CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1534|Reply: 7

Buat Stok Sampai Licin Tak Kedai - Harian Metro

[Copy link]
Post time 7-1-2021 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan di beberapa pasaraya sekitar Temerloh. FOTO Ihsan Pembaca


Roselan Ab Malek
[email protected]

Temerloh: Keadaan banjir yang semakin buruk menyebabkan penduduk di bandar Mentakab membeli barang keperluan asas dalam kuantiti banyak hingga bekalannya di beberapa pasar raya dan kedai runcit, kehabisan.

Seorang penduduk, Mohd Rozy Mokhtar, 35, berkata, dia meninjau barang keperluan di kedai dan pasar raya dan mendapati banyak rak barang dalam kedai yang kosong.

"Barang keperluan seperti air mineral, telur, roti, minyak masak dan makanan dalam tin habis terjual.

"Pihak kedai dan pasar raya pula tidak dapat mengisi semula rak yang kosong disebabkan laluan masuk ke daerah ini yang dinaiki air. Lori tak dapat hantar barang.

"Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana orang ramai mungkin buat pembelian panik. Kita tak tahu berapa lama banjir akan pulih kerana air mula naik sejak semalam," katanya ketika dihubungi di sini.

Keadaan sama diakui Razak Daud, 60, yang menyifatkan pembelian dalam kuantiti banyak itu fenomena sama seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 pada Mac lalu.

Katanya, lebih malang apabila lori menghantar barang keperluan sukar untuk memasuki kawasan bandar sehingga premis perniagaan gagal mendapat bekalan tambahan.

"Di Mentakab, institusi kewangan, stesen kereta api, stesen bas, restoran dan kedai turut dilanda banjir dan ini memburukkan lagi keadaan. Saya harap hujan berhenti secepat mungkin (dan banjir pulih)," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Woo Chee Wan menyifatkan bandar Mentakab seperti 'bandar hantu' apabila persekitarannya sepi dan hampir seluruh kawasan banjir.

Katanya, bandar itu dilanda banjir lebih buruh daripada bah pada 2014 dengan air naik setinggi dua meter dan bekalan elektrik terpaksa diputuskan.

"Semua kedai ditutup, keadaan (banjir) kali ini cukup membimbangkan kerana kita juga menghadapi wabak Covid-19," katanya yang memberitahu pejabatnya menyiapkan barang keperluan untuk diedarkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan dan kawasan yang terputus hubungan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur goreng dadar.. Fuh.. Boh bawang Belanda.. Yum2..sedap.. Makan dgn nasi panas2 dan toyu jenama adabi ka.. Kipas udang ka.. Apa nak kata dah.

Kalau ramai mulut nak kena suap dan bajet pun lebih kurang.. Buat sambal telur hancur.. Fuhhhhh... Sedappp...

Yg penting perut kenyang dan ada tenaga kalau nak kena pindah rumah.. Hat mana byk bunyi sebab makanan apa yg ada.. Bg penerajang sedas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 03:01 PM | Show all posts
besarnya dugaan mangsa2 banjir..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 04:00 PM | Show all posts
Aku hantar barang Shopee ke customer2 Berserah ok sampai in 3 days
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan..x mampu nk pergi membantu cuma doa kuiringkan..semoga banjir cepat surut
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 05:06 PM | Show all posts
Dah musim banjir pasti masin2 panik takut terputus bekalan makan mana tak sapu licin.  Kesian mereka yang tak berhasil mendapatkannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat jb hari ni rata-rata supermarket semua penuh dengan orang ramai, mungkin panic buying sebelum pkp, dengan hujan lebat dah lebih 3 jam x berhenti, harap-harap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai gal ngo yg membeli barang utk.mangsa banjir sambil yg mereka 2 menyopping suit isinar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.075848 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list