View: 2358|Reply: 4
|
Ikan keli bukan kalengkaleng, ini khasiat dia.
[Copy link]
|
|
Ikan keli liar dianggap lebih sihat dari ikan lain, kerana keli biasanya dijual dalam keadaan segar dan hidup. Ikan keli diakui kaya akan vitamin, mineral, dan asid lemak omega. Ikan keli liar memiliki protein lebih tinggi daripada protein dalam susu dan daging lainnya. Protein adalah komponen penting dari setiap sel dalam tubuh. Dalam protein keli ada asid amino esensial lisin, metionin, dan leusin.
Tubuh kita menggunakan protein untuk membangun dan memperbaiki jaringan. Selain itu protein penting untuk membuat enzim, hormon, dan bahan kimia tubuh lainnya. Protein adalah bahan penyusun tulang, otot, tulang rawan, kulit, dan darah yang penting.
Salah satu manfaat ikan keli liar sebagai makanan sihat adalah ikan ini sangat rendah merkuri. Ikan keli yang diternak kemungkinan hanya dibiarkan membesar hingga tahap tempoh tertentu sebelum dijual. Ini membuatkan ikan keli tidak berpotensi menelan merkuri di air yang tercemar dan mungkin beracun.
Jika Anda ingin memenuhi makanan bernutrisi sihat dan murah secara keseluruhan, anda boleh mendapatkannya melalui khasiat ikan keli liar. Ada banyak manfaat ikan keli liar. Berikut khasiat dan manfaat ikan keli liar yang dikutip dari rangkuman berbagai sumber;
Sesuai untuk diet
Manfaat ikan keli juga baik digunakan dalam diet sihat kerana kaya protein. Protein adalah makanan yang paling mengenyangkan. Pola makan tinggi protein mengawal rasa lapar, membantu anda makan lebih sedikit kalori. Ini disebabkan oleh peningkatan fungsi hormon pengatur berat badan.
Membangun otot
Protein berperanan dalam pembentukan otot. Oleh itu, makan protein dalam jumlah yang cukup membantu mempertahankan massa otot dan meningkatkan pertumbuhan otot.
Kuatkan tulang
Ikan keli kaya akan vitamin dan mineral untuk menguatkan tulang. ikan keli juga mengandung fosfor yang lebih tinggi dari telur. Fosfor berperanan membantu kesihatan tulang, gusi dan gigi. Protein dalam keli juga memiliki manfaat besar bagi kesihatan tulang.
Vitamin B12 pada ikan keli juga memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang. Kadar vitamin B12 yang rendah dalam darah ini telah dikaitkan dengan peningkatan risiko osteoporosis.
Cegah anemia
Ketika mengalami anemia, tubuh tidak memiliki cukup sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke organ vital. Ikan keli juga merupakan sumber vitamin B12 yang baik. Vitamin B12 berperanan penting dalam membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.
Sihatkan kulit
Asam lemak omega-3 dalam ikan keli juga mengandungi DHA yang merupakan komponen struktural kulit. DHA bertanggung jawab untuk kesihatan selaput sel, yang membentuk sebahagian besar kulit. Membran sel yang sihat menghasilkan kulit yang lembut, lembab, kenyal, dan bebas kerut.
Baik untuk kehamilan
Omega-3 dlamikan sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak pada bayi. Omega-3 ini terdiri daripada DHA yang menyumbang 40% dari asam lemak di otak dan 60% di retina mata.
Mendapatkan cukup omega-3 semasa kehamilan amat penting untuk bayi dalam kandungan termasuk kecerdasan, keterampilan komunikasi dan sosial yang lebih baik.
Kajian menunjukkan bahawa otak dan sistem saraf janin memerlukan kadar B12 yang cukup dari ibu untuk berkembang dengan baik. Vitamin D pada ikan keli juga dapat mencegah risiko preeklampsia dan kelahiran pramatang.
Sumber : https://www.orangmuo.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawan memang minat makan ikan keli ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yg Perak @ Melaka...hati2 sikit ye...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoyo, ikan ni den mmg x mkn. |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 18-2-2021 12:03 AM
Aiyoyo, ikan ni den mmg x mkn.
Mujo A no-no....
. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|