CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 1

WFH, Belajar secara ONLINE antara sebab jualan produk ketika PKP naik 8 kali gan

[Copy link]
Post time 19-1-2021 02:28 PM | Show all posts |Read mode
rnggt.com
Shopee Menyaksikan Peningkatan Jualan Produk Pembaikan Rumah Sehingga 8X Ganda Ketika PKP
Liyana Antarabangsa, Berita, Pasaran
2-3 minutes

Meskipun tiada pembelian panik dilakukan, trafik aliran platform jualan Shopee kekal memaparkan peningkatan.

Penerapan konsep Bekerja Dari Rumah dan Pembelajaran secara Digital telah membuatkan pilihan permintaan PKP kali ini lebih tertumpu kepada barangan peralatan teknologi dan produk pembaikan rumah.

Dorongan permintaan barangan tersebut jelas berbeza berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang lebih memilih pembelian panik barangan harian.

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee menjelaskan bahawa ini kemungkinan rakyat Malaysia kini lebih bersedia dan jelas akan situasi semasa PKP.

Bagi peralatan teknologi pintar telah memaparkan peningkatan 4.5 kali ganda dengan lebih 550,000 unit seperti komputer riba, telefon pintar, tablet, papan kekunci dan banyak lagi telah terjual.

Manakala untuk produk pembaikan rumah pula menyaksikan peningkatan 8 kali ganda  iaitu lebih 900,000 unit telah terjual.

Bagaimanapun permintaan keperluan harian masih kekal meningkat – seperti pelitup muka, makanan, barangan produk kesihatan. Di mana, antaranya permintaan untuk daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan meningkat hampir dua kali ganda kepada 85,000 unit dijual.



Sementara itu, walaupun sambutan Tahun Baru Cina perlu dilaksanakan secara sederhana namun semangat pembeliannya tidak akan terganggu. Ini kerana, Shopee telah hadir dengan beberapa penawaran menarik pada pelancaran Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung 18 Januari sehingga 13 Februari kelak.

Shopee akan menawarkan pelbagai produk menarik seperti baucar diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 serta tawaran harga menakjubkan pada hanya 8 sen.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo.. tu ka..
Staf pompuan aku dulu penah kerja bahagian pakaian wanita kat satu supermarket ni. Dia kata, masa CNY, antara benda paling bnyk sales underwear- bra & panties
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.046373 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list