KASUT KELUARAN SIME DARBY NI PERNAH BUATKAN ROCKSTAR MENANGIS
Golongan muda zaman sekarang sangat mementingkan konsep hypebeast dalam hidup mereka. Kalau korang nak tahu, hypebeast bermaksud seseorang yang sangat menyukai barangan fesyen berjenama, terutamanya pakaian dan kasut. Bercerita tentang pakaian berjenama ni, pasti ramai tak tahu bahawa Malaysia pernah mempunyai sebuah jenama kasut yang sangat popular pada era 80-an yang berjenama Aliph. Zaman tu kalau pakai kasut Aliph ni, korang dianggap seorang yang ‘hypebeast’.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya…… Syarikat Sime Darby merupakan pengeluar utama kasut Aliph Siapa sangka syarikat Sime Darby ialah pengeluar utama kasut Aliph yang bertapak di Alor Gajah, Melaka pada era 80-an dan nama untuk syarikat kasut itu ialah Sime Darby Footwear Sdn. Bhd. Fokus utama pelanggan mereka pada masa itu ialah golongan lelaki muda dan semua jenis kasut mereka tidak pernah mengecewakan.
Mesti korang tak percaya dengan harganya kerana ia dijual dalam RM 20 hingga RM 70 sepasang. Sime Darby Footwear Sdn. Bhd. pernah mengeluarkan beberapa jenis kasut Aliph yang terkenal antaranya: - Aliph Marathon.
- Aliph International.
- Gold Smith.
- Rider.
- Terri.
Mereka mula mendapat populariti dalam kalangan masyarakat selepas menggunakan satu strategi pemasaran iaitu menjadikan rockstar sebagai model memandangkan pada masa itu demam rock kapak mula merebak di Malaysia. Tajaan kasut Aliph untuk kumpulan Search merupakan titik permulaan mereka menjadi popular.
Bukan itu saja, gaya Amy Search pada masa itu juga sangat menarik perhatian orang ramai kerana berambut panjang, berseluar sendat dan memakai kasut Aliph. Sime Darby juga pernah mengeluarkan kasut yang mempunyai logo search.
“Menceburi dunia seni, bagi saya seorang selebriti harus peka dengan gaya, penampilan dan sentiasa ke depan. Begitu juga dengan perjalanan hidup kita sebagai manusia, penghujungnya semua orang mahukan sesuatu yang baik.” – Amy Search, petikan dari Berita Harian.
|