CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4489|Reply: 3

Apa Itu Teknologi 6G dan Berapa Pantaskah Ia?

[Copy link]
Post time 4-3-2021 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 4-3-2021 08:51 PM

Apa Itu Teknologi 6G dan Berapa Pantaskah Ia?

Pada hari ini, persaingan untuk melaksanakan perkhidmatan 5G dilihat semakin rancak di seluruh dunia. Justeru itu, persaingan ini juga sebenarnya telah mencetuskan perlumbaan untuk membangunkan teknologi 6G yang akan menjadi langkah seterusnya dalam dunia perhubungan mudah alih.

Mungkin terlalu awal untuk membincangkan tentang teknologi 6G tetapi beberapa syarikat dan universiti sebenarnya sudah mula mengusahakan idea ini. Ini menunjukkan betapa pantasnya teknologi berkembang.

Kita telah berjaya membangunkan teknologi 1G ke 5G hanya dalam masa empat dekad sahaja. Jadi, 6G adalah teknologi seterusnya dalam perkembangan telekomunikasi digital.

Apa itu 6G?
6G adalah teknologi tanpa wayar generasi keenam untuk rangkaian selular digital. Sebagai penerus kepada rangkaian 5G, ia akan bergerak melampaui komunikasi peribadi bagi merialisasikan paradigma Internet of Things sepenuhnya. Ia bukan sahaja menghubungkan manusia tetapi juga kenderaan autonomi, ejen robotik dan sumber pengkomputeran.

Rangkaian 6G juga akan menggunakan frekuensi yang lebih tinggi daripada rangkaian 5G seterusnya menawarkan kapasiti yang lebih tinggi pada latency (kelewatan) yang lebih rendah.


Salah satu objektif utama internet 6G adalah untuk menurunkan latency komunikasi kepada satu mikrosaat (1,000 kali lebih cepat daripada latency 5G yang ada pada hari ini).

Pada masa ini, 6G (atau apa sahaja namanya nanti) bukanlah suatu teknologi yang berfungsi. Bahkan, ia jauh daripada menjadi realiti. Oleh kerana masih dalam peringkat awal, masih terlalu awal untuk menentukan dengan tepat apa sebenarnya 6G atau jenis teknologi yang akan dipertingkatkan.
Berapa lajukah rangkaian 6G?
Menurut Kementerian Sains dan Teknologi China, rangkaian 6G dapat menyokong kelajuan 1Tbps (bersamaan 1000 Gbps) atau kira-kira 1000 kali ganda kelajuan 5G (kelajuan purata telefon pintar 5G yang mampu dibekalkan syarikat telekomunikasi setakat ini adalah lebih rendah iaitu sekitar 70Mbps).

Selain memberikan hasil yang jauh lebih tinggi, frekuensi 6G juga membolehkan kadar persampelan yang diambil dari isyarat berterusan untuk membuat isyarat diskrit atau digital menjadi lebih cepat.


Secara tidak langsung, ia juga boleh meningkatkan lagi prestasi aplikasi 5G sedia ada dan membuka potensi aplikasi lain dalam dunia pengimejan dan penderiaan tanpa wayar.

Rangkaian 6G juga dijangka mampu memberikan liputan yang lebih luas (termasuk liputan bawah laut, altitud tinggi dan ruang angkasa) dengan menggunakan tenaga yang sedikit. Liputan ekstrem ini mungkin memerlukan pembinaan semula sepenuhnya rangkaian sedia ada.

Bilakah 6G akan tiba?
Setiap dekad, satu standard rangkaian mudah alih yang baru akan diperkenalkan. Ini bermaksud 6G mungkin akan diperkenalkan kepada dunia seawal tahun 2030-an.

Kita boleh melihat perkara ini berlaku apabila syarikat pengeluar telefon pintar mula memberi bayangan bahawa model terbaru mereka mampu menyokong rangkaian 6G dan syarikat telekomunikasi pula menjalankan percubaan rangkaian 6G.


Kementerian China kini tekad untuk menentukan asas membina teknologi 6G. Menurut Timbalan Menteri Sains China, 6G harus dianggap sebagai keutamaan untuk pembangunan negara. Kementeriannya akan segera merangka pelan untuk membangunkan 6G dan meneroka semua kegunaannya.

Faedah 6G
Perbezaan paling jelas antara 5G dan 6G adalah kelajuan dan latency berdasarkan parameter sama yang memisahkan 4G dari 5G. Perkhidmatan 6G dijangka akan memenuhi permintaan rangkaian yang tinggi pada tahun 2030-an.

6G juga mungkin menggunakan frekuensi berbeza berbanding 5G. Teknologi 5G menggunakan frekuensi radio tinggi dari 24GHz hingga 72GHz manakala 6G pula dijangka sekitar 300 GHz bahkan mungkin mendekati rentang terahertz. Semakin tinggi spektrum radio, semakin banyak data yang dapat dibawa.


6G juga dijangka akan memberi impak besar dalam pelbagai bidang seperti Virtual Reality (VR), Holographic Telepresence (teknologi Hologram), robotik, mobiliti tanpa pemandu dan banyak lagi.

Siapa yang sedang mengkaji 6G?
Walaupun masih jauh tetapi beberapa negara dan syarikat telekomunikasi telah mula mengkaji tentang teknologi 6G. UniversitiOulu di Finland adalah yang pertama melakukan penyelidikan 6G. Mereka membuat program untuk meneroka pelbagai bidang penyelidikan mencabar tentang rangkaian masa hadapan.

Pada tahun 2019, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika telah mencipta peraturan baru untuk mempercepatkan penggunaan perkhidmatan dalam spektrum di atas 95GHz. Mereka mengeluarkan lesen eksperimen kepada pengusaha dan pencipta untuk mengakses frekuensi antara 95GHz hingga 3THz.


Penyelidik di Virgina Tech dan syarikat seperti LG dan Samsung juga telah mula mengkaji teknologi 6G. Manakala Jepun pula dilaporkan sedang merancang strategi komprehensif untuk melancarkan rangkaian 6G pada tahun 2030.

Tidakkah terlalu awal untuk 6G?
Teknologi 5G pada hari ini sememangnya telah banyak membantu dalam pelbagai perkara. Namun, kajian yang dilakukan ke atas teknologi 6G mungkin memberi ruang kepada kita untuk meningkatkan lagi kelemahan yang ada pada 5G.

Mungkin menjelang tahun 2030, kita berjaya mengembangkan teknik yang lebih baik untuk menghantar data tanpa perlu membina menara sel 6G yang baru.

Rujukan:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt leh jd cam cte "back to the future" x....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2021 10:50 AM | Show all posts
namemysoul replied at 4-3-2021 11:04 PM
Nnt leh jd cam cte "back to the future" x....hehehe

boleh la.. kena adjust sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 5-3-2021 10:50 AM
boleh la.. kena adjust sikit

Wah....bleh ler blk zmn ice age....hehehe tgk dinosor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051731 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list