CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 2

Jadi Taman Tema Air Pula - Harian Metro

[Copy link]
Post time 7-1-2021 01:54 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan di Jeti Kok Majid di sini yanf dilimpahi air Sungai Kelantan sejak tengah hari tadi. FOTO Siti Rohana Idris


Siti Rohana Idris
[email protected]

Tumpat: Limpahan air Sungai Kelantan sejak tengah hari tadi menyebabkan kawasan tebing berhampiran Jeti Kok Majid di sini, digenangi air hampir satu meter.

Malangnya, ada pula penduduk yang menjadikan kawasan itu seperti 'taman tema' untuk bermain air dan merakam gambar kenangan.

Penduduk, Mohd Amirul Asyraf Abdul Rahman, 30, berkata, keadaan itu fenomena biasa yang berlaku setiap tahun, malah Jeti Kok Majid akan menjadi seperti taman tema air untuk kanak-kanak bermain.

"Biasanya menjelang malam air akan lagi naik hingga ke jalan utama dan penduduk di lebih 10 kampung di sini akan mula buat persiapan, termasuk alihkan kenderaan ke tempat tinggi," katanya.

Peniaga kedai makan, Che Hani Harun, 63, berkata, kedainya yang juga kediaman keluarga, dimasuki air sejak tengah hari, namun dia masih berniaga dalam keadaan berwaspada.

Menurutnya, dia sekeluarga melakukan persiapan berperingkat dan mengemas peralatan serta menyimpan barang keperluan apabila paras air semakin naik.

Bagi pemandu bot penambang, Hassan Mamat, 50, rutinnya mengemudi bot masih diteruskan untuk membawa penduduk kampung yang tinggal di kepulauan dekat Sungai Kelantan.

"Memang arus agak deras tapi kami sudah biasa dengan keadaan ini dan berhati-hati tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Bezanya adalah pada musim ini, penumpang kurang kerana bimbangkan cuaca dan tak mahu ambil risiko," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 05:08 PM | Show all posts
Harap mereka dalam pengawasan orang dewasa bahaya biar yang kecik2 macam tu main air sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila jaga keselamatan diri anda, itu sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.304089 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list