Setiap negara mempunyai keunikan dan keindahan semula jadinya yang tersendiri. Disebabkan keunikannya membuatkan ramai pelancong berminat untuk melancong ke negara tersebut.
Begitu juga di negara Thailand yang mempunyai keindahan dan jumlah pelancong yang ramai setiap tahun. Thailand mempunyai satu keunikan dan menjadi daya tarikan kepada pelancong luar dengan kewujudan ‘Hin Sam Wan’ atau ‘Three Whale Rock’.
‘Three Whale Rock’ adalah satu tempat yang menakjubkan dan tidak diketahui oleh ramai pelancong. Bagi yang pernah berkunjung, mereka dapat melihat keindahan dari sudut pandang atas iaitu di pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua dari tebing batu yang sangat tinggi.
‘Hin Sam Wan’ adalah sejenis batu yang telah menjangkau usia selama 75 juta tahun yang kelihatan terkeluar daripada gunung. Nama batu tersebut diberi sesuai dengan rupanya yang berbentuk seperti ikan paus.
Batu yang kelihatan seperti ikan paus ini sangat menakjubkan kepada penduduk di Thailand dan pelancong luar kerana mereka boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan menerokai pemandangan di kawasan hutan dengan penuh tenang dan aman.
Jika anda memilih untuk melancong di kawasan ini, pengunjung perlu berjalan dari sembilan laluan yang berbeza. Semasa anda berjalan, anda akan menjumpai air terjun, pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan semula jadi serta keindahan yang memberi ketenangan sepanjang perjalanan di kawasan itu.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat matahari terbenam pada sebelah petang. Semestinya ia satu pengalaman yang menakjubkan kerana anda seperti berada di atas ikan paus melihat kejadian tersebut walhal anda sebenarnya berada di atas batu yang besar.
Sehingga kini, batu gergasi mirip dengan ikan paus ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan menjadi khazanah kepada negara mereka.
wow amazing... makin banyak tarikan thailand la nampaknya... dah la negara deorang ni ramai pelancong luar... duit makin tinggi pulak tu... makanan murah tak hengat... kalau seberang sungai golok tu lagi tak masuk akal harga makanan walaupun duit kot lagi tinggi