View: 2493|Reply: 4
|
WAJIB TAHU!!! Inilah Cara Pemakaian Hijab yang Dilarang Oleh Agama Islam !!
[Copy link]
|
|
Edited by piao at 17-2-2021 12:22 AM
WAJIB TAHU!!! Inilah Cara Pemakaian Hijab yang Dilarang Oleh Agama Islam !!
Rasulullah SAW menyebut, ada empat perkara yang menyebabkan manusia dibakar dengan pakaian neraka. Mereka berperangai seperti jahiliah iaitu berbangga dengan keturunan, suka melaknat keturunan, memohon daripada sumber lain selain Allah SWT dan mereka yang suka meratap orang yang meninggal dunia. Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani turut menekankan kepentingan menjaga aurat kerana ia juga penyebab manusia dicampak ke neraka.
ALLAH SWT menciptakan api untuk membakar dan memanaskan manusia kerana sifatnya yang dahsyat, sangat menakutkan serta mengerikan. Api neraka dibakar selama seribu tahun dalam keadaan berwarna putih, seribu tahun kemudiannya bertukar menjadi biru, seribu tahun berikutnya menjadi merah.
Apabila dihumban ke neraka, manusia berada dalam keadaan tidak berpakaian dan menurut ulama, pakaian mereka juga diperbuat daripada api.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Inilah dua golongan (Mukmin dan kafir) yang berbantah-bantahan mengenai Tuhan mereka. Maka orang yang kafir akan disediakan untuk mereka pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak. Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit badan mereka. Dan mereka pula disediakan batang besi untuk menyeksa mereka. Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!" (Surah al-Hajj, ayat 19-22)
Pakaian neraka daripada api
Perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm memetik al-Qurtubi yang menyebut api dibuat menyerupai pakaian kerana ia dipakai seperti baju. Orang kafir apabila dimasukkan ke dalam neraka akan dipakaikan baju daripada api sedang marak itu.
Ibnu Abbas pula berkata, seandainya hanya satu titis hamim (minuman yang sangat panas) yang dicurahkan kepada penghuni neraka, jika jatuh ke atas dunia nescaya akan meranapkan seluruh gunung-gunung yang ada di muka bumi ini.
Sewaktu hamim dituang di atas kepala penghuni neraka, lalu masuk menembusi tempurung kepala sehingga sampai ke tenggorok, memasuki tengkuk mereka, maka terpotonglah segala urat perutnya dan keluar melalui kaki mereka. Selepas itu mereka kembali kepada keadaan asal sebelum ini.
Manusia yang dibakar dalam neraka, nyalaannya akan melonjakkan mereka ke atas sehingga dapat dilihat oleh ahli syurga. Ketika berada di puncak neraka, mereka dihentam oleh malaikat menggunakan cambuk besi sehingga tersungkur kembali sejauh 70 musim ke dalam dasar neraka.
Dua golongan bertengkar seperti mana dimaksudkan antara golongan Mukmin dan kafir mengenai Allah SWT, berlaku pada Perang Badar iaitu Ali, Hamzah dan Ubaidah iaitu sahabat kepada Rasulullah SAW yang menentang Syaibah bin Rabi'ah, Utbah bin Rabi'ah dan Al-Walid bin Utbah.
Ketiga-tiga daripada golongan kafir ini disediakan Allah SWT pakaian yang dibakar dalam neraka sebagai balasan di atas apa yang dilakukan akibat pertengkaran itu dan ia adalah pengajaran kepada manusia yang melawan perintah Allah SWT.
Zaid bin Aslam menyebut, dia mendengar bahawa penduduk neraka itu tidak bernyawa tetapi tidak pula mati. Malaikat datang membawa satu bekas dengan bantuan dua alatan besi kerana terlalu panas, jika bekas itu diletakkan hampir dengan wajahnya, malaikat itu menjauhinya.
Wajah dihentam malaikat
Apabila bekas itu diletakkan hampir dengan wajah penghuni neraka, ia dihentam oleh malaikat di kepala mereka hingga isi otaknya berserakan. Kemudian isi dalam bekas yang dibawa malaikat itu dituang ke dalam kepala mereka yang pecah itu lalu masuk ke dalam tubuhnya.
Pakaian penghuni neraka yang ketiga ialah daripada tar berwarna hitam dan berbau busuk. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan engkau akan melihat orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu. Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka." (Surah Ibrahim, ayat 49-50)
Daripada Abu Malik, Rasulullah SAW menyebut: "Ada empat perkara yang menyebabkan umat aku ini dibakar dengan pakaian neraka kerana berperangai seperti jahiliah yang dikekalkan walaupun mereka tidak lagi hidup pada zaman itu. Yang pertama ialah dia berbangga-bangga dengan keturunan kerana sepatutnya mereka perlu lebih berbangga menjadi hamba Allah. Sebab kedua ialah kerana mereka suka melaknat keturunan mereka. Ketiga kerana suka memohon hujan daripada bintang, bukan daripada Allah SWT dan perlakuan jahiliah yang keempat ialah suka meratap ke atas orang yang meninggal dunia. Golongan ini sekiranya tidak bertaubat sebelum tiba kematiannya, pada hari akhirat kelak dia akan dibangkitkan dengan dikenakan pakaian tar yang berperisaikan kudis yang berbau busuk."
Jagalah aurat dan jangan tergolong dalam kalangan mereka yang mengabaikannya kerana sesungguhnya aurat yang terdedah itu akan menempah pakaian dari neraka. Ngerinya keadaan di dalam neraka sehingga Allah SWT turut menyediakan selimut dan tempat tidur bagi penghuninya.
Apa yang dilihat oleh penghuni neraka sebagai selimut itu hanyalah api bergulung-gulung kerana dalam neraka tidak ada waktu untuk tidur. Allah SWT menjadikan pembalasan begini untuk menakutkan manusia yang lalai dan leka supaya taat perintah Allah SWT ketika di dunia.
Sumber : http://didakwah.blogspot.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Avatar u tu pakai cup b ek? |
|
|
|
|
|
|
|
TT , please provide the link of the original source, kita berlaku adil pada si penulis asal, a elast itu kita boleh buat untuk dia. okay ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|