CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 4

Antipelitup Muka Akhirnya Menyesal - Harian Metro

[Copy link]
Post time 8-1-2021 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Chuck Stacey yang kini dijangkiti Covid-19. Foto Agensi FOTO Agensi


New York: Seorang lelaki yang juga antipelitup muka di Amerika Syarikat (AS) akhirnya dijangkiti Covid-19 dan kini dirawat di hospital dengan bantuan alat pernafasan.

New York Post melaporkan, Chuck Stacey, 50, berkongsi keadaannya itu menerusi satu hantaran video di Facebook (FB) dengan menyatakan pandangannya bahawa Covid-19 adalah selesema biasa.

"Saya tidak memakai pelitup muka sedangkan ia perlu.

"Awalnya saya yakin yang Covid-19 cuma selesema dan permainan politik saja jadi saya abaikan pemakaian pelitup muka.

"Kamu tidak mahu berakhir seperti saya yang sukar bernafas kerana saya mungkin diintubasi jika keadaan bertambah buruk," katanya.

Stacey meminta orang ramai yang mengambil mudah soal Covid-19 untuk mengubah pemikiran dan melindungi diri serta keluarga mereka.

"Jika memakai pelitup muka boleh mengurangkan kemungkinan anda terkena jangkitan penyakit ini biarpun hanya lima peratus, pakai saja (pelitup muka).

"Pastikan anak dan orang anda cintai memakainya. Lakukan (memakai pelitup muka) untuk dirimu sendiri," katanya.

Stacey menerima rawatan di hospital dekat Florida, untuk kedua kalinya sejak dijangkiti Covid-19 pada 27 Disember lalu.

Lelaki itu memberitahu CNN bahawa ketika Covid-19 tercetus, dia menyamakan wabak itu dengan selesema yang teruk dan tidak mengambil banyak tindakan pencegahan untuk melindungi dirinya sendiri.

Selain itu, Stacey juga mengaku dia menderita klaustrofobia iaitu sejenis fobia dan takut berada di tempat tertutup.

Disebabkan itu, Stacey tidak dapat mengatasi ketakutan jika memakai pelitup muka dan sebagai alternatif, dia menggunakan pelindung muka.

Stacey kini berharap untuk segera keluar dari hospital kerana ketakutannya memakai pelitup muka akibat klaustrofobia sudah hilang.

"Ketakutan terhadap Covid-19 lebih buruk daripada klaustrofobia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2021 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 kena juga ikut arahan kerajaan.. Aku pun sehari 2 ni lupa yg aku dok bilik sewa.. Keluar x pakai mask.. Patah balik cari mask.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-1-2021 11:24 AM
Kadang2 kena juga ikut arahan kerajaan.. Aku pun sehari 2 ni lupa yg aku dok bilik sewa.. Keluar x p ...

Sarah keluar rumah lupa bawak mask ke?
Iols simpan dua tiga keping dlm handbag, sekeping dlm wallet, dlm kete, kat ofis walaupun wfh, u never know when u need it kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 8-1-2021 11:30 AM
Sarah keluar rumah lupa bawak mask ke?
Iols simpan dua tiga keping dlm handbag, sekeping dlm wall ...

Iols sewa bilik ala2 asrama.. Jadi selalu lupa bila keluar nak pi ambik barang kat recep kena pakai mask..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la gemok..bodoh plak tu..klo aku doktor aku injek racun tikuih bio ko kojol...good ridsect!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045787 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list