CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 3

Lif Paling Laju Di Dunia Ciptaan Jepun

[Copy link]
Post time 10-2-2021 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Lif Paling Laju Di Dunia Ciptaan Jepun


Dengan perkembangan kejuruteraan pembinaan yang berterusan, kita dapat melihat semakin banyak bangunan bertingkat sedang dibina di seluruh dunia.

Malah, bangunan yang dibina pada hari ini menjadi semakin tinggi, membuatkan ia perlu dilengkapi dengan lif yang mampu membawa orang ramai pada kelajuan yang tinggi.

Ketika ini, lif paling laju di dunia digunakan dalam sebuah bangunan di China, dan ia mampu mencapai kelajuan 1,260 meter seminit atau 75.6 kilometer sejam.



Lif terpantas di dunia ini dibekalkan oleh Hitachi Building Systems dari Jepun.

Di kedudukan kedua lif terpantas di dunia dihasilkan oleh Mitsubishi Electric manakala tempat ketiga juga merupakan syarikat Jepun iaitu Toshiba Elevator and Building Systems. Dalam erti kata lain, Jepun memegang 3 kedudukan lif paling laju di dunia.

Hitachi – lif paling laju di dunia



Lif paling laju di dunia yang dihasilkan oleh Hitachi Building Systems, dipasangkan dalam bangunan pencakar langit Pusat Kewangan CTF Guangzhou dengan ketinggian 530 meter.

Untuk membawa penumpang ke hotel ke tingkat paling atas, lif tersebut bergerak dari tingkat 1 ke tingkat 95 hanya dalam tempoh 42 saat sahaja.

Kelajuan maksimumnya yang direkodkan iaitu 1,260 meter seminit telah diiktiraf sebagai Guinness World Record.

Jika kita tukarkan kelajuan tersebut per saat, ia membawa kepada pergerakan sejauh 21 meter setiap saat.

Pada kelajuan ini, ketahanan udara boleh menjejaskan keselesaan perjalanan.



Pusat Kewangan CTF Guangzhou mempunyai perbezaan ketinggian 440 meter antara tingkat 1 dan 95.

Jika anda bergerak ke atas sehingga ke ketinggian ini dalam tempoh yang sangat singkat seperti 42 saat, perubahan tekanan atmosfera secara tiba-tiba akan menyebabkan telinga anda tidak selesa.

Hitachi Building Systems telah membina kabin lif yang diperkemaskan menggunakan teknologi yang dikembangkan oleh Kumpulan Hitachi ketika menghasilkan kereta api berkelajuan tinggi seperti Shinkansen.

Menguji kabin prototaip di terowong angin mengesahkan bahawa kebisingan yang disebabkan oleh pergolakan udara dapat dikurangkan dengan berkesan.

Atas sebab ini, kabin lif dilengkapi dengan mekanisme yang mengubah tekanan dalaman secara perlahan. Melambatkan perubahan tekanan dalam lif itu mengurangkan ketidakselesaan walaupun bergerak laju.

Kedudukan ke-2 dan ke-3 juga milik Jepun




Lif kedua terpantas di dunia dipasangkan pada Menara Shanghai di Shanghai, China, oleh Mitsubishi Electric.

Lif ini bergerak dari tingkat bawah tanah kedua ke tingkat 119 dalam tempoh 53 saat dan mencapai kelajuan 1,230 meter seminit atau 73.8 kilometer sejam.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2021 12:18 PM | Show all posts


Secara kebetulan, Menara Shanghai setinggi 632 meter adalah pencakar langit tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia di belakang Burj Khalifa dengan ketinggian 828 meter.
Dan yang terakhir, lif ketiga paling laju di dunia dihasilkan oleh Toshiba Elevator and Building Systems, yang dipasangkan pada bangunan Taipei 101 di Taipei, Taiwan.
Kelajuan lif ini mencecah 1,010 meter seminit atau 60.6 kilometer sejam.
Lif terpantas di dunia menurun




Walaupun ketiga-tiga lif terpantas di dunia dihasilkan oleh Jepun, namun lif yang beroperasi di Jepun tidaklah sepantas yang dinyatakan di atas.

Lif terpantas di jepun dengan kelajuan 750 meter seminit atau 45 kilometer sejam dihasilkan oleh Mitsubishi Electric, yang dipasangkan pada Yokohama Landmark Tower.

Lif kedua dan ketiga terpantas di Jepun kedua-duanya mencecah kelajuan 600 meter seminit atau 36 kilometer sejam, dihasilkan oleh Mitsubshi Electric dan satu lagi oleh Toshiba Elevator and Building Systems.

Kedua-dua lif ini hanya berkelajuan separuh daripada lif terpantas di dunia. Walaupun begitu, lif Yokohama Landmark Tower tetap memegang rekod dunia iaitu lif terpantas di dunia dalam keadaan menurun.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2021 12:19 PM | Show all posts
Lif ini mampu mencapai kelajuan menurun 750 meter seminit iaitu sama dengan kelajuan menaik, dan rekod ini masih belum dipecahkan sejak tahun 1993 di mana ia mula beroperasi.

Malah, lif pada bangunan ini memberikan perjalanan yang sangat selesa di mana dikatakan bahawa gegaran yang berlaku semasa menaik dan menurun tersangatlah sedikit sehinggakan duit syiling yang ditegakkan di atas lantai tidak akan jatuh.

Dahsyat kan teknologi Jepun?

Rujukan:

1. Guinness World Records

2. Work in Japan

3. Archdaily
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bila naik lift ada fobia selalu terbayang tali lift tuh putus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.595811 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list