CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2985|Reply: 0

Ini Cara Aktifkan Fungsi ‘Hanya Admin Yang Boleh Hantar Mesej’ Dalam Grup Whatsa

[Copy link]
Post time 23-2-2021 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Ini Cara Aktifkan Fungsi ‘Hanya Admin Yang Boleh Hantar Mesej’ Dalam Grup Whatsapp

Tidak dapat dinafikan penggunaan aplikasi perbualan, Whatsapp sangat membantu kita dalam berkomunikasi pada hari ini.

Selain komunikasi antara invididu, ciri lainnya seperti Whatsapp Group juga begitu penting kerana ia membolehkan penggunanya membentuk grup dimana interaksi sesama pengguna kini boleh dilakukan secara berkumpulan, pantas dan serentak pada waktu yang sama. Malah hebahan sesuatu maklumat sesama ahli juga lebih pantas dikongsikan dalam satu masa yang sama.

Ini menjadikan whatsapp group sentiasa menjadi pilihan oleh kumpulan-kumpulan seperti keluarga, sekolah, rakan-rakan dan juga komuniti.

Namun dengan kehadiran ahli yang terlalu ramai dicampur dengan topik sembang yang pelbagai di dalam sesebuah grup, tidak mustahil ada pengumuman atau memo penting yang sepatutnya diterima semua ahli tenggelam atau ‘tersorok’ di celahan mesej-mesej lainnya.

Lebih memeningkan jika ia melibatkan urusan pejabat, sekolah, dan perkara-perkara penting.

Mesti ‘frust’ bukan?

Namun tahukah anda whatsapp sebenarnya mempunyai fungsi untuk menghentikan perbualan di kalangan ahli sebaliknya hanya memberi ruang kepada admin untuk mengumumkan sesuatu perkara?

Fungsi ini sebenarnya bagus bagi memastikan apa sahaja perkara penting dapat diterima dan disedari semua ahli grup.

Untuk mengaktifkannya sila ikuti perkongsikan kami di bawah :

1. Buka aplikasi WhatsApp pada peranti anda.

2. Pilih grup yang anda ingin aktifkan tetapan ini . Kemudian tekan pada nama grup tersebut.



3. Anda akan di bawa ke Group Info. Di bahagian ini, skrol ke bawah dan pilih “Group Settings”.



Seterusnya , tekan pada “Send Messages” dan pilih “Only Admins”.



Dengan langkah-langkah ini, anda sudahpun menghalang mana-mana ahli biasa dari menghantar apa-apa mesej didalam grup berkenaaan. Jadi gunakan masa ini untuk menulis apa sahaja pengumuman atau memo penting yang perlu disampaikan.

Untuk mengubah semula tetapan ini anda hanya perlu mengulang benda sama dan memilih “All Participants” sekaligus memberikan kesemua ahli biasa akses untuk kembali bersuara.

Namun harus diingatkan, tetapan ini hanya dapat diakses oleh admin bagi sesebuah grup itu sahaja. Selamat mencuba!


Sumber:https://www.buzzkini.com

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.131139 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list