CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1074|Reply: 4

Rumah Pusaka Dihanyutkan Air, Hanya Tinggal Tangga Batu - Berita Harian

[Copy link]
Post time 12-1-2021 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Rumah pusaka milik keluarga Abdul Raof di Kampung Ajai, Dong, dihanyutkan banjir dan hanya tinggal tangga batu. - Foto ihsan Abdul Raof Muntil,


Roselan Ab Malek
[email protected]

RAUB: "Saya terkejut dan seperti tidak percaya apabila pulang ke rumah, yang tinggal hanya tinggal tangga batu, manakala rumah sudah dihanyutkan beberapa meter dari tapaknya."

'Kejutan' itu dialami Abdul Raof Muntil, 51, yang pulang dan mendapati rumah pusaka di Kampung Ajai, Dong, dekat sini, dihanyutkan banjir sejauh kira-kira 10 meter dari lokasi asalnya.

"Kejadian ini sama sekali tidak dijangkakan. Banjir kali ini sangat dahsyat. Mujur semua penduduk sudah meninggalkan kediaman masing-masing ketika air mula naik," katanya yang bekerja menguruskan beberapa kebun buah berdekatan.

Kampung Ajai ialah antara penempatan paling teruk terjejas di Dong yang menyaksikan beberapa rumah turut runtuh akibat banjir.

Abdul Raof berkata, rumah kayu dua bilik yang dibina oleh arwah ayahnya pada 1965 itu penuh dengan kenangan beliau dan empat beradiknya dibesarkan.

Beliau berkata, lazimnya pada hujung minggu dan sambutan Aidilfitri, mereka adik-beradik dengan keluarga masing-masing akan berkumpul di rumah pusaka berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu memaklumkan ketika kejadian, beliau tiada di lokasi kerana menghantar anak ke Tanjung Malim, Perak.

Bagaimanapun, Abdul Raof berkata, abang beliau, Abdul Daud, 56, bersama dua anak lelakinya dari Shah Alam, Selangor, berada di rumah pusaka berkenaan pada 3 Januari lalu.

"Apabila air mula naik dan banjir melanda kampung, abang saya bersama anaknya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan sebelum terus balik ke Shah Alam. Ketika dihanyutkan, tidak ada seorang pun berada di rumah terbabit.

"Abang ada memberitahu rumah itu dilanda banjir teruk. Apabila tiba di kampung, saya mendapati hanya tangga konkrit yang masih utuh tetapi rumah sudah dihanyutkan sejauh kira-kira 10 meter.

"Mujur ada beberapa pokok kelapa berdekatan dapat menahan rumah itu daripada dihanyutkan lebih jauh lagi," katanya yang tinggal berdekatan kediaman pusaka terbabit.

Abdul Raof berkata, beliau kini sibuk melakukan kerja pembersihan dan membuang barangan rosak, dengan turut dibantu sukarelawan serta rakan.

"Koleksi buku lama, album foto dan beberapa barangan antik dikumpulkan ketika era penjajahan British serta zaman muda saya yang disimpan di rumah berbentuk tradisional ini turut rosak," katanya.

Beliau memaklumkan, ia adalah kejadian kedua di mana rumah itu pernah rosak dan turut dihanyutkan sejauh beberapa meter ketika banjir besar melanda pada 1971.

Katanya, beliau berhasrat membina kediaman baharu di tapak asal dengan gabungan konkrit dan kayu, termasuk yang diambil semula daripada rumah pusaka itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...dugaan bertimpa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
beratnya dugaan dia
politicians lak sibuk berebut gila kuasa
kesan banjir pd rakyat ni depa buat bodoh je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 03:39 PM | Show all posts
berat dugaan tapi nasib beranjak beberapa meter...  kiranya masih boleh selamatkan n guna apa yang ada...  kalau hanyut terus tak jumpa langsung, lagi banyak kos nak keluar untuk buat rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 05:06 PM | Show all posts
Tumbang simpati pasti banyak kenangan keluarga tu dengan rumah yang dah hanyut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.096206 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list