View: 1469|Reply: 7
|
Serangan Harimau Semakin Menjadi-Jadi - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Ismail Yusof menunjukkan bangkai lembunya yang dibaham harimau. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham
[email protected]
Dungun: Penternak lembu di Felda Kerteh 4, di sini, bingung memikirkan keadaan harimau belang yang semakin rakus membaham ternakan mereka.
Sehubungan dengan itu, seramai 50 penternak lembu di kawasan itu berharap supaya binatang buas itu segera ditangkap.
Penternak, Mohd Ngah, 54, berkata kejadian berlaku sejak tahun lalu itu menyebabkan penternak sepertinya menanggung kerugian besar.
"Sepanjang minggu ini sahaja, sembilan lembu rakan saya dibaham harimau menyebabkan mereka kerugian hampir RM50,000.
"Kami bingung memikirkan keadaan binatang buas itu yang masih bebas dan sehingga kini, pak belang itu belum masuk perangkap dipasang pihak berkenaan," katanya ketika ditemui di Felda Kerteh 4, semalam.
Mohd berkata, keadaan itu menyebabkan penternak terpaksa berkawal di kandang lembu mereka dan timbul kebimbangan sekiranya terserempak dengan harimau terbabit.
Menurutnya, mereka terpaksa berbuat demikian demi menyelamatkan lembu daripada terus menjadi mangsa.
Penternak, Ismail Yusof, 58, berkata, sebelum ini harimau terbabit membaham ternakannya pada waktu malam dan kini semakin berani membaham pada waktu siang pula.
"Saya terserempak dengan binatang itu pada Jumaat lalu ketika sedang membersihkan kebun sawit.
"Ketika sedang memotong rumput, saya terdengar bising suara lembu dan sebaik menoleh saya mendapati dua ekor harimau berada di situ.
"Kedua-dua harimau besar itu kemudiannya melarikan diri dan saya yang ketakutan turut menunggang motosikal pulang ke rumah," katanya.
Menurutnya, dia berharap pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian bagi menangkap harimau terbabit dengan segera.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf ketika dihubungi berkata, pihaknya memasang dua perangkap bagi menangkap harimau terbabit.
Beliau berkata, pihaknya memohon kerjasama semua penternak supaya dapat mengurung ternakan mereka bagi mempercepatkan proses tangkapan.
"Apabila ternakan tidak dikurung, ia membolehkan harimau itu terus membaham ternakan penduduk berbanding umpan dipasang di dalam perangkap," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap ia segera diberkas dan dipindahkan kekawasan lain jauh dari penempatan manusia dan ternakan |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya rimau nie...slalu tgk dokumentari dia mkn...ngaper hok nie dia tggl makanan...
|
|
|
|
|
|
|
|
pikir dah tadi...dia tinggal makanan kalo rimau ni...biasa rimau abis lincin kena baham...tapi tak tau lah..takut dia kenyang baham sikit2...rimau jadian berasa...kena cukup 40 ekor lembu...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat harimau jugek.
jbtn perhilitan kna bertindak lah.
siasat. kot rimau betul ke. rimau jadi-jadian |
|
|
|
|
|
|
|
oh, kalu baca ayat last Pengarah Perhilitan tu, penternak kena bagi kerjasama penuh jugak la..jgn lepas lembu2..agaknya masih ada penternak yg tak dengar saranan pegawai Perhilitan supaya biar lembu duduk dlm kandang je buat sementara waktu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb banjir kot.kwsan dia naik air.tu yg nmpk lembu abes kene bunuh tuu..sian laa |
|
|
|
|
|
|
|
xoic726 replied at 10-1-2021 10:51 AM
pikir dah tadi...dia tinggal makanan kalo rimau ni...biasa rimau abis lincin kena baham...tapi tak ...
Jgn ler cggtu...nnt abis binatang satu malaya kn korek..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|