View: 1764|Reply: 6
|
Ajar Murid Menyanyi Lebih Dari Mengaji,
[Copy link]
|
|
Ajar Murid Menyanyi Lebih Dari Mengaji,
Guru merupakan 'pengganti' ibu bapa di sekolah dan harus mempunyai cara pendekatan yang kreatif untuk mengajar anak murid
Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan hiburan untuk memahami apa yang diajar oleh guru supaya sesi pembelajaran mereka lebih efektif dan tidak membosankan.
Sejak kebelakangan ini, ramai cikgu mula dikenali dan popular menerusi aplikasi TikTok kerana menggunakan pelbagai cara kreatif untuk mengajar murid mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang cikgu tadika agama dikecam gara-gara selalu mengajar anak murid dengan cara menyanyi dan bukan mengaji.
Ajar murid tadika menyanyi huruf vokal siap main tamborin
Menerusi rakaman dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ayu, kelihatan dia sedang mengajar anak muridnya mengenal huruf 'a, e, i, o, u' dengan teknik menyanyi.
Apa yang lebih menarik, Cikgu Ayu siap bermain tamborin dan menyanyi bersama-sama anak muridnya di dalam kelas.
Terima complaint anak lagi suka menyanyi dari mengaji, Cikgu Ayu tampil membalas komen negatif
Malangnya, bukan semua pihak boleh menerima cara Cikgu Ayu mengajar. Terdapat satu komen mengatakan anak mereka lebih gemar menyanyi berbanding mengaji.
Hal itu menyebabkan Cikgu Ayu tampil menjawab soalan berbaur kecaman tersebut menerusi sebuah lagi video di laman TikToknya.
"Sepatutnya bermula di rumah. Peranan mak ayah didikan agama, bukan cikgu yang mencorakkan anak-anak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 382.8K views, 20.9K likes dan 514 shares di TikTok, rata-rata netizen menyokong cara Cikgu Ayu mengajar dan berpendapat teknik yang digunakannya itu sangat kreatif.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Best apa tengok cara Cikgu Ayu mengajar. Budak-budak pun enjoy je ;)
Sumber : https://says.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
benda cenggini pun viral?
korang tk penah gi skolah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
I dulu masa sekolah rendah, ustazah ajar tajwid menyanyi tau. Sampai sekarang dok ingat lagi semua tu... |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 12-3-2021 08:47 PM
benda cenggini pun viral?
korang tk penah gi skolah ke?
Viral lagi konon masa student ngajar, student dia ckp buncit mcm cikgu. So staged |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 14-3-2021 12:54 AM
I dulu masa sekolah rendah, ustazah ajar tajwid menyanyi tau. Sampai sekarang dok ingat lagi semua t ...
Haritu aku komen dkt tiktok dia kalau ngajar tanak pakai mask. Sila berhenti kerja. Sentap dia deknon |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak yang komplen anak dia lagi suka menyanyi dari mengaji tu mesti "tak sempat" nak ajar anak mengaji kat rumah....
Biasa la...... |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 14-3-2021 02:28 PM
Haritu aku komen dkt tiktok dia kalau ngajar tanak pakai mask. Sila berhenti kerja. Sentap dia dek ...
I takde toktok. So taktau la. Kalau video toktok tu ada kat Facebook, I tgk yg kucing saja. Manusia gedik I tak tengok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|