Nama pengasas jenama tudung terkenal dUCk Scarf, Datin Vivy Yusof sememangnya kerap kali mencuri tumpuan media dengan pelbagai kisah menarik.
Tawarkan cuti tahunan tanpa had
Beliau yang juga pemilik syarikat FasionValet hari ini telah kembali mencuri tumpuan apabila memuat naik perancangan untuk menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada kakitangan syarikatnya.
Terinspirasi dengan pengurusan Netflix
Hal ini dilakukan setelah terinspirasi dengan syarikat penstriman popular Netflix apabila melihat kakitangan mereka mengunapakai kelebihan tersebut dengan sebaiknya.
Dalam perkongsian tersebut, Vivy menyatakan cadangan yang dikemukakan itu agak mengejutkan pekerja senior di syarikatnya.
https://ohmymedia.cc/wp-content/ ... 6639_n-819x1024.jpg
Setakat ini, Vivy memaklumkan tindakan itu berjalan dengan lancar di Netflix dan para pekerja menguruskan masa dengan sebaiknya.
“Saya mencadangkan cuti tiada had untuk syarikat dan mendapat respon mengejutkan daripada pekerja senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix- mereka memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta menguruangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus.” Tulisnya
Akan laksanakan tak lama lagi
Walaupun sedar syarikatnya bukanlah seperti Netfix, namun pada akhirnya mereka sepakat untuk melaksanakan cuti tanpa had itu termasuk dengan cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang lebih mudah diatur.
“Tetapi kami bukan Netflix. Pada akhirnya kami mencapai kata sepakat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Dan ini termasuklah cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang flexibel.” Tambahnya
Usahawan berjaya itu juga sempat berkongsi bahawa setiap pekerja layak mendapat 14 hari cuti tahunan dan mahu menukarkan faedah tersebut kepada tanpa had selepas ini.
Macan ni saya sokong!
Susulan daripada itu, ruangan komen daripada muat naik Vivy telah dibanjiri oleh warganet yang datang memberikan pelbagai komen.
Rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan olehnya dan ada juga yang berharap agar diterima bekerja di syarikat usahawan tersebut untuk sama-sama merasai faedah yang diberikan kepada setiap pekerja syarikat FasionValet.
Untung staf2 FasionValet
Boleh apply tak? Jaga gudang pun takpe
Sumber: Vivy Yusof