CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1403|Reply: 1

Roti Benggali Kembali Di Kafe Baru Di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 18-1-2021 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Roti Benggali yang baru dibakar.


FMT

Reena Sekaran

PETALING JAYA: Jika zaman kanak-kanak anda dari era 80-an, anda mesti ingat memori setiap petang menunggu bunyi loceng ‘pak cik bai roti’ ting, ting, ting!

Dengan sebuah basikal, dia akan mengayuh ke setiap penjuru kawasan perumahan sambil membunyikan loceng. ‘Paling unik, basikalnya akan dipenuhi dengan pelbagai jenis roti benggali yang dimasukkan ke dalam tong dan di luarnya tergantung pelbagai jenis makanan ringan.

Sekarang, pak cik bai roti masih ada lagi tetapi lebih moden dengan menunggang motosikal namun, masih membawa tong roti dan menggantung bermacam jenis biskut dan makanan ringan di luar tong sambil tetap membunyikan loceng atau hon yang comel.

“Bai roti dah sampai! Cepat beli roti sebelum dia balik!” kaum ibu akan memekik kepada anak-anak mereka apabila terdengar bunyi loceng itu.

Kanak-kanak akan bergegas mengerumuni bai roti dengan syiling penuh di tangan menjerit kegembiraan.


Seorang pekerja Maliia Bakery sedang memotong sebuku roti Benggali yang baru dibakar.


Roti yang dijual oleh ‘pak cik bai’ ini dipanggil roti Benggali.

Roti Benggali sangat popular sehingga ianya juga dihidangkan di restoran-restoran seperti Sup Hameed di mana pelanggan gemar menikmatinya bersama sup kambing yang lazat.

Di Pulau Pinang, roti ini memang menjadi kegemaran satu ketika dahulu, tetapi ramai di kalangan generasi muda yang langsung tidak tahu akan kewujudan makanan ruji ini.

Seorang penduduk Pulau Pinang berhasrat untuk mengubah keadaan ini dengan memperkenalkan semula roti Benggali kepada pencinta-pencinta roti, terutamanya golongan muda.


Maliia Bakery terletak di Jalan Transfer di Pulau Pinang.


Ketua Pegawai Eksekutif Maliia Bakery, yang terletak di Jalan Transfer, Pulau Pinang, M. Kumaresan Mariadas memberitahu FMT bahawa ramai yang menganggap roti Benggali ini diperkenalkan oleh golongan Punjabi.

Kumaresan menerangkan bahawa nama roti ini sebenarnya berasal daripada istilah “Panggali” yang bermaksud “pemegang saham”.

Katanya, roti ini sebenarnya diperkenalkan kepada orang Pulau Pinang pada tahun 1928 oleh Sheik Mohd Ismail dan rakan-rakannya, sekumpulan orang India Muslim dari Madras.

Bagaimanapun, orang tempatan salah menyebut perkataan “Panggali”, dan memanggilnya “Roti Benggali”. Nama itu kekal sehingga kini.

Nama kedai roti itu juga berubah mengikut zaman – daripada British Malaya Bakery kepada Malaya Bakery, kemudian Ismalia Bakery.


Para pekerja sedang menyediakan doh.


Pada tahun 2007, Maliia Bakery membeli perniagaan tersebut dengan tujuan menghidupkan kembali minat pada roti Benggali dan memperkenalkannya kepada generasi lebih muda.

Maliia Bakery bukan sahaja menjual roti kepada pelanggan biasa tetapi juga kepada restoran-restoran di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Selangor.

“Bukan mudah membuat roti Benggali. Setiap ‘batch’ mengambil masa hingga tiga jam untuk dibuat disebabkan prosesnya yang rumit.

“Malangnya, roti Benggali lebih popular di kalangan pelanggan yang lebih berusia, berkemungkinan membesar dengan memakannya,” kata Kumaresan.


Roti Benggali yang baru siap dibakar dibiarkan sejuk sebelum dipek.


Bagaimanapun, Kumaresan masih belum berputus asa dengan generasi yang lebih muda. Dia sudah memperkenalkan beberapa variasi resipi asal dengan harapan dapat menarik golongan ini sebagai pelanggan.

Contohnya, Maliia Bakery juga membuat roti Benggali versi mil penuh, arang dan coklat, namun jujurnya, versi yang paling mendapat sambutan masih roti Benggali yang dibuat dengan resipi asal turun temurun.

Dengan harapan untuk memperkenalkan semula roti Benggali dan variasi roti lain kepada pelanggan yang lebih muda, Kumaresan bakal membuka sebuah kafe pada pertengahan bulan ini.

Kafe tersebut akan menampilkan roti bakar dan roti kukus yang dihidangkan dengan sup kambing dan kari ayam, makanan kegemaran tradisi golongan tua mahu pun muda.


Kumaresan berharap dapat menarik generasi muda ke kafenya supaya mereka juga dapat merasa keenakan roti Benggali.


“Saya ada perancangan untuk membuka kafe di Persiaran Karpal Singh.

“Ya, pelbagai variasi baru roti wujud di mana-mana sekarang ini, tetapi saya tidak mahu kita lupakan roti asal yang kita makan sewaktu kecil,” ujarnya.

Sekiranya anda berada di Pulau Pinang, singgahlah di Maliia Bakery untuk merasa secebis potongan sejarah kerana setiap suapan akan berbaloi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 06:26 PM | Show all posts
Harap tahap kebersihannya pun sentiasa diambil kira
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078509 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list