CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1046|Reply: 3

Baru 2 minggu kenal terus bernikah, isteri malu2 naik kereta dengan suami

[Copy link]
Post time 11-3-2021 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Baru 2 minggu kenal terus bernikah, isteri malu2 naik kereta dengan suami

Jodoh merupakan satu rahsia daripada Allah S.W.T yang akan diberikan kepada kita bila tiba waktu yang tepat. Jadi, cepat atau lambat, pasti ia akan tiba dengan sendirinya.

Sehubungan dengan itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna aplikasi TikTok yang menggunakan nama akaun eydazuno telah memuat naik video-video semasa majlis perkahwinannya dengan suami tercinta.

Jodoh selepas 2 minggu
Dia telah memuat naik momen sehari sebelum bergelar isteri dengan menunjukkan pakaian serta hantaran yang akan diberikan kepada pihak suami pada majlis pernikahan nanti.


Malu first time naik kereta dengan suami
Menurut ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berusia 4 tahun hasil perkahwinan terdahulu itu, dia dan suami hanya berkenalan selama dua minggu sahaja sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.




Jadi, setelah bergelar isteri, dia mengakui berasa janggal apabila menaiki kereta bersama suami dan mengambil video bagi menghilangkan rasa segan tersebut.

Tak siapa mampu menolak jodoh
Wanita itu juga memaklumkan bahawa mereka akan bercinta selepas bernikah dan pastinya ia lebih bagus kerana masing-masing sudah sah bergelar suami dan isteri.

Tambahnya lagi, dia percaya bahawa takdir jodoh sememangnya tidak mampu untuk ditolak lebih-lebih lagi ada insan yang benar-benar menyayangi kita dengan ikhlas.

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah dan bahagia bersama kehidupan yang baru selepas melalui detik perit bergelar ibu tunggal beberapa tahun sebelum ini.

Sumber: eydazuno

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada org cakap dah janda pon malu lg...

Isy aku ni janda pon malu nak bersuap dgn bakal suami..alhamdulillah .. dalam dok dgr org selalu amek kesempatan pd janda seumur hidup aku sebelum kawen rasamya ramai laki nak amek kesempatan berbandinh dah jadi janda bakal suami xde langsung pegang sikit pon..nak suap pon aku malu..

Aku rasa sbbnya laki yg amek kesempatan ni akan cari pempuan yg lemah..misalnya masalah kewangan..kalau pempuan tu dalam kesusahan xkisah la janda..anak dara ke bini org pon dia nak amek kesempatan atas kesempitan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaa selamat berbahagia la
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 04:36 PM | Show all posts
chenta_dewi replied at 11-3-2021 03:42 PM
Kalau ada org cakap dah janda pon malu lg...

Isy aku ni janda pon malu nak bersuap dgn bakal suam ...

ni betul. tak semestinya kita gedik2 baru orang amik kesempatan
asal ada peluang jadi kesempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040735 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list