CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1099|Reply: 1

Kafe Gantikan Cawan Dengan Botol Susu Bayi Untuk Tarik Pelanggan

[Copy link]
Post time 19-3-2021 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Kafe Gantikan Cawan Dengan Botol Susu Bayi Untuk Tarik Pelanggan

  


Pandemik kali ini menyebabkan banyak perniagaan yang terjejas di mana kini perlahan-lahan cuba untuk bangkit semula. Dalam menarik perhatian pelanggan, kafe ini telah tampil dengan idea yang unik dan lain dari lain. Einstein Cafe yang merupakan rantaian kafe kopi terkenal di negara Timur Tengah menggantikan penggunaan cawan kertas dengan botol susu bayi.

Idea ini nampaknya berjaya menarik perhatian pelanggan mereka di negara-negara seperti UAE, Kuwait atau Bahrein. Inspirasi di sebalik idea ini dikatakan diambil dari gambar yang dikongsikan di media sosial yang mana akhirnya kafe ini turut mengikuti jejak langkah yang sama.


Perubahan ini memberikan impak yang sangat besar pada kafe ini apabila ramai yang berminat ingin mencubanya. Malah, ada pelanggan yang akan menelefon terlebih dahulu untuk menempah meja sebelum tiba. Para pelanggan akan datang dan mengambil gambar botol susu tersebut untuk perkongsian di media sosial. Ini tentunya membantu menaikkan populariti kafe ini.

Sekaligus mencetuskan trend botol susu bayi di sana sehinggakan orang ramai sanggup berbaris di luar kafe ini untuk mencubanya. Untuk yang tidak dapat mencuba di Einstein Cafe pula, mereka akan membawa sendiri botol susu bayi ke kafe lain dan meminta pekerja mengisinya dengan minuman yang dipesan. Sampai macam tu sekali!




Namun, trend ini tidak berkekalan lama apabila terpalit dengan beberapa komen negatif. Antaranya, ada yang menuduh kafe ini membawa aib atau rasa malu dan penghinaan kepada Islam. Kritikan ini akhirnya sampai pada pemerintah. Pihak berkuasa di Dubai melakukan serbuan di kafe dan diberikan amaran bahawa menghidangkan minuman di dalam botol susu bayi melanggar adat dan tradisi.

Pihak berkuasa memberitahu penyalahgunaan botol susu bayi ini bukan saja bertentangan dengan budaya dan tradisi tempatan malah dapat menyumbang pada penyebaran COVID-19. Lagi-lagi jika pelanggan membawa sendiri botol susu milik mereka untuk diisi di kedai. Jadi buat masa ini, trend ini nampaknya telah dihentikan di negara Timur Tengah dan tidak boleh lagi diteruskan.

SUMBER
ANALYSIS NYTIMES

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Turn off la kalau botol susu gitu..hmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077342 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list