CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1930|Reply: 8

suami umur 18 tahun hadiah kereta Mustang untuk isteri

[Copy link]
Post time 21-2-2021 11:54 PM | Show all posts |Read mode
suami umur 18 tahun hadiah kereta Mustang untuk isteri

Setiap individu pasti teruja menerima hadiah tidak kira daripada ibu bapa, kawan-kawan mahupun pasangan hidup. Hadiah yang diberikan pasti mampu mengubah ‘mood’ menjadi semakin gembira selain tanda menghargai antara satu sama lain.

Seperti perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok, dia telah menerima hadiah yang begitu ‘besar’ dan hal ini telah mengundang perhatian netizen kerana menyifatkan dirinya sungguh bertuah.

Seronoknya tengok, untung!


Video : https://ohmymedia.cc/kejutan-pad ... stang-untuk-isteri/

Menerusi video berdurasi kurang dua minit tersebut, wanita dikenali sebagai Ayuni itu mendapat sebuah kereta idaman ramai iaitu Ford Mustang pada hari bahagianya selepas bergelar pasangan suami isteri.

Lebih mengejutkan walaupun baru berusia 18 tahun, suaminya mampu ‘mengangkat’ kereta tersebut sekali gus berjaya mengembirakan isteri hasil titik peluh sebagai usahawan.

Dapat dilihat di dalam video tersebut, sejurus sahaja kain yang menutupi matanya dibuka, Ayuni menangis kerana terkejut dengan hadiah yang diterima. Air mata gembira dan terharu tidak dapat ditahan lagi!

“Terima kasih suami. Beri kejutan Mustang pada hari perkahwinan kita hari ini. Walaupun usia kita baru 18 tahun!,” luahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan suami isteri dijaga oleh Allah SWT selain ada juga yang sempat berseloroh mengenai umur mereka.

Jaga hubungan elok2









Seronok ya tengok orang ‘happy’ ini. Terus membuak-buka motivasi dalam diri supaya boleh jadi berjaya! Semoga ikatan yang terjalin antara Ayuni dan suami sentiasa bahagia.

Sumber: TikTok Ayunieso


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2021 11:55 PM | Show all posts
cuba hadiahkan myvi mahu bercerai terus bila hidup berhamba kan MUSTANG
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 09:31 AM | Show all posts
sekarang semua tergila2 kn mustang yer..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 10:29 AM | Show all posts
Jiran depan rumah, belikan mustang tuk bini dia, masa tu dia dapat tahu bini dia kanser
Tahap 4, so tak banyak masa tinggal dah.

So ke mana berdua dua, romantic gila, envy terasa jugalah hahahha

Tapi lepas bini meninggal, 5 bulan lepas tu dah ada gf baru.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 11:18 AM | Show all posts
sekarang ni mustang lambang kekayaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 12:07 PM | Show all posts
Bisnes apa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2021 01:01 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-2-2021 11:18 AM
sekarang ni mustang lambang kekayaan ke?

ya..alpat is so 2020
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 02:09 PM | Show all posts
Bbnu semua sebut mustang je sekarang ni H ke A ke V ke dah tolak tepi katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 02:22 PM | Show all posts
Ford mustang ni terlampau overated. Sbb rare. Wlpn recond.
Padahal by lagi kereta baru yg boleh di beli. Merc BMW, Porsche,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.047498 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list