CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1662|Reply: 8

Hanya Boleh Sekali Ke Tandas - Harian Metro

[Copy link]
Post time 9-1-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Beijing: Mendakwa pekerjanya malas dan kerap menggunakan alasan mahu ke tandas untuk curi tulang menyebabkan sebuah syarikat di Dongguan, Wilayah Guangdong mengeluarkan peraturan melarang pekerjanya ke tandas lebih daripada sekali.

Malah, mana-mana pekerja yang mahu menggunakan tandas lebih daripada sekali perlu mendapat kebenaran daripada ketua bahagian masing-masing dan mereka yang melanggar peraturan itu boleh didenda 20 yuan (RM12.50).

Notis peraturan syarikat terbabit tular di media sosial, malah menunjukkan tujuh pekerja sudah dikenakan tindakan pada 20 dan 21 Disember lalu.

Ketika menjelaskan perkara itu di Guangdong TV, pengurus syarikat dikenali Cao berkata, pihak pengurusan menetapkan peraturan itu kerana mendapati ramai pekerjanya malas selain menjadikan alasan mahu ke tandas untuk merokok dan mengelak daripada melakukan tugas.

"Kami tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk bertindak kerana hakikatnya, ada pekerja yang malas. Pihak pengurusan sudah menegur pekerja terbabit, tetapi tiada perubahan positif setakat ini," katanya yang memberitahu langkah itu lebih baik daripada memberhentikan pekerja kerana kesukaran mencari pengganti.

Kakitangan yang melakukan kesalahan itu juga dikatakan tidak membayar denda dalam bentuk tunai sebaliknya, ia ditolak daripada bonus bulanan mereka.

Susulan perkara terbabit yang mencetuskan kemarahan warganet China, Biro Keselamatan Sosial dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Dongguan mengambil tindakan dengan menyiasat syarikat berkenaan.

Wakil perbandaran itu dilapor memberitahu media tempatan, The Paper bahawa peraturan terbabit adalah tidak sah.

Isu berhenti rehat untuk ke tandas adalah isu serius di China dengan syarikat swasta mengambil pendekatan pelik untuk mengawal pekerja yang ke tandas.

Tahun lalu, sebuah perusahaan dikatakan memasang timer di dalam kubikel tandas dan SCMP melaporkan pada 2018, sebuah syarikat teknologi besar, NetEase membelanjakan dua juta yuan untuk menyekat perkhidmatan internet di tandas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarah82 at 9-1-2021 11:03 AM

Mampos.. Boleh dapat jangkitan kat saluran kencing
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 11:12 AM | Show all posts
cuaca sejuk camne nak tahan kencc??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Siyalnya company mcm ni.. Semoga lingkup
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
biar la 'mereka ini' kekal dimana mereka berada sekarang....Msia jgn pepandai pulok 'jemput' mereka ke sini.Berlajar la dr pengalaman.#SekadarBeringatSebelumKena
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I perasan perangai cina ni dia jenis xpercaya pekerja. Habis smua dia anggap negative. Pegi tandas pon nk jd isu. Manusia bkn robot , mmg ada masa akan “curi tulang” tp setakat ke tandas pon nk berkira mmg payah mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah pe...kencing je kat bilik ceo dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2021 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilang cina local pun ada jer macam ni.terutama untuk operator pengeluaran nepal dan bangla.tapi penyembah komunis tak sedar2 jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 04:18 PM | Show all posts
Betul2 mendera namanya kalau pekerja sakit sendiri juga yang susah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.048289 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list