CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 0

Bukan MH-370 Bersiar-Siar, Sekali Terjumpa Bangkai Pesawat

[Copy link]
Post time 12-3-2021 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Bukan MH-370 Bersiar-Siar, Sekali Terjumpa Bangkai Pesawat



Bayangkan tengah keluar dengan niat nak bersiar-siar tapi tiba-tiba anda terjumpa serpihan yang mencurigakan. Mesti rasa cuak kan? Lebih mengejutkan lagi, serpihan yang dijumpai itu sebenarnya adalah bangkai pesawat yang pernah terhempas di kawasan tersebut.

Itulah yang dilalui oleh dua wanita ini semasa keluar berjalan kaki di Irish Law Mountain di Scotland. Wanita yang dikenali sebagai Pamela Aitken dan rakannya Kathryn Gaffney kemudian mula mengambil gambar-gambar serpihan bangkai pesawat itu dan mula menyiasat.

Rupa-rupanya, serpihan yang mereka temui itu adalah bangkai pesawat dari British European Airways Flight S200P yang terhempas pada 21 April 1948. Maknanya, bangkai pesawat itu telah berusia 73 tahun! Pesawat itu dipercayai melakukan penerbangan jarak pendek dengan membawa seramai 20 penumpang.




Pesawat itu bergerak dari Lapangan Terbang London-Northolt ke Lapangan Terbang Glasgow-Renfrew sebelum dipercayai terhempas di Irish Law Mountain itu. Walaupun pesawat meletup di lereng bukit, semua penumpang yang berada di dalam pesawat termasuk anak kapal berjaya melarikan diri dan selamat namun 13 darinya cedera. Punca kejadian dipercayai kerana masalah teknikal yang dilakukan oleh juruterbang yang membawa pesawat tersebut.

“Saya tidak percaya begitu banyak serpihan bangkai pesawat yang masih ada di kawasan ini dan beberapa bahagian masih lagi utuh.”




Wanita itu memberitahu dia dan rakannya mula menjelajah bukit-bukit tempatan di sekitar kawasan kerana tidak dapat menjelajah jauh buat masa ini. Serpihan sisa-sisa bangkai pesawat yang diketahui telah ditinggalkan di lereng bukit setelah siasatan selesai termasuk mesin, gear pendaratan dan bahagian sayap kiri dan kanan.

Melihat pada serpihan bangkai pesawat yang masih lagi utuh ditinggalkan di lereng bukit itu, ramai yang menganggap ianya sesuatu yang menakutkan. Apatah lagi insiden itu sudahpun lebih 70 tahun berlalu dan pastinya memberikan mimpi ngeri kepada sesiapa yang menjumpainya.


SUMBER DAILY STAR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.030626 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list