View: 1572|Reply: 1
|
Kebersihan Gigi Atasi Plak Gigi
[Copy link]
|
|
Tiada gunanya anda miliki senyuman yang manis kalau penuh dengan plak gigi yang kekuningan. Plak gigi berlaku disebabkan oleh pencampuran air liur yang mengandungi garam dengan asid yang ada pada sisa makanan.
Selalunya plak gigi ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya merokok, mengambil minuman kafein, tidak melakukan teknik pembersihan gigi yang betul dan jarang mendapatkan rawatan doktor gigi.
Sikap sambil lewa inilah yang sering menjadi kebiasaan sehingga plak menempel di bahagian dalam dan depan gigi seterusnya mengeras jika dibiarkan. Plak gigi juga boleh mendatang masalah lain seperti mulut berbau, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi.
Selain mendapatkan rawatan plak gigi ini di klinik pergigian, ada beberapa cara lain yang boleh menghilangkan plak gigi tanpa memerlukan belanja yang banyak.
BACA: Cara Murah Guna Air Garam Untuk Elak Rambut Gugur, Kelemumur & Kawal Minyak!
1. Soda penaik dan garam
Baking soda boleh digunakan sebagai skrub semula jadi dan seringkali digunakan di dalam banyak barang perubatan. Dari segi pembersihan gigi pula, anda boleh campurkan satu sudu teh soda penaik dan satu sudu teh garam. Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes. Basahkan berus gigi dan oleskan dengan campuran pes tadi. Gosok gigi secara perlahan dan amalkan rutin ini hingga anda mendapat kesan yang diinginkan.
IKLAN
2. Aloe vera dan gliserin
Untuk menghasilkan ubat gigi semula jadi yang baik, anda memerlukan:
1 cawan air
1/2 cawan baking soda
1 sudu teh Aloe vera gel
4 sudu teh gliserine tumbuhan
1 sudu pati minyak limau
Berus gigi dengan campuran ini seperti biasa dan anda akan dapati gigi lebih putih, bersinar dan sihat selepas beberapa minit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Arang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|