CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 0

Johor Terima Gerabak Automated Rapid Transit Pertama, Bakal Berikan Manfaat Kepa

[Copy link]
Post time 3-2-2021 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Johor Terima Gerabak Automated Rapid Transit Pertama, Bakal Berikan Manfaat Kepada 3 Juta Penduduk


Pada hari Rabu yang lalu, Mobilus Sdn Bhd telah menyambut ketibaan gerabak Automated Rapid Transit (ART) pertama ke Johor, yang akan menjadi lokasi  untuk program pandu uji Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) di Iskandar Malaysia pada suku tahun pertama 2021.
ART adalah sistem pengangkutan transit berkapasiti sederhana untuk penumpang di kawasan bandar yang menggunakan teknologi canggih dan dengan kos pelaksanaan yang lebih rendah kerana ia beroperasi menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik atau hidrogen.
Setiap gerabak ART dilengkapi dengan sensor yang boleh membaca trek maya di jalan raya dan bergerak atas laluannya secara automatik. Ia boleh bergerak sehingga 70km/sejam dan membawa lebih dari 300 penumpang dalam tiga buah gerabak. Kapasiti penumpang ART dapat ditingkatkan sehingga kira-kira 500 penumpang dalam lima buah gerabak pada satu-satu masa.

Mobilus adalah syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara Ireka Corp Bhd dan CRRC Urban Traffic Co Ltd. Menurut Pengarah Urusan Ireka Group, Datuk Lai Voon Hon, beliau menyatakan kedatangan gerabak ART menjadi titik tolak kepada sistem transit lebih besar dan komprehensif untuk Iskandar Malaysia yang merangkumi rangkaian lebih dari 2,000km pada Fasa 1 ini.
Tambah beliau lagi pelaksanaan projek perintis ART akan menjadi batu loncatan untuk membantu meningkatkan pengangkutan awam di Iskandar Malaysia dan seterusnya mempromosikan pembangunan pesat ekonomi dan masyarakat serantau.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.542888 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list