CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5252|Reply: 30

Lelaki ini Terkena sihir pengasih selepas sering teringatkan isteri orang di pej

[Copy link]
Post time 11-1-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MENGIMBAU peristiwa dua tahun lalu membuatkan Hafiz (bukan nama sebenar) terasa sangat perit dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Pemuda berusia 29 tahun itu tidak menyangka keputusannya untuk menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat swasta di selatan tanah air telah meninggalkan pengalaman pahit yang sukar dilupakan.

Tempat kerja itu boleh dikatakan cukup sempurna pada peringkat awal kerana rakan-rakan sekerjanya sangat peramah dan majikan juga baik apatah lagi gaji diterima agak lumayan.

Tanpa disedari, rupa-rupanya ada sepasang ‘mata’ yang tertarik dengan ketampanan pemuda tersebut.

Namun, yang tidak ‘manis’ wanita tersebut merupakan isteri orang dan ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Saya sungguh tidak menyangka wanita tersebut yang merupakan pengurus di situ cuba bermain cinta dan ingin berlaku curang di belakang suaminya.

“Seringkali wanita itu cuba mendekati saya dengan memberikan pelbagai alasan seperti meminta saya membetulkan komputer dan membaiki lampu yang jauh sekali lari daripada skop tugas di situ,” katanya memulakan bicara.

Saban hari, tingkah laku wanita tersebut yang lima tahun lebih tua daripadanya semakin ‘ligat’ dan mencuba pelbagai helah untuk mendekati lelaki berasal dari Pantai Timur itu.

Jelas Hafiz, dia berasa sangat tidak selesa dengan suasana yang agak menjengkelkan itu tetapi apakan daya dia terpaksa akur walaupun hatinya menolak keras.

“Saya berasa pelik dan tertanya-tanya kenapa dia cuba berbuat demikian sedangkan rumah tangganya kelihatan bahagia, dikurniakan suaminya baik dan dua orang anak yang sangat comel.

“Walaupun berasa tidak selesa dengan tingkah-laku wanita tersebut tetapi saya tetap meneruskan pekerjaan seperti biasa kerana memikirkan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga,” tutur anak sulung daripada enam beradik itu lagi.

Apa yang membuatkan Hafiz berasa tidak tenang apabila rakan sekerjanya turut berkongsi kisah dengan mendakwa, wanita tersebut pernah menjalin hubungan sulit dengan salah seorang pekerja di situ.

Mengucap panjang Hafiz apabila mendengarkan perkara tersebut dan bertekad dia tidak akan sesekali berbuat perkara terkutuk itu apatah lagi dengan isteri orang.

Bagaimanapun, perasaan itu tidak lama selepas dia tiba-tiba sering teringatkan wanita berkenaan dan perasaan rindu menjelma dalam diri, sedangkan sebelum ini jauh sekali hendak memikirkannya.

Perubahan diri pemuda itu juga disedari rakan serumah yang juga abang sepupunya yang mengesyaki dia sudah terkena sihir.

Hafiz dinasihatkan agar kurang berjumpa dengan wanita tersebut bagi mengelak sebarang perkara buruk berlaku.

Hafiz yang bagaikan kemaruk cinta tidak menghiraukan nasihat sepupunya itu.

“Risau akan keadaan saya, abang sepupu telah menghubungi kawannya yang ‘pandai’ mengubati penyakit terkena sihir.

“Hasil daripada pengamatan kawannya, saya dikatakan terkena sihir pengasih,” tutur pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu.

Walaupun perkara itu diberitahu oleh abang sepupu tetapi Hafiz tidak percaya dan menolak keras perkara tersebut.

Tidak mahu membiarkan Hafiz terus hanyut dalam cinta palsu itu, abang sepupunya membawa pemuda itu untuk membuat rawatan.

“Syukur alhamdulillah, selepas rawatan itu badan dan fikiran terasa beransur pulih serta mampu berfikir dengan waras.

“Saya mengambil cuti rehat selama seminggu untuk menenangkan fikiran,” ujarnya.

Dalam berat hati, Hafiz telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi mengelakkan sesuatu lebih buruk pada masa akan datang.

https://www.kosmo.com.my/2021/01/10/pemuda-tersepit-digoda-isteri-orang/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Huntongla abang sepupu pandai pasal2 sihir pengasih ni. Akak tunggu Hafiz mengadu kat reporter Kosmo dia tak boleh lupa abang sepupu  pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 04:49 AM | Show all posts
tak ada gambar hafiz ke? biasa laki melayu graduate akaun ni muka mostly handsome2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh2..

Org dok risau kan kobid ni ko nyibuk pulak nak mengulit kenangan ko disihir bini org ye hafiz ... move on je la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hafiz, kalau hafiz baca ni tlg jwb sama ada bini orang tu forumer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke.. ntah2 dia yg tersuka kt bini org.. pastu bini org pn tsuka kt dia.. then play victim tkena seher ? Ouuchh.. sb dia bujang so cercaan ke bini org tu lerr.. ada kes mcmni weyy...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2021 06:31 AM | Show all posts
nak tengok rupa hafiz hensem tahap mana? kalau macam jebon je pun takyah berangan la terkena sihir pengasih bagai...  entah2 hassanal bolkiah je pun ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Padahal kau yang dah tangkap angau dgn bini org tu tiba2 cakap pengasih pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpa bomoh or perawat mesti ckp terkena sihir kan..takkan diorg nk ckp takde kena pape..mmg 'pesakit' tu sendiri angau jatuh cinta dgn bini org
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:40 AM | Show all posts
hanakikan replied at 10-1-2021 08:49 PM
tak ada gambar hafiz ke? biasa laki melayu graduate akaun ni muka mostly handsome2.

kannn.. kat opis meols ni pun baru masuk sorang graduate accountancy.. kendu sangat.. bergetar mutiara khorsani..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:40 AM | Show all posts
bini sapa la ni
gelenyar sgguh laa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 07:41 AM | Show all posts
ntah la...Allah sja yg tahu siapa yg angau kat siapa ni
tp ada jerk bini2 org yg menggeletis lebih
kena pulak suami x berapa siap n duit seciput
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 08:53 AM | Show all posts
biasa benda ni .......kat opis aku ada sorang.....mesej mlm2 tanya itu ini....mula2 layan sbb ingatkan betul hal keje.....lama2 dah lain mcm.....saiko pun yer.....last2 block no dia....tak lama lepas tu dia bole pegi reka cita....pastu sebar fitnah kata aku yg nak try ngorat dia.....tapi dia tak layan kata nyer.....akak2 bawang kat ofis dah tgk lain mcm je kat aku....aku pun pegi berdepan ngan dia tanya apa motif dia.....mcm2 motif.....sebab dia bg.....aku pun berterus terang dpn2 dia....kalu yer pun aku nak berscandel.....aku cari anak dara atau janda.....scandel ngan bini org bukan aku nyer game.....btw, bila aku selidik back ground dia.....husband dia keje elok je.....anak2 ada....sihat2 semua....tak tau apa yg dia nak lagi....kang tuhan tarik semua tu nanti baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 11:25 AM | Show all posts
sidewinder replied at 11-1-2021 08:53 AM
biasa benda ni .......kat opis aku ada sorang.....mesej mlm2 tanya itu ini....mula2 layan sbb ingatk ...

jahat betina tu..sendiri gatal poen ngata org pun gatal poen cam dia kot? awak ni mangsa betina itu ke?
lain kli terus blok je nombo dia..skrg ni fitnah lagi brkuasa dari kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 12:00 PM | Show all posts
ada geng yg asal pelik jer kena sihir..percaya sangat kuasa sihir..kena jumpa tok moh, ustaz jadian etc.
Asa seorg mamat nie ckap ..hari pertama di sudan dia ckp hitam tul pompuan2 kat sana, hari seterusnya ok lh menarik..dah bulan seterusnya isteri dia wanita sudan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa ke ni?.....

@Xim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 12:09 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 11-1-2021 06:47 AM
Padahal kau yang dah tangkap angau dgn bini org tu tiba2 cakap pengasih pulak..

kan..dasar jantan nk selamatkan tengkuk aje blame sihir
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 12:10 PM | Show all posts
kat opis ai budak2 bujang yang gatal, suka jalan kesana kemari ke cubicle awek2 muda n andartu ajak berbual sampai tak buat kerja.. tapi tiada skandal berlaku alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 11-1-2021 12:10 PM
kat opis ai budak2 bujang yang gatal, suka jalan kesana kemari ke cubicle awek2 muda n andartu ajak  ...

Ofismate i ckap biasa bini org paling senang ajak ke katil..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 11-1-2021 12:00 PM
ada geng yg asal pelik jer kena sihir..percaya sangat kuasa sihir..kena jumpa tok moh, ustaz jadian  ...

Bahahaa ini sgt lucu!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.234323 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list