View: 5163|Reply: 20
|
[Pelbagai]
Orang yang suka menayang kebendaan, pemikirannya sempit?
[Copy link]
|
|
Aku perhatikan wanita Eropah, khususnya dalam kalangan wanita Jerman misalnya, bukanlah jenis yang beria-ia nak menunjukkan sarat dengan segala rantai emas, gelang emas (dah naik macam rantai sauh kapal).
Dan tidak juga jenis yang mengenakan solekan beria-ia, selain bersungguh tayang beg tangan mahal2. Tidak. Baik yang muda, atau juga yang berusia mereka tak begitu. Bukan sekali, banyak kali aku perhatikan begitu, baik di bandar2 besar seperti di Munich, Frankfurt, Berlin atau juga hingga di pekan Büdingen.
Orang Eropah yang aku perhatikan secara amnya bukan jenis beria-ia nak tayang dalam media sosial segala harta benda, duit, barang kemas, rumah. Itu semua lebih bersifat peribadi dan tak ditayangkan kepada umum. Bila ditanya biasanya mereka akan jawab, atas keperluan apa perlu menunjuk-nunjuk harta benda pada orang yang kurang berkemampuan?
Ironinya mereka ni lebih faham nilai2 anti kebendaan tersebut meskipun tak pernah pula belajar sifat mahmudah atau mazmumah yang menjadi elemen kepada sisi kemanusiaan. Serius. Ni tulisan aku paling jujur dan aku kongsikan di sini sebagai sebuah pemerhatian aku selama ini, selama aku bergaul dengan bangsa tersebut. Aku bukan sekadar mendalami bahasanya, aku melihat mentaliti dan cara pemikiran mereka.
Aku dapat simpulkan bahawa mentaliti mereka sangat jauh berbeza dengan individu seperti taukey kosmetik timbang kati yang gigih nak menunjukkan rumah besar, kereta besar, rantai emas, gincu tebal selain terkinja2 atas pentas hiburan. Itu belum lagi yang beria-ia nak menunjuk segala kucing liar baka Afrika. Apa benda ni? Apa tujuannya? Perlukah semua itu?
Sebenarnya tak perlu pun tapi bagi sesetengah marhaen yang sudah termakan hasutan, maka mulalah rasa terpaksa jugalah membeli tudung itik serati walaupun mahal, sebab kononnya ada kelas. Sibuklah nak tayang cap itik. Inilah nilai yang buruk yang ditanamkan secara halus ke dalam pemikiran masyarakat kita, walhal itu semua doktrin yang salah lagi merosakkan.
Bukan nak cakap apalah, jenis mentaliti beginilah yang suka sibuk pasal kenapa kau tak kahwin lagi? Bila kau nak kahwin? Bila kau nak ada anak? Apasal dia tu menjanda? Inilah persoalan lazim jenis2 manusia perasan moden kerana ada kuasa beli walhal ruang lingkup pemikirannya serba sempit.
Kalau kita bergaul dengan orang sana, orang bercerita pasal cuaca, hak pekerja, isu pelepasan CO2, pengurangan penggunaan barang plastik, cukai dan lain2. Kalau bercerita pasal diri sendiri pun lebih pada pengalaman bercuti di Machu Pichu, pasal Khyber Pass, pasal Bahamas. Takde masa orang nak sibuk pasal, kenapa kau tak kahwin lagi? Bodohnya soalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi wanita2 jerman ni lepas buang air besau diorang basuh bersih2 tk?
atau hanya lap dngn tisu tandas dn sumbat dlm lubang jamban je?
kita kena kurangkn penggunaan tisu tandas
kita kena selamatkn pokok2 |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju weh..orang kita suka tayang kemewahan, rumah besar mana, barang kemas berderet, cerita mesti nak up. Kadang2 tak perlu pun cerita.tak semua orang prefer kemewahan, ada yg suka simpan sendiri jer.tak tayang bukan bermaksud tak ada. Lebih baik diam2 utk elakkan riak |
|
|
|
|
|
|
|
Mental instability is real..nak dpt kan pujian,riak dgn harta benda, humblebrag,dah jadi norm skrg..y memuja dan y menunjuk,dua2 puak ada masalah mental.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KIM.K at 16-3-2021 02:37 PM
Aku nak bagi contoh diri sendiri yang tak menunjuk2 sebelum ni. Sebab tak tunjuklah orang tenyeh kita macam tak memiliki apa2
Menunjuk2 tu penting. Even sebelum kes pukul sebab cemburu berlaku..aku dah terfikir dah..dah sampai masa aku menunjuk2. Sebelum org buat apa2 kat aku sebab nampak takde harta..masin mulut aku kejadian pun berlaku shortly lepastu
Sebelum kau terkena dengan golongan bodoh ni yg takreti pun buat rm10 sehari dalam bilik senduri,..aku nasihatkan flaunt flex flash cukup2. Golongan bodoh ni akan terdiam dan tak berani sentuh kau
Flex cukup2 jangan sampai org tunjal kepala kau sebab ko tak reti nampak berduit. Itu nasihat aku..sebabtu sekarang aku flaunt kecantikan aku. So family celaka boleh duduk diam2 jeles dari jauh je..menyemak dalam hidup orang. Laki sendiri pon takboleh jaga..sibuk nak jaga tepi kain orang
|
|
|
|
|
|
|
|
KIM.K replied at 16-3-2021 02:35 PM
Aku nak bagi contoh diri sendiri yang tak menunjuk2 sebelum ni. Sebab tak tunjuklah orang tenyeh kit ...
Tq tq. Sb aku mengalami keadaan ni. Di persimpangan dilemma. Tak nak menunjuk tapi tu lah tu.... rare nasihat ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Just do it for the morons
Orang yang berakal macam kita tak memerlukan visual feedings macamtu
Tapi orang kampung yang tersaingi will leave you alone
At first diorg mengata masalah peribadi kau..yang takda kena mengena dgn diri dia. Itu pun sudah alarming tinggi mana mentaliti orang macamtu
Kedua, mereka tak selidik langsung dakwaan terhadap kau. Dia main sondolll je..itu second alarm orang macamni jenis menyusahkan kaum
Even iols tengok kaka @greentea yang bijak bestari lagi kayoo tu pun adopt cara menunjuk2 ni to put her enemies back on their levels tau..
Orang2 tak sedar level diri ni..memang tunggu je peluang nak ganyang kau di publik
Biasa diorg ni takda didikan dari suami, kurang ajar dgn toklaki, biawak hidop dan sebagainya..
|
|
|
|
|
|
|
|
janganlah banding2 kan kita ummi asia dengan ummi barat antara ummiberak cebuk dengan ummi berak lap kertas |
|
|
|
|
|
|
|
serius tak paham dengan ummah yang suka
pakai gelang emas gedabak sampai ke siku..
cincin penuh jari.. ishhh..
ada sapa2 kisah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 16-3-2021 03:29 PM
serius tak paham dengan ummah yang suka
pakai gelang emas gedabak sampai ke siku..
But for me, if it makes them happy dan mereka tak kacau aku pun. So aku ok je. But pandangan lain-lain kan. Yang aku tak suka yang jenis humblebrag. |
|
|
|
|
|
|
|
Xtgk youtuber or instafemes ke? Sama je menunjuk.. cuma diorg ada taste la.. |
|
|
|
|
|
|
|
EvieWanKenobi replied at 16-3-2021 03:29 PM
serius tak paham dengan ummah yang suka
pakai gelang emas gedabak sampai ke siku..
Ada instafemes apa nama ntah ske pakaikan anak dia 2 org yg kecik2 lagi tu dengan gelang besor2 gile..gelang tgn gelang kaki sume besar gedabak..i tgk cm scary je..perlu ke nak menunjuk smpai cmtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
i think org yg menunjukkan kemewahan ni ade low self confident or not business purpose . but tak faham gak ioolsss taw dia meniaga tapi gigih upload story beli emas bagai katanye untk bagi semangat hokay ... mungkin hati I je kot x semangt |
|
|
|
|
|
|
|
Native of advanced countries mmg tak menunjuk pun. Kalau perfume yg harganya cecah 500 myr kat MAS, tapi just 100 euro katakan apalah yang nak dibanggakan. The society of advanved countries are boasting on intelects more than materials I guess. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut lah atas kapasiti apa dia nak menunjuk. macam aku yang tak ramai follower dan tak relevan dalam society, orang pun tak nampak aku, nak menunjuk pun macam irrelevant.
yang menunjuk ni semua sebab dia jual lifestyle. dia nak orang jadi macam dia. join dia. gitu lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
lbh baik diam2 utk elakkan riak |
|
|
|
|
|
|
|
For me, selalunya orang yang suka menayang ni golongan yang kaya secara tiba-tiba. Untuk golongan yang memang berduit, dorang usually lebih chill dan tak kisah pun sebab dah biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya sebab diorang fokus pada experience than material yang selalunya lagi mahal. Macam kalau tengok diorang buat rumah pun they focus more on the house feel rather than the physical look. Benda material should be more than just what meet the eyes, it should make you feel something. Itulah pendapatan saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku, orang yg suka judge apa yg org lain buat tu la yg ada pemikiran sempit. Just live a simple life. Benda tk penting tkyah pikir |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau peniaga tayang kemewahan sebab nak yakinkan customer yang produk diorang tu berguna, ramai orang beli. Hakikatnya tak pun, especially founder produk timbang kilo. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|