Sebenarnya aku hantar artikel ni dah lama tapi tak diapprove2 so aku share je la kat sini mana tau boleh dapat idea & tips yang lebih baik.
Mesti ramai di antara kita hobi suka menanam pokok kan? Pernah tak kita tengok rumah jiran ke yang ada tanam pokok.
Mesti dalam hati tertanya-tanya huh subur betul pokok pokok depa ya, macam mana la depa tanam dan jaga sambil dahi anda berkerut memikirkan baja apa yang mereka gunakan sehingga tanaman mereka hidup subur mewangi.
Sebenarnya tak payah anda nak bersusah payah dan membazir duit untuk beli baja tanaman yang kebanyakkan mahal tetapi tidak semuanya berkesan.
Ada beberapa cara semulajadi dan selamat untuk digunakan dan paling penting bebas bahan kimia supaya tanaman kita pun sihat.
1. AIR BASUHAN BERAS
Kredit Foto : Google
Air basuhan beras jangan dibuang sebaliknya boleh disiram di pokok-pokok tanaman anda.
Air cucian beras mengandungi berbagai vitamin dan mineral yang berguna bagi kesihatan, seperti vitamin A, vitamin C, dan vitamin B1. Dalam air cucian beras juga terdapat asam amino, gammaoryzanol, dan sifat antioksidan.
2. AIR PERAMAN KULIT BAWANG MERAH / PUTIH DAN KULIT TELUR
Kredit Foto : Google
Kulit bawang merah , putih, kulit telur, sisa-sisa sayuran atau buahan jangan dibuang kerana anda boleh mengunakannya sebagai baja tanaman yang bagus.
Campurkan semua bahan-bahan tersebut dan peramkan selama lebih kurang seminggu. Boleh dicampurkan dengan gula merah jika ada.
Air campuran ini dinamakan Bokashi Tea. Bau air campuran ini baunya masam-masam sikit ya dan Bokashi Tea ini boleh disiram ke pokok seminggu sekali.
Caranya adalah ambil Bokashi Tea dan campur air nisbah 1:10 ( bokashi tea : air paip)
3. KULIT TELUR
Kredit Foto : Google
Satu lagi bahan yang berkesan untuk suburkan tanaman ialah mengunakan kulit telur.
Kulit telur yang telah digunakan hendaklah dibasuh dan dijemur sehingga betul - betul kering. Kemudian kulit telur dihancurkan dan digoreng didalam kuali sehingga garing atau keperangan.
Biarkan sejuk dan kisarkan sehingga halus dan boleh ditabur di pokok tanaman anda nanti.
4. ROTI
Kredit Foto : Google
Roti yang sudah expired jangan dibuang. Ambil 3-4 keping roti, potong kecil-kecil dan rendamkan dalam botol air. Masukkan gula merah jika ada.
Biarkan selama 7 hari. Setiap hari anda kena buka penutup botol untuk keluarkan gas ya dan simpan dikawasan gelap yang jauh dari cahaya matahari.
Bila dah cukup hari air peraman roti ini boleh digunakan. Semburkan sahaja pada daun dan batang pokok. Hasilnya pokok anda akan lebih lebat berdaun dan berbuah.
5. AIR RENDAMAN IKAN
Kredit Foto : Google
Caranya air cucian ikan kita siramkan saja ke pokok dan tanaman. Pokok - pokok cepat subur jika guna baja ini.
Selain itu, sisa-sisa isi ikan seperti insang dan perut ikan jangan dibuang. Masukkan sisa-sisa ikan ini ke dalam baldi atau tong. Isikan air sehingga menutupi sisa-sisa tersebut. Kemudian tutup tong untuk elakkan daripada lalat bertelur dan biarkan selama 2 minggu. Setelah 3 hari akan keluar bau yang harum dari tong tersebut . Biarkan saja kerana lama kelamaan bau tersebut akan hilang.
Selepas 2 minggu tong sudah boleh dibuka. Sisa-sisa ikan sudah hancur dan boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman kita.
Caranya adalah untuk satu sukatan baja tambah dengan 3 sukatan air. Gaulkan sehingga baja itu larut.
Siram dekat pokok buah kita. Sangat baik untuk tanaman pokok seperi halia, cili, serai dan limau yang kita tanam.
Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman kita.
|