Rupa-Rupanya Ini Filem Paling Seram Sepanjang Zaman Menurut Saintis
Dalam banyak-banyak filem seram yang anda tonton, yang mana satu anda rasa filem paling seram sekali? Mesti ada macam-macam jawapan kan dan jawapan ini tentunya berbeza mengikut pendapat masing-masing. Kalau anda nak tahu, saintis dah temui filem paling seram sepanjang zaman mengikut satu kajian ini.
Dalam kajian saintifik sebenar yang dinamakan sebagai “Science of Scare Project”, penyelidik telah mengesan kadar jantung 50 peserta daripada pelbagai peringkat usia. Para peserta telah menonton filem seram selama lebih dari 100 jam. Hasil daripada kajian ini, penyelidik telah mendapati ada 35 filem paling menakutkan sepanjang zaman.
Para penyelidik memasang monitor denyutan jantung pada setiap peserta dan melihat berapa banyak degupan jantung mereka meningkat dengan kadar denyutan jantung mereka semasa menonton filem seram tertentu. Hasilnya, saintis mendapati filem yang paling menakutkan sepanjang zaman adalah filem Sinister pada tahun 2012. Siapa yang dah tonton, pasti tahu macam mana seramnya filem ni kan?
Semasa menonton filem Sinister, kadar denyutan jantung rata-rata penonton meningkat kepada 86 BPM yang merupakan kenaikan sebanyak 32%. Itu adalah kenaikan tertinggi dalam BPM untuk mana-mana filem seram yang ditayangkan di dalam kajian ini.
Selepas filem Sinister, dua lagi filem seram iaitu Insidious berada di tangga kedua manakala The Conjuring di tempat ketiga. Definisi filem yang menyeramkan mungkin berbeza-beza mengikut sesetengah orang tetapi untuk para saintis definisi filem seram adalah terhad kepada jump scare, bunyi seram dan kadar degupan jantung mereka yang menonton.
Jadi, adakah anda setuju filem Sinister adalah filem paling seram sepanjang zaman? Untuk yang tak pernah menonton filem ini, anda boleh tonton trailer filem ini di bawah.
Post time 12-3-2021 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Owwhh I tengok wayang citer ni.. Best!
Dia bukan jenis seram mcm cerita hantu Conjuring, Ju on, insidious, exorcist apa suma tu..
Ada banyak part yang macam ala disturbing gitu.. Tambah pulak sound effect dia.. Buat kite rasa unsettling sepanjang movie.. Balik dari wayang tu lama gak I rasa terganggu tapi taktau nak cerita kat sapa sebab kawan sume bukan peminat citer seram
Tapi adagak part yg turn off m ending dia yg hantu tu intai.. Mcm duhhh spoilnyaa
Selain Sinister satu lagi citer seram I suke, Coming Soon.. Citer thai
Post time 13-3-2021 12:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sinister ni mcm hantu hot lagi misteri gitu hahahahaha..
Tapi macam ada kureng lah movie ni . Mcm tak fulfill ciri2 citer hantu . Tak tau apa yg kurang . ...
Post time 13-3-2021 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Overated je lah cte james wan tu.. x best pun. Aku tgk conjuring tu smpai aku tertanya2 btul ke cter conjuring yg aku tgk ni.. x best lngsung n x berapa seram pun
lg pulak dulu2 kampung suasana bkn mcm sekarang
rumah papan dgn pokok besar mlm2 sunyi dgn lampu jalan pun takda
bila tengok filem seram indon ni mmg terasa betul feel seram tu
antara yg ingat lg filem arwah M Rajoli jd hantu kepala duduk atas syiling, suzanna mmg legend citer2 hantu ni
yg citer Os bt perjanjian dgn setan ular tu pun seram jugak
sinister ni scary jugak.....ada part yang dia gantung orang terbalik pastu gantung pulak atas sungai ada buaya.....rasa jugak la bila kepala org tu kne ngap dgn buaya tu,...hidup2 pulak tu....tp x ingat sinister berapa
Post time 17-3-2021 08:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
memanglah tak berapa seram skrg ni
suasana dah banyak berubah banding 30-40 tahun lepas
tp kadang2 dpt lg rasa keseraman tu
bila tengok tengah malam dlm gelap sorang2
selain sundel bolong byk lg citer2 lain mcm sepasang mata maut, bisikan arwah, pengabdi setan (1982), gondoruwo (1981), leak (1981), banyaklah lg tp tak ingat tajuk
Post time 17-3-2021 08:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Nico_Robin at 17-3-2021 08:23 AM
Raline replied at 12-3-2021 11:46 PM
jap g baru nk tgk... hehe tgk dlm gelap2 baru feel seram tu
Tryla.. Tp dia bukan seram sebab hantu tu seram ke apa.. Tp ambience n sound effect citer tu rasa cam x senang duduk. Ganggu fikiran smpai balik. Bile mystery solved tu (xleh spoil lebih) mcm lg la rasa terganggu sbb melibatkan budak..
Owh rasanya sesuai guna disturbing kot utk describe movie Sinister ni haha..