CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1235|Reply: 2

Beri tips RM1,000 kepada ‘food rider’, wanita hanya mohon doa peroleh zuriat

[Copy link]
Post time 22-2-2021 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Beri tips RM1,000 kepada ‘food rider’, wanita hanya mohon doa peroleh zuriat

Pasangan suami isteri yang sudah lama berumah tangga pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penambah seri dalam keluarga.

Namun, bukan setiap pasangan dianugerahkan rezeki anak dalam kadar segera. Ada yang memakan waktu bertahun-tahun untuk dikurniakan zuriat.

Terkejut dapat tips RM1,000
Jadi, menerusi perkongsian seorang rider Foodpanda, dia telah berkongsi satu kisah mengharukan apabila diberikan tips sebanyak RM1,000 ketika menghantar makanan ke rumah pelanggannya.

Menurut Muhammad Faris Faizul, dia menerima wang tunai tersebut daripada seorang wanita dan sama sekali tidak menyangka hal tersebut.




Minta ambil sendiri sampul duit
Menurutnya, ketika sampai ke rumah pelanggan terbabit, wanita itu telah memintanya masuk ke dalam pagar rumah dan mengambil sampul di atas meja yang dinyatakan.

Selepas membuka sampul itu, dia terkejut dengan jumlah yang diperoleh dan menghubungi pemilik rumah bagi memastikan perkara berkenaan.


Hanya mohon didoakan peroleh zuriat
Melalui penjelasannya, wanita terbabit ikhlas memberikan wang tunai kepada rider Foodpanda tersebut dan berharap agar dia dapat berkongsi rezeki dengan rakan-rakan.

Dia juga memohon agar mereka mendoakan dirinya mendapat zuriat tidak lama lagi.


Sedekah juga ke masjid & surau
Perkara tersebut nyata membuatkan banyak pihak berasa terharu dengan sikap baik hati yang ditunjukkan oleh pelanggan Foodpanda.

Jadi, menerusi ruangan komen, rata-rata warganet telah mendoakan supaya wanita tersebut mendapat cahaya mata seperti yang diimpikan dan terus dimurahkan rezeki pada masa akan datang.





Sumber: Muhammad Faris Faizul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 07:22 PM | Show all posts
dik nanti malam dtg rumah akak tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2021 11:44 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 22-2-2021 07:22 PM
dik nanti malam dtg rumah akak tau..

lain mcm bunyi dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.128776 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list