CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3561|Reply: 15

MAT SALLEH NI MASUK ISLAM DAN JADI ‘MELAYU’

[Copy link]
Post time 2-2-2021 10:46 PM | Show all posts |Read mode
MAT SALLEH NI MASUK ISLAM DAN JADI ‘MELAYU’

R.O Winstedt yang menulis pelbagai perkara tentang orang Melayu, dari Nasi Lemak sampailah amalan perbomohan.


Winstedt pernah kata, kalau nak kenal orang Melayu bacalah pantun dan sasteranya.

Tapi, Winstedt bukan seorang je yang habiskan hidupnya mengkaji budaya Melayu, sebabnya ada seorang lagi Mat Salleh yang tak kurang hebatnya. Malah, beliau ni bukan je kaji pasal Melayu – tapi jatuh dengan budaya Melayu serta agamanya. Orang tu adalah…

Abdul Mubin Sheppard: Pegawai British yang jatuh cinta dengan Tanah Melayu


Atau nama asalnya: , Mervyn Cecil Ffrank Sheppard.

Dilahirkan pada 21 Jun 1905 di Ireland, Mervyn Cecil Ffrank Sheppard (Abdul Mubin Sheppard selepas memeluk Islam) mendapat pendidikan awal di Marlborough College, sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah di Magdalene College, Cambridge University dari tahun 1923 sampai 1926. Setahun lepas tu, Mubin lulus ujian kelayakan di London dan diterima masuk dalam Perkhidmatan Awam Malaya (MCS). Beliau kemudiannya terus berkhidmat dalam MCS sehingga tahun 1963.

Tapi, bila tercetusnya Perang Dunia Kedua (WWII), Mubin bergiat aktif dalam Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai Ketua Kompeni (1941 – 1942). Malangnya, selepas tu Mubin menjadi tawanan perang pihak Jepun selama tiga tahun (sampai Jepun menyerah kalah pada 1945).

Bila WWII tamat, Mubin kembali berkhidmat dalam MCS dan dilantik sebagai Pengarah Perhubungan Awam pertama pada 1946 dan 12 tahun kemudian dilantik pula sebagai First Keeper of Public Records (sekarang Arkib Negara Malaysia). Beliau turut dilantik sebagai Pengarah Muzium Negara pertama pada tahun 1959.

Cuma nak cerita di sini, Mubin ni memang seorang yang sangat sukakan sejarah dan bila di sampai ke Tanah Melayu, beliau mula mengkaji segala macam sejarah dan budaya orang Melayu. Beliau mencari dan mengkaji tempat-tempat bersejarah seperti istana-istana Melayu lama, bangunan-bangunan tradisional dan sebagainya.

Disebabkan hal itu, beliau dah jatuh cinta dengan negara ini dan rakyatnya, sampaikan buat keputusan untuk terus tinggal di Tanah Melayu dan tak nak balik ke United Kingdom.

Mubin mengkaji karya-karya Melayu dan memelihara bangunan bersejarah


Mubin bersama sebuah keluarga Melayu pada sekitar tahun 1957. Imej dari Ahmad Rizal b. Ali.

Sejak menjejakkan kaki ke Tanah Melayu, Mubin mula menyelongkar dan memberikan penumpuan terhadap kajian budaya, sastera dan seni bina Melayu. Ada masa tu, beliau cuba menghubungkan karya-karya sastera Melayu dengan pembaca Inggeris yang ketika tu tak berapa terima sangat sastera Melayu. Ia dapat dilihat apabila Mubin menulis buku kecil bertajuk The Advantures of Hang Tuah.

“Buku ini cukup popular kerana diterbitkan sekurang-kurangnya lima kali dan digunakan di sekolah sebagai buku bacaan dalam bahasa Inggeris. Sejarah cetakkannya yang cukup panjang ini mungkin menandakan bahawa buku ini juga mungkin menjadi bacaan umum.” – Prof Dr Muhammad Hj Salleh, dipetik dari kertas kerjanya pada September 2003.

Diceritakan juga yang Mubin cukup tertarik dengan manuskrip-manuskrip lama Melayu, sehingga beliau mengadakan temujanji untuk bertemu Tengku Fatimah (kerabat Perak) yang banyak menyimpan manuskrip lama. Ditamkan lagi, Mubin menulis pelbagai buah buku yang menyentuh pelbagai perkara berkaitan Tanah Melayu seperti Rejimen Melayu, sejarah Tanah Melayu, Biografi Sultan Abu Bakar (Pahang), seni Mak Yong, sejarah Tun Perak, seni pertukangan Melayu, Biografi Tunku Abdul Rahman dan banyak lagi.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2021 10:47 PM | Show all posts

Antara karya Mubin tentang seni dan budaya Melayu. Imej dari AbeBooks.

Di samping itu, minatnya terhadap usaha memelihara tinggalan sejarah juga dicurahkan ke negara ini apabila Mubin berusaha memulihara bangunan-bangunan bersejarah. Antara bangunan bersejarah yang mendapat sentuhannya termasuklah Istana Ampang Tinggi, Negeri Sembilan. Istana ini dibina pada tahun 1965 oleh Yang Di-Pertuan Besar, Yamtuan Ulin sebagai hadiah perkahwinan anaknya, Tengku Chindai. Ia kemudiannya diserahkan pula kepada anak Tengku Chindai, Tengku Halijah yang tinggal di situ sehingga akhir hayatnya pada tahun 1921.

Bagaimanapun, disebabkan baginda tak mempunyai anak – rumah itu kemudiannya diduduki secara sekejap-sekejap oleh ahli keluarga lain, dan akhirnya mula terbiar selepas tahun 1930. Lepas 20 tahun, Mubin pergi sendiri tengok keadaan istana tu dan beliau dapati ia dah dipenuhi dengan semak dan atapnya pula dah banyak yang runtuh.

“Sheppard meminta izin daripada Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu) untuk diizinkan mengalihkan bahagiannya dan membangunkannya semula sebagai Muzium Negeri.

_____

Pada bulan Januari 1953, bangunan itu dibuka oleh tukang kayu Malayu dan dipindahkan, papan-papannya ke di sebuah lokasi yang dipilih oleh Tuanku Abdul Rahman dan Menteri Besarnya, Datuk Haji Abdul Malek. Pembinaan semula selesai pada bulan Mac 1954 di bawah pengawasan En. Spence, jurutera Jabatan Kerja Raya…” – Dipetik dari jurnal terbitan Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.


Keadaan Istana Ampang Tinggi sekarang berkat usaha Mubin yang berusaha menyelamatkannya. Imej dari Findbulous Travel.

Beliau juga bertanggungjawab dalam memulihara bangunan bersejarah Gedung Raja Abdullah di Klang  yang dibina pada tahun 1857 sebagai tempat menyimpan senjata, timah dan makanan. Malangnya, pada sekitar tahun 1980 – ada rancangan supaya gedung ini dirobohkan dan diganti dengan gelanggang badminton.

Perkara ni mendapat bantahan keras Mubin, sehingga akhirnya membuatkan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah campur tangan. Berkat usahanya, ia berjaya diselamatkan dan kini berada di bawah kendalian Jabatan Warisan Negara. Sebenarnya bukan dua bangunan ni je yang diusahakan oleh Mubin, tapi ada banyak lagi termasuklah Masjid Kampong Laut (Kelantan) dan Istana Tengku Nik (Terengganu).



Mubin di depan Istana Tengku Nik pada tahun 1970. Imej dari Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 10:48 PM | Show all posts
Memeluk Islam dan terus berbakti kepada negara
Pada tahun 1957, Mubin dah membuat satu keputusan besar dalam hidupnya dengan memeluk agama Islam. Tiga tahun kemudian, beliau telah pergi ke Kota Suci Mekah menunaikan haji. Apa yang menarik, beliau tak berhenti sampai situ je sebab lepas tu masuk dalam usaha dakwah. Beliau dapat idea nak menubuhkan sebuah badan yang berperanan membantu saudara baru yang memerlukan dan cadangan ni dibawa kepada Tunku Abdul Rahman.

“Beliau (Tunku) meminta Mubin Sheppard memanggil beberapa rakan dari pelbagai bangsa untuk mengadakan perjumpaan di kediaman rasminya di Jalan Brockman. Pada perjumpaan malam itu adalah SOK Ubaidullah dan Ali Mericar (India muslim), Ibrahim Ma (Cina muslim), Mubin Shepard (Inggeris muslim), beberapa rakannya dari UMNO seperti Jaafar Albar dan Syed Nasir (keturunan Arab), dan seorang beberapa yang lain dengan pendidikan agama. Dalam pertemuan tidak rasmi itu Tunku mengemukakan idea untuk membentuk PERKIM.” – Dipetik dari Islamic Herald PERKIM.

Akhirnya tertubuhlah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada 20 Mac 1977 dengan menyaksikan Tunku Abdul Rahman sebagai Dipertua Pertamanya dan Mubin sebagai antara pengasasnya. Sehingga kini PERKIM masih lagi bergiat aktif kepada masyarakat dalam usaha membantu saudara baru dan usaha dakwah.


Mubin dan Tunku Abdul Rahman dalam satu pertemuan. Imej dari Islamic Herald PERKIM.

Dalam waktu sama, selain menjadi Pengarah Muzium Negara dan Arkib Negara – Mubin turut bergiat aktif dalam Persatuan Sejarah Malaysia sejak tahun 1956 sebagai penyunting kehormat sehingga 1972. Maka tidak hairanlah Mubin dianggap sebagai seorang yang sangat arif tentang sejarah dan budaya Melayu.

“Beliau sangat berpengetahuan tentang budaya, kesenian dan tradisi Melayu, dan terkenal dengan usaha rajin dan analitik dalam karyanya mengenai sejarah negara.” – Datuk Zakiah Hanum, Bekas Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara. Dipetik dari Islamic Herald PERKIM.

Malah, tak keterlaluan untuk dikatakan yang Mubin sendiri telah menjadi Melayu jika kita mengambil konteks Perlembagaan Persekutuan – Perkara 160(2) iaitu seseorang itu ditakrifkan sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu secara lazim dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 10:49 PM | Show all posts
Mubin meninggalkan legasi yang cukup berharga kepada kita semua


Mubin Sheppard (1905 – 1994). Imej dari Arkib Negara Malaysia.

Dari segala usahanya, tak dapat dinafikan bahawa Tan Sri Abdul Mubin Sheppard telah meninggalkan legasi dan jasa yang cukup berharga kepada negara ini. Dari usaha merekod sejarah, memulihara bangunan bersejarah dan usaha dakwah – beliau telah melakukan segalanya yang termampu. Malah, terdapat ratusan penulisannya dalam pelbagai penerbitan telah dihasilkan yang sehingga kini kita boleh baca dan kaji.

Mubin akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 1994 pada usia 89 tahun. Beliau pernah ditanya mengapa beliau begitu cinta kepada negara ini, Mubin menjawab dengan puisi Rudyard Kipling…

“Di sinilah hati, jiwa, fikiranku- satu-satunya kehidupan yang aku tahu. Aku tidak boleh meninggalkan semuanya…”
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols selalu tertukar Windstedt dengan Shellabear.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info.. best sgt baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2021 11:41 PM | Show all posts
antidote replied at 2-2-2021 11:28 PM
Good info.. best sgt baca..

tq... mcm peristiwa ada dlm dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 01:28 PM | Show all posts
Usaha pemeliharaanya tu harus diberi pujian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
rasa kagum & sebak dlm masa yg sama. iols tertarik kalau ada pewarisnya yg menyambung legasi arwah skrg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 08:45 AM | Show all posts
haifawehbe replied at 8-2-2021 05:24 AM
rasa kagum & sebak dlm masa yg sama. iols tertarik kalau ada pewarisnya yg menyambung legasi arwah s ...

siapa tu? ada keturunan ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 09:00 PM | Show all posts
Bestnya TT topik ko niii..tapi rasanya patut letak bawah board sejarah kot..begitulah bila Allah bagi hidayah kat hambaNya..asalnya sebagai part of the colonizers..akhirnya pulang mengadap Allah dalam Islam dan berjiwa Melayu..Subhanallah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 10:23 PM | Show all posts
skang ni ramai melayu sibuk nk jadi mat salleh

semua benda nak guna english

tapi duduk mengangkang kat sini tak pun berambus ke negara lain

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2021 10:41 AM | Show all posts
stinger.baik replied at 8-2-2021 10:23 PM
skang ni ramai melayu sibuk nk jadi mat salleh

semua benda nak guna english

ada yg berambus... paling2 pun Australia je.. puak puak sek sek kito belako ramai kt sana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 10:51 AM | Show all posts
piao replied at 9-2-2021 10:41 AM
ada yg berambus... paling2 pun Australia je.. puak puak sek sek kito belako ramai kt sana.

ye ke?

tak tau pun

elok gak la berambus

banyak sikit peluang perniagaan dan pekerjaan untuk anak jati bangsa

ini kalau kat klinik kesihatan ngn sekolah

penuh bangsa dia suma

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 11:39 AM | Show all posts
yg orang puteh banyak nak jadi melayu...

yg melayu banyak nak jadi orang puteh....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 12:01 PM | Show all posts
tgk wiki ada sorg anak dia         Lavender Frances Sheppard
tp tak dpt nk korek lebih, takde info

thanks atas perkongsian ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062691 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list