View: 1603|Reply: 1
|
Jaga Emosi Ketika Menopaus
[Copy link]
|
|
Perubahan ‘mood’ drastik boleh berlaku pada wanita menopaus.
Harian Metro
Nurul Husna Mahmud
[email protected]
Setiap wanita hamil akses yang baik terhadap maklumat berkait persiapan menghadapi fasa kehamilan hingga bersalin.
Bukan sahaja terdapat pemeriksaan kesihatan berkala, malah ibu yang bersalin turut mempunyai sokongan sosial termasuk kelas antenatal atau pelbagai program lain. Tetapi ketika wanita menghidapi fasa menopaus, lain pula ceritanya.
Sehingga kini wanita yang menghidapi gejala menopaus dilihat fenomena semula jadi apabila mereka menginjak usia lewat 40-an.
Namun gejala menopaus bagi setiap wanita berbeza dan ia mempunyai kesan sampingan yang boleh mempengaruhi fizikal mahupun emosi.
Semua wanita pasti berdepan menopaus pada hayatnya. Bagaimanapun, ia bukanlah topik selesa untuk dibualkan meskipun dalam kalangan wanita sendiri.
Wanita biasanya malu dan topik itu sendiri 'taboo' dalam masyarakat konservatif untuk diperbincangkan sehingga mereka yang mengalami gejala teruk ketika melalui proses menopaus terpaksa menanggung sendirian.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr Suriati Akmal Mahari, implikasi nyata ialah gejala menopaus yang serius boleh menjejaskan kualiti kehidupan wanita selain memberi kesan kepada hubungan dengan ahli keluarga serta ruang lingkup pergaulannya.
"Mengenai gejala menopaus peringkat paling serius iaitu apabila wanita ini tidak dapat tangani masalah itu, ia mempengaruhi kehidupan baik perkahwinan, keluarga dan kerja.
"Saya pernah mendapat pesakit yang mana latar belakangnya sendiri seorang 'motivator' pernah ada gejala rasa ingin bunuh diri kerana 'gelodak emosi' tidak dapat dikawal kerana hormon.
"Ada juga datang kepada saya apabila gejala berkenaan sudah menjejaskan kualiti hubungan dengan pasangan iaitu sampai bercerai kerana 'overflow' emosi yang keterlaluan.
"Meskipun fasa menopaus ini adalah gejala normal apabila wanita menginjak usia lewat 40-an iaitu sekitar 45 tahun hingga 55 tahun.
"Sementara di Malaysia Datuk Dr Hamid Arshad pernah menjalankan satu kajian di sebuah kampung di Negeri Sembilan mendapati purata wanita tempatan mula menopaus sekitar 48 tahun hingga 50 tahun dan gejala boleh jadi luar biasa bagi segelintir individu," katanya.
Menjelaskan fasa menopaus itu, seseorang wanita apabila melewati fasa itu bermakna tiada lagi 'telur' yang mampu berkembang untuk menghasilkan zuriat.
"Lanjutan pada telur yang tidak berkembang, penghasilan hormon estrogen oleh ovari pun akan terhenti. "Kesan akibat kekurangan hormon estrogen inilah yang akan menyebabkan gejala menopaus dan kesan jangka panjang.
"Kadang kala giliran datang bulan tidak berlaku secara teratur bagi setiap bulan ataupun ia datang dalam jumlah yang banyak.
"Kemudian pada fasa seterusnya iaitu sebelum haid betul-betul berhenti sekitar setahun atau dua sebelum menopaus, kadang-kala wanita itu akan mengalami panas badan atau hot flush' . Ia merujuk rasa panas tiba-tiba yang naik hingga naik ke muka dan berakhir untuk beberapa minit sahaja selain badan berpeluh berlebihan.
"Gejala ini boleh teruk pada segelintir individu sehingga membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan diri sendiri. Sebagai contoh seorang pesakit saya pernah mengalami masalah berkenaan sehingga dia lencun dengan peluh meskipun di awal pagi atau dalam bilik berhawa dingin.
"Selain itu gangguan tidur dan menyebabkan mereka begitu mudah letih,"katanya.
Lebih serius pada fasa berkenaan terutama sekitar dua tahun sebelum atau pada fasa menopaus bagi mereka yang mengalami gejala luar biasa tidak mengalami sebarang bantuan akan menyebabkan gangguan emosi dan psikologi.
"Paling biasa wanita pada fasa menopaus ini juga dikatakan sangat mudah terganggu emosi dan psikologi.
"Pendek kata emosi mereka ini 'rabak' dan para suami yang tidak memahami gejala berkenaan tidak dapat toleransi dengan perubahan drastik 'mood' atau emosi sang isteri," katanya.
Pada tahap serius, kata pakar itu lagi , wanita yang mengalami simptom sebegini biasanya dirujuk kepada pakar jantung kerana ia mirip simtom sakit jantung.
Kebiasaannya pakar jantung membuat pemeriksaan menyeluruh dan jika didapati tiada masalah pada jantung, wanita ini akan dirujuk pada pakar sakit puan.
Kata Suriati, bagi kebanyakan kes menopaus serius biasanya mereka diberi rawatan penggantian hormon dalam membantu mereka tangani gejala terbabit.
"Paling penting wanita menghidapi gejala menopaus mesti berfikiran positif dan terbuka. Ini adalah sebahagian perubahan yang kita alami dalam hidup kita.
"Seperti mana fasa akil baligh, remaja, fasa reproduktif dan seterusnya fasa menopaus. Kebanyakan gejala ini bersifat sementara.
"Jika terlalu teruk doktor pakar akan menyarankan rawatan gantian hormon," katanya.
Namun begitu kata Suriati, majoriti wanita tidak memerlukan rawatan terutamanya setelah mendapat penjelasan yang betul dari doktor dan setelah memahami perubahan yang terjadi.
Dalam pada itu terdapat juga menopaus awal boleh berlaku dalam kalangan wanita lebih muda seandainya mereka ini mengalami komplikasi pembedahan seperti pembuangan ovari selain gangguan masalah autoimun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak2 sy belum menopos...leh share derang.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|