View: 1619|Reply: 8
|
Pengusaha Kantin Rayu Bantuan ‘One-Off’ Susulan PKP kali Kedua
[Copy link]
|
|
Miskiah Diran dan Ahmad Bungkik di kantin sekolah yang mereka usahakan sejak 2017.
FMT
Nora Mahpar
PETALING JAYA: Bagi meringankan beban pengusaha kantin yang sudah pun mengeluarkan modal yang besar untuk persiapan pembukaan sesi persekolahan tahun ini, seorang pengusaha kantin berharap kerajaan menyediakan bantuan khas “one-off” sekurang-kurangnya RM3,000.
Miskiah Diran dan suami, Ahmad Bungkik adalah antara pengusaha kantin sekolah yang teruk terjejas tahun lalu kerana mereka hanya dapat beroperasi beberapa bulan sahaja.
Namun, jika mahu diimbas kembali episod tersebut, pasangan pengusaha kantin di SK Felda Palong Timur 1 di Segamat, Johor, itu berkata, keperitan beberapa bulan tanpa pendapatan sukar untuk diungkap – berat bahu yang memikul ibarat sudah tidak terasa.
Untuk pembukaan sesi persekolahan tahun ini, pasangan pengusaha kantin itu sudah pun berbelanja RM5,000 membeli barangan kering dan membaiki peralatan kantin yang kebanyakannya mula rosak akibat sudah lama tidak digunakan.
Baru sahaja mahu melupakan derita lama, pasangan yang sudah mengusahakan kantin sekolah sejak 2017 itu kembali diuji apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 13 Jan lalu.
Ini bermakna, sesi persekolahan turut ditangguhkan dan ia memberi kesan kepada pengusaha kantin seperti mereka.
Kantin di SK Felda Palong Timur 1 di Segamat, Johor, kelihatan usang kerana sudah lama tidak beroperasi.
“Kami terduduk dan tidak tahu mahu bergantung dengan sesiapa lagi,” kata mereka susulan pengumuman pelaksanaan PKP kali kedua itu.
“Kerajaan secara mengejut umumkan penangguhan sesi persekolahan 2021. Sepatutnya, ia diumumkan sebulan lebih awal atau sekurang-kurangnya awal bulan lalu kerana kami sudah pun mengeluarkan modal yang besar membaiki bumbung kantin yang kebanyakannnya rosak teruk akibat sudah lama ditinggalkan.
“Peralatan seperti pemanas air dan dinding kantin yang sudah kusam juga baru sahaja kami baik pulih,” kata mereka.
Lebih memeritkan, pasangan ini hanya menerima bantuan RM1,500 daripada Pejabat Pendidikan Daerah hujung tahun lalu dan ia sudah pun digunakan untuk menampung keperluan harian.
“Saya tidak tahu kenapa permohonan bantuan perniagaan kami ditolak. Kami juga terpaksa memberhentikan empat pekerja tetap kerana (kami) sudah tidak mempunyai sumber untuk membayar gaji mereka,” kata Miskiah yang kini berniaga secara kecil-kecilan menjual nasi lemak bungkus di sekitar kawasan kediamannya.
Justeru, Miskiah berharap kerajaan menyediakan bantuan khas “one-off” sekurang-kurangnya RM3,000 untuk menampung kerugian yang dialami pengusaha kantin yang sudah pun mengeluarkan modal yang besar bagi membuat persiapan pembukaan sekolah.
“Kita tidak tahu berapa lama lagi sesi persekolahan akan ditangguhkan, jadi bantuan ini ibarat memberi nafas baharu kepada kami untuk terus bertahan,” katanya.
Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) Siti Normah Md Desa.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM) Siti Normah Md Desa berharap Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan murid kembali ke sekolah secara berperingkat selepas PKP berakhir agar pengusaha kantin dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa.
Siti Normah, pengusaha kantin di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor, juga mendesak KPM mengkaji prosedur operasi standard (SOP) semasa yang tidak membenarkan pelajar membeli di kantin.
“SOP ini menyebabkan pendapatan pengusaha kantin merudum teruk. Sepatutnya KPM dapat pertimbangkan SOP lebih ketat dengan membenarkan pelajar membeli di kantin,” katanya yang mahu kaedah pesanan seperti sebelum ini dimansuhkan kerana ia dianggap tidak efektif dan menyusahkan penjaga dan pengusaha kantin.
“SOP makan di dalam kelas ‘OK’, tapi kita mahu KPM benarkan mereka membeli di kantin. Ini dapat memberi kelebihan kepada pelajar itu sendiri kerana mereka berhak memilih (pelbagai) makanan,” katanya yang turut mengeluh kantin sekolahnya hilang pendapatan hampir RM50,000 sebulan susulan PKP.
Baru-baru ini, KPM mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya membabitkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Ia membabitkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa setara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihannya
Itulah keputusan terlalu lambat
Perutusan tahun baru masih duk kata buka sekolah sekali
Xbuka untuk pkp.mmg terduduk |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kepada pengusaha kantin, bas... memang terlingkup habis... |
|
|
|
|
|
|
|
ini sangat betul.. sangat terkesan termasuk la pengusaha2 tadika
mak pak smua tak mo bayar sbb sekolah/tadika tak buka
some mmg jual van/bas tu sbb nak makan pun takde dhuet
kita? masih ke sana ke sini, pi mall, kenduri kendara, naik CH penang langkawi bagai... kesan dapat kat golongan ni.. sebab apa, gaji kita jalan... aagicchewww...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 15-1-2021 02:48 PM
eyansss replied at 15-1-2021 02:39 PM
kesian kepada pengusaha kantin, bas... memang terlingkup habis...
Deol tak bayar sewa kantin sepanjang PKP. Dari tahun lepas dapat then bersambung ke tahun ni. Deol dapat moratarium khas dari KPM. Barang basah tu ja deol perlu fikir cemana nak jual. Tapi kalau bahan2 frozen tu patutnya tadak masalah if masuk chest freezer. |
|
|
|
|
|
|
|
I taktau la acik ni mcmana..sekolah kecik kot..tapi yg sekolah area umah iols ni, budak seribu lebih..rata2 bawak duit poket 4-5 ringgit..yg bawak lebih pun berlambak..tapi masa sebelum Covid,asyik dok cakap la takde untung..menipu nau..pastu yg pengusaha ni, diorg xde ke buka gerai ke, buat delivery makanan dari umah sendiri ke apa..pelik la |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg slh gomen. Patut pkp awal bulan 10-11 so by jan kes dah rendah. Now too late habis semua sektor melingkup |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 19-1-2021 11:05 PM
Aku pernah nampak dlm foodpanda kat area kuantan ada kantin sekolah yg buat food delivery sepanjang sessi persekolahan ditutup
Aku tak pernahlah order tapi baca review mostly kata foodnya sedap & ada variety masakan panas + air
So bagi kantin sekolah dalam area yg ada foodpanda boleh try market guna apps tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|