Edited by rikuren at 16-3-2021 04:23 PM
Pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya melangsungkan majlis aqiqah untuk puteri sulung mereka, Rizqaa Rizman baru-baru ini.
Kredit foto - Instagram Rizman Rudaini
Foto sekitar majlis tersebut telah dikongsi menerusi laman Instagram miliknya.
Selain majlis aqiqah, Rizman turut mengadakan majlis tahlil untuk arwah bapanya.
Rizqaa kelihatan sungguh comel memakai baju kurung berwarna putih dan merah jambu, sedondon dengan ibunya dalam majlis itu.
Kredit foto - Instagram Rizman Rudaini
Perkongsian Rizman ini mendapat reaksi begitu positif dari rakan artis dan netizen yang rata-ratanya memuji kecomelan Rizqaa.
Kredit foto - Instagram Rizman Rudaini
Untuk rekod, Rizman, 37 dan Nurida 32, mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019, di GlassHouse, Seputeh, Kuala Lumpur. Pasangan ini bahagia dikurniakan Rizqaa pada 2 September 2020.
|