehat seketika sebelum masuk ke set penggambaran filem terbaru berjudul Walid pada Mac ini yang menampilkan pelakon seperti Nam Ron dan Faizal Hussein sebagai teraju utama.

"Walid lebih menjurus kepada kisah masyarakat dan isu semasa anak lorong, rasuah dan sebagainya yang berlaku dalam negara. Karya ini juga sarat mesej dan pengajaran untuk iktibar kita semua," katanya.

Berbicara lanjut mengenai perancangan filem Geran 2, Areel berkata, dia bercadang mahu melakukan penggambaran lebih hebat yang mana aksi bersilat itu dirakamkan di luar negara dan lokasi pilihan adalah Turki.

"Bagaimanapun, saya akur masalah utama dihadapi adalah bajet. Untuk merealisasikan impian menerbitkan filem Geran 2, saya memerlukan peruntukan perbelanjaan besar sekitar lebih RM7 juta.

"Ini kerana, banyak aksi silat yang saya rancang nak buat di luar negara iaitu Turki dan bajetnya tentulah besar. Apapun, ia sebenarnya berikutan, mengambil kira kejayaan filem Geran dah berjaya dikenali oleh masyarakat luar negara, maka pembikinan untuk karya Geran 2 haruslah lebih baik," katanya.

Justeru, Areel sangat mengalu-alukan kepada mana- mana pihak yang berminat menjadi penaja bagi menyumbang dana untuk penerbitan filem Geran 2.

Katanya, jika gagal mendapat dana itu, mungkin projek filem berkenaan terpaksa dilupakan.

Menurut Areel, dia merancang penggambaran filem Geran 2 di Turki itu dapat dimulakan sekitar penghujung tahun ini.

Katanya, penghasilan skrip dan jalan cerita sudah siap. Senarai pelakon juga sudah dipilih.

Setakat ini, antara pencapaian filem Geran di peringkat luar negara ialah disenaraikan 10 filem terbaik seni bela diri di Asia, di tempat ketiga serta disenarai juga dalam laman web, Asian Movie Pulse sebagai 20 filem terbaik di Asia Tenggara bagi 2020.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 01:29 PM | Show all posts
Baguslah ramai je orang luar yang minat akan seni ini.  Selama ni seni macam teakwando wushu kung fu etc je yang lebih dikenali serata dunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055748 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list