View: 22465|Reply: 173
|
Tuduh ‘rider’ curi pesanan, lelaki digantung kerja serta-merta
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 15-2-2021 12:27 PM
Tuduh ‘rider’ curi pesanan, lelaki digantung kerja serta-merta
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... -kerja-serta-merta/
Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
15 Februari 2021, 4:39 pm
Tangkap layar kenyataan Bateriku.com di laman Twitter semalam.
PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang menuduh penghantar makanan (rider) mencuri air yang dipesannya melalui aplikasi Grab Food akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta- merta oleh majikannya.
Melalui perkongsian di laman Twitter, majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai sebagai Ezrin Nazan, Bateriku.com memaklumkan, tindakan gantung kerja itu dilakukan sementara siasatan menyeluruh sedang dilakukan.
“Pihak Bateriku.com memohon maaf dengan tingkah laku kakitangan kontrak, Ezrin Nazan yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan penghantar makanan Grab di laman sosial tempoh hari.
“Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com,” katanya di laman Twitter semalam.
Rata-rata netizen netizen bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com dan menyifatkan tindakan itu tepat dalam memastikan nama baik syarikat itu tidak tercalar.
Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @exmnexmnmn merasa sangat kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi ketika dihantar oleh rider.
Pada masa sama, dia menuduh ‘rider’ tersebut telah mencuri salah satu minuman miliknya.
Dia mendakwa memesan tiga cawan minuman terbabit, namun yang tiba hanya dua cawan.
Susulan itu, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di ‘seal’.
“Tugas ‘rider’ cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan.
“Isu ‘rider’ ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan,” katanya.-K ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 15-2-2021 07:46 PM
Iols pernah je order makanan tapi ada yg tak cukup. Complain kat help centre je, takde ler batak nak pos kat socmed dan tuduh rider. Setakat cakap ada barang x dapat je. Diorang siap bagi voucher 2x harga makanan yg tertinggal. Iols assume kesilapan kat kedai makan masa packing order. Tolong ler complain dgn saluran yg betul dan jangan terus main tuduh2 je, jangan batak like boleh tak. Iols percaya je sekali sekala boleh berlaku mishap, lebih2 time peak hours |
|
|
|
|
|
|
|
kalau chong cheng yg wat pangai begini msti bos chong cheng tk amik tindakan
sbb tu ramai yg suka keje ngn bangsa chong cheng
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki digantung kerja akibat kata kesat di media sosial
https://www.sinarharian.com.my/a ... sat-di-media-sosial
ENGKU SHARIFUL AZNI | | 15 Februari 2021
Ciapan dari lelaki terbabit yang mengkritik penghantar makanan tular di Twitter.
SHAH ALAM - Perbuatan seorang lelaki menuduh penghantar makanan mencuri air minuman yang dipesan melalui aplikasi GrabFood membawa padah apabila dia digantung kerja serta-merta.
Syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd dalam kenyataan menerusi Twitter pada Ahad memaklumkan, lelaki berkenaan yang merupakan pekerjanya digantung kerja sementara siasatan masih dijalankan.
Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut memohon maaf atas tingkah laku pekerja terbabit yang melontarkan kata-kata tidak sopan berkenaan penghantar makanan tersebut di akaun Twitter.
“Pihak Bateriku.com ingin memohon maaf atas tingkah laku staf kontrak Bateriku.com yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan pemandu Grab di laman sosial tempoh hari.
“Di Bateriku, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau luar organisasi Bateriku.com,” katanya dalam kenyataan di Twitter pada Ahad.
Pada Sabtu, lelaki terbabit melalui Twitternya mengkritik pemandu Grab dengan mendakwa penghantar makanan tidak memeriksa pesanan yang dibuatnya melalui aplikasi GrabFood.
Menerusi ciapannya, dia turut mendakwa pemandu tersebut mencuri minuman yang dipesan berikutan jumlah pesanan yang diterimanya tidak mencukupi.
Kritikannya tular di laman Twitter dan mendapat kecaman daripada ramai orang yang memarahinya kerana tugas memeriksa pesanan adalah tanggungjawab premis, bukan pemandu Grab yang menghantar pesanan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]s0W7UcDtL54[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]3WV3WlcjDXs[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
Generasi komplen kat socmed.
Batak likes and attention seeker.
Adan uke. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang creative media punya otak nak viral |
|
|
|
|
|
|
|
Dahlah biawak kurap pulak |
|
|
|
|
|
|
|
apasal komplen kat grab..komplen kat stabak la pandai..
|
|
|
|
|
|
|
|
uollss guna grab food or food panda? Iolss haritu order menu set ayamas. Patutnya ada beverage sekali. Soft drink 1.5 l. Tapi iolss tak dapat. Tny rider tu dia cakap ayamas bagi yg tu je. Iolss pun ckp takpe la. Complain kat Food Panda, dorg suruh tanya ayamas tu sendiri.
Tapi iolss tak tanya pun. Takpe la. Air sebotol je. Pejam mata je la
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah complaint kat foodpanda... tapi lepas tu baru perasan rupanya anak tertinggal satu bungkusan kat atas kereta (sebab banyak order masa tu)... foodpanda rileks je taknak cancel voucher yang dah bagi walau aku suruh cancel n bagitau dah jumpa missing item tu... tapi memang mintak maaf bebetul la masa tu... foodpanda siap suruh enjoy the voucher sebab dah jadi milikku kekdahnya...
moral of the story, kalau ko pi komplen elok2, dapat je balasan yang elok... sesilap, u will get more... |
|
|
|
|
|
|
|
memang dak2 sekarang ni..apa2 hal..post kat socmed dulu.. baru pasang otak kat kepala agaknya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|